Khamis, 7 Januari 2010

pesan kawan.....

hari ini pagi je dah dapat sms y bgtau tak de kelas 2 petang nanti... terus rasa bosan... tak tahu apa nak buat... layan malas kat atas katil la nampaknya.... tapi bila bangun tengahari tu.... hati rasa 'lost' sbb sendiri je dalam bilik....masa tu lah banyak persoalan hati dan permasalahan timbul... mula perbicaraan dalam mahkamah hati atau lebih di kenali sebagai kata2 hati.... sehinggalah merasa diri semakin kosong dan tak tahu arah tujuan... fikir tentang masa depan... tentang kerjaya... tentang keupayaan diri... personaliti... penampilan dan imej....semuanya... tambah pula dengan isu2 peribadi yang timbul....
akhirnya membawa aku untuk pergi kepada seorang kawan.... pada awalnya hanya untuk mengisi ruang sunyi hari ini sahaja... tetapi tanpa di sedari mula membuka rasa hati yang terbuku sejak pagi.... titisan air mata yang keluar tanpa kawalan terus terjadi... kata2nya semakin membuatkan diri ini sedar hakikat yang perlu di hadapi... selama ini aku keliru tentang kerjaya, diri dan kehidupan peribadi... segalanya samar tentang sempadannya... dan kenyataan inilah yang membawa aku sedar tentang mengapa terasa sukar untuk aku fahami etika kaunselor yang sebenarnya.... terima kasih kawanku... nasihat mu amat berguna...
ada pesan kawanku ini y membuatkan aku semakin tersedar tentang diriku sebagai seorang muslim.... dia berpesan 'andai kata kamu ada masalah bukalah Al-Quran untuk memcari petunjuk dari-Nya. baca dan fahami ayat pertama y kamu lihat ketika kamu membuka Al-Quran. itulah petunjuk untuk kamu'. 
aku kembali ke bilik dan melalukan pesannya... ayat petunjuk y hadir ialah Surah An Nur ayat 55 yang bermaksud:
'Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antaramu, dan beramal soleh, bahawa Allah akan mengangkat darjat mereka menjadi khalifah di bumi, sebagaimana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diredhaiNya untuk mereka, dan akan mengantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Barang siapa yang kafir sesudah itu merekalah orang yang fasiq.'
ayat ini memberi aku sedikit kekuatan untuk kembali berjuang di jalan yang menegakkan kebenaran. dan saat jari ini pantas menari menaip kata untuk tatapan di blog, telingaku mendengar bunyi satu sms masuk. pantas tangan mengambil dan membuka sms tersebut... kawanku berpesan lagi.... katanya:
'Di dalam hati manusia ada kekusutan,dan tak akan terurai kecuali kehendak Allah. 
Di dalam hati ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tak akan tenang damai kecuali berlindung dan bertemu denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tak akan padam kecuali dengan redha dengan suruhan dan laranganNya.
Di dalam hati kecil ini, punya cinta dan tak akan hilang kecuali Allah yang memisahkannya...'
pesan kawan akan aku jadikan pegangan selagi jasad masih bersama rohnya. terima kasih kawan....semoga kau di balas dengan kebaikan oleh Allah....

Tiada ulasan: