Rabu, 20 Januari 2010

'Nota Cinta' - Saujana


'Nota Cinta'


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjamin ikatan menuju ke syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-Nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah.

Lagu dan lirik : Nino

Selasa, 19 Januari 2010

hujung minggu yang penuh makna....

Sabtu, 16/1/10


Pesta Makan Buah-buahan anjuran Team Elit Muslim
Tempat : Dataran Sastera
Masa : 9.00-12.30
(Datang atas Jemputan Khas dari Bro MC '09-Gen 1)
Memori indah :
Dari jauh saja sudah terhidu bau buah kegemaranku, menusuk-nusuk ke hidung. Raja segala buah, buah durian yang ku sayangi. Dengan ramahnya salam mesra di hulur kala diri ini menghampiri majlis, sederhana sahaja majlisnya. Tetapi  masih tetap meriah. riuh rendah pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan tetamu, ramah dan penuh keikhlasan. Diri ini menghulur salam dan menyertai kumpulan yang sedang tekun menghias gubahan buah baru mula di buat. Dengan penuh rendah diri, kebenaran di pinta untuk membantu usaha mengubah buah tembikai yang di jadikan bakul buah tersebut. Rasanya inilah kali pertama cuba membuat gubahan dari buah. Kami terus tekun menghasilkan dan menyusun buah sehingga tamat masa. Hasilnya amat mengembirakan. berkat usaha bersama kami berjaya menyiapkan sebuah gubahan yang cantik.
Setelah siap, kami menghantar hasil gubahan (gambar di tengah) kepada panel. Kemudian kami makan buah yang di sediakan. Durian sememamgnya menjadi pilihanku. Merasai kelazatan durian yang dibelah sendiri adalah nikmat. Alhamdulillah atas nikmat yang diberi ALLAH. Selain itu, ada juga buah tembikai, limau, epal dan manggis.
Dalam majlis yang sama juga diri ini berjumpa semula dengan urusetia kem Bro MC '09, terutamanya Kak Ummu yang banyak memberi nasihat ketika kem tersebut. Ada juga Ustaz Zul yang merupakan ketua ketika kem berlangsung. Rupanya Ustaz Zul adalah pengerusi Team Elit Muslim. Atas jasa baik Ustaz Zul yang memberi keizinan untuk membuat pengumuman tentang perkhidmatan kaunseling, diri ini dapat beberapa orang klien atau individu yang bersedia untuk menerima perkhidmatan kaunseling. Terima kasih Ustaz Zul. Memang benar, kita kadang kala tidak menyangka rezeki datang satu persatu kepada kita. sudahlah dapat makan buah percuma dapat juga klien untuk sesi kaunseling. ALLAH MAHA BESAR. Apa sahaja yang dikehendaki-NYA pasti akan terjadi.



Kempen Derma Untuk Darah Tabung Darah Negara sempena HALWA'10
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK)
Tempat : Akademi Pengajian Melayu (APM)
Memori indah:
Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menyahut rayuan Kementerian Kesihatan, diri ini rasa terpanggil tampil menderma darah. Situasi kini amat membimbangkan kerana bekalan darah negara di Tabung Darah Negara serta hospital swasta dan kerajaan amat kurang dan hampir mencapai tahap kritikal. Oleh itu, diri ini datang untuk derma darah. Malahan ketika diberitahu satu ketika dahulu bahawa syarat berat minima memderma darah ialah 45kg bagi perempuan, hati terus berdetik bahawa akan ku pastikan berat badan mesti tidak kurang dari angka tersebut.Dan pada ketika datang untuk derma darah kali ini, ada yang memberitahu bahawa berat badan minima untuk wanita telah diubah menjadi 50kg. Rasanya sekali lagi diri ini perlu berkorban untuk tidak meneruskan hasrat menurunkan berat badan menjadi 48kg kerana diri ini masih mahu untuk terus menyumbang kepada orang lain dengan mendermakan darah. Semoga hasrat hati ini tercapai.
Saat melihat darah yang pekat mengalir laju melalui tiub masuk ke dalam beg darah satu senyuman terlahir tanpa sedar. Bersyukur atas nikmat pemberian ALLAH. Dengan darah yang keluar itu diharap akan membantu 3 orang individu lain yang memerlukannya. Setiap beg darah yang didermakan akan di asingkan menjadi 3 kompenan berasingan dan digunakan untuk membantu 3 individu yang berlainan. Tempoh hayat darah dalam beg simpanan adalah selama 43 hari (terima kasih kepada jururawat yang memberitahu info ini). Diharap pada masa akan datang akan ada lebih ramai lagi indivivu yang akan menderma darah. Selain membantu individu lain, kita akan dapat kesan positif dari sudut psikologi. Kita akan merasa lebih gembira dan tenang di samping mendapat memahami perasaan orang lain dengan lebih baik.

Ahad, 17/1/10




Makan di Domino's Pizza
Tajaan peribadi dari Nora
Tempat di Mid Valley
Memori indah:
Persahabatan adalah satu perhubungan tanpa syarat antara individu. Kasih sayang dalam persahabatan adalah sukar untuk di ukur. Malah kadang kala kita tidak sedar atau menghargainya sehinggalah kita kehilangannya. Penghargaan terhadap kawan sebenarnya tidak perlu terlalu mahal. Ucapan terima kasih, kata-kata pujian yang ikhlas dan mengambil berat juga adalah penghargaan yang amat bernilai. Dalam persahabatan, hubungan tersebut akan lebih bermakna jika kita mengamalkan 'give and take' iaitu 'memberi dan menerima'. Konsep ini amat baik dalam mengekalkan perhubungan yang mesra.
Saat indah menghabiskan masa bersama adalah coretan persahabatan yang manis. Menikmati keseronokan bersama rakan adalah detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidup. Begitu juga dengan diriku ini. Menikmati keenakan makanan yang disulami dengan senda gurau dan tawa kawan adalah lakaran indah yang mewarnai hari ahadku. Atas pelawaan peribadi Nora yang menawarkan diri untuk belanja makan, diriku mengambil keputusan untuk keluar bersama mereka. Bukan hanya kerana dapat makan percuma tetapi kerana sebuah talian persahabatan itu. Jika pelawaan ditolak pasti dia akan kecewa kerana dia begitu bersungguh dengan pelawaan tersebut.
Memenuhi permintaan kawan adalah sesuatu yang akan membuatkan kawan kita gembira. Jika itu adalah perkara baik maka kita penuhi perkara tersebut. Sememangnya amat menyeronokan ketika menghabiskan masa bersama kawan. Terima kasih kepada Nora kerana beri peluang untuk merasai nikmat makanan dan nilai persahabatan yang indah. Semoga persahabatan kita akan kekal abadi selamanya. Juga kepada Dot dan C-tie yang sentiasa ceria dalam gurau senda yang menghiburkan hati, semoga kita kekal menjadi sebahagian kawan setia untuk selamanya.
  Penghargaan dari Nora yang sudi belanja kawan-kawan adalah contoh bagaimana kita dapat menghargai kawan kita. Tetapi harus di ingat bahawa untuk menghargai kawan tidak semestinya perlu mengeluarkan duit, tetapi boleh juga dengan tindakan dan ucapan kita. Yang penting niat kita. Keikhlasan niat kita akan mampu dirasai oleh hati kawan kita. Setiap kebaikan yang diberi pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.


Kuliah Ilmu 'Hatiku Milik Siapa?' sempena Malam Penutupan HALWA '10
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK)
Tempat : APM
Masa : 9.00-12.00 malam
Artia undangan : Saujana
Memori indah :
Balik dari Mid Valley, pasti letih sebab sempat beli barang keperluan selepas makan di Domino's Pizza. terfikir untuk rehat sahaja di bilik. Tetapi kita tidak tahu perancangan ALLAH untuk kita, walaupun sekecil-kecil hal dalam kehidupan kita. Dengan izin dari-NYA, datang seorang hamba-NYA mengajak diriku mendengar ceramah bersama rakan sebilikku. Pada awalnya agak keberatan untuk pergi tetapi daku gagahi juga untuk tidak menolak ajakan kawan yang bernama Syikin.
Jadi akhirnya, daku pergi juga bersama kawan sebilik (Wiyah) ke APM. Ketika sampai barulah daku sedar bahawa itulah ceramah/ kuliah ilmu yang pernah terniat di hatiku untuk pergi. Sesungguhnya kuasa ALLAH itu mengatasi segala. Doa dan permintaan kecilku untuk pergi mendengar ceramah itu di makbulkan sedangkan daku sendiri terlupa tentang itu. Lalu di datangkan seorang rakan (syikin) memperingati walaupun dalam bentuk yang tidak diduga. MAHA SUCI ALLAH YANG BERKUASA KE ATAS SETIAP CIPTAANYA.
Detik malam itu, bukan sahaja diisi dengan penerangan ceramah yang menarik tetapi juga diselitkan dengan hiburan dari Saujana. Dan sekali lagi kebesaran ALLAH itu jelas di mataku apabila bait-bait lagu 'Nota Cinta' yang dialunkan oleh Saujana bagai memanah hati kecilku untuk melihat sucinya cinta kepada Pencinta Yang Esa. Lalu air mata bukan sesuatu lakonan cuma. Lahir dari hati yang mahu merasai getar cinta dan kuasa Tuhan Yang Esa. Manik jernih yang tidak dapat ditahan jatuhnya masih tidak mampu menceritakan hakikat sebenar cinta kepada Ilahi. Semoga hati ini terus kuat dalam mencari cinta yang agung ini.
Malam itu, sempat juga kami membeli album terbaru Saujana dan telah ditandatangani oleh setiap ahli Saujana itu sendiri. Bertapa benarnya bahawa nikmat yang diberi oleh ALLAH itu tiada batasan. Daku bersyukur atas pemberian ini. Semoga daku mampu perbaiki diri untuk memjadi insan terbaik sebagai khalifah di bumi ALLAH yang luas ini. Amin.....

Begitulah berlalunya hujung mingguku yang sangat bermakna dalam diri dan kehidupanku. Setiap peristiwa itu tersusun indah dan melakar serta mencoret sejarah tersendiri dalam lipatan kenangan diari hidupku. Perkongsian ini cuma satu cara untuk memberi satu kisah diriku yang diharap dapat memberi manfaat kepada pembacanya. Insya'Allah....

Isnin, 18 Januari 2010

warna warni kehidupan berkeluarga.... (bahagian satu)


Memang menjadi impian setiap insan untuk mencipta lukisan-lukisan bahagia ketika melayari bahtera perkahwinan. Juga menjadi harapan untuk melihat rumahtangga yang di bina berbahagia sepanjang hayat. Namun bukan semua impian akan menjadi nyata. Kegagalan dalam dalam rumahtangga adalah berpunca dari penyesuaian yang tidak baik dalam perhubungan dan pertalian keluarga tersebut.
Dalam masyarakat kita, budaya dan adat amat dititikberatkan. Dalam sesetengah perkara, adat atau perbezaan budaya akan memberi kesan negatif terhadap ikatan perkahwinan. Secara umumnya, perkahwinan adalah penyatuan dua individu yang berbeza untuk membentuk satu keluarga yang kukuh bagi menghasilkan generasi yang mampu memimpin dengan baik. Kedua-dua insan tersebut akan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Oleh itu, kerjasama amat di perlukan dalam perkahwinan. Malah ada juga pendapat yang menyatakan bahawa untuk menjamin kebahagiaan perkahwinan maka pasangan tersebut perlu sentiasa bersedia untuk melakukan adaptasi atau penyesuaian terhadap sesuatu bergantung kepada keadaan semasa.
Peranan dan tugas suami dan isteri juga perlu jelas bagi pasangan tersebut untuk memudahkan pengurusan rumahtangga. Selain itu, pasangan juga perlu jelas tentang batasan dalam membuat keputusan selain pergaulan mereka terhadap ahli keluarga lain seperti ipar duai dan biras.
Mengikut teori kaunseling keluarga yang telah lama diamalkan oleh ahli terapi, setiap keluarga akan melalui tahap perkembangan tertentu. Kegagalan keluarga atau individu itu menyesuaikan diri dalam mencapai tugasan dan peranan pada tiap tahap tersebut hanya akan mengundang pelbagai masalah pada tahap seterusnya. Kita akan bincangkan setiap tahap perkembangan tersebut secara terperinci dalam artikel yang berlainan nanti. Secara ringkas, terdapat 6 tahap 'Family Life Cycle' iaitu tahap bujang, pasangan baru, keluarga dan anak kecil, keluarga dengan anak remaja, keluarga dengan anak dewasa, dan keluarga tua.
Melihat sahaja kitaran keluarga ini sendiri kita akan dapat melihat bagaimana keadaan keluarga itu akan berubah dan ini sememangnya memerlukan adaptasi pasangan tersebut untuk menjamin kelancaran ikatan perkahwinan meraka.
Jika mereka gagal untuk mengadaptasi dengan keadaan ini akan menimbulkan konflik dan permasalahan yang mungkin akan mengundang kegagalan dalam perkahwinan serta membawa kepada penceraian. Dalam menghadapi penceraian, kita juga seharusnya lebih bijak bertindak untuk memberi keselesaan kehidupan selepas bercerai. Penceraian bukanlah penamat kehidupan tetapi hanya penamat sebuah ikatan perkahwinan. Peranan terhadap keluarga masih ada di tangan setiap pasangan terutama pada mereka yang telah mendapat anak hasil perkahwinan yang gagal tersebut. Panpa perancangan yang sesuai maka sering kali kita lihat anak-anak akan menjadi mangsa terhadap kegagalan perkahwinan tersebut. Kesan jangka masa panjang akan lebih dilihat ketika anak-anak tersebut dewasa. Kebarangkalian untuk mereka gagal dalam perkahwinan adalah tinggi jika kesan dari sudut psikologi ketika mereka membesar tidak dirawat secara serius. Oleh itu, kita perlu memikirkan jangka masa panjang terhadap anak-anak, masyarakat dan negara kita.
Dalam Islam, penceraian adalah sesuatu yang halal tetapi amat di benci oleh ALLAH. Matlamat setiap ikatan yang di bentuk dalam perkahwinan atas lafaz akad adalah suci. Sesuci membina sebuah masjid, oleh itu pengisian dalam keluarga itu amat penting untuk mencapai matlamat suci tersebut. Malahan dalam Islam sendiri amat menitikberatkan ilmu yang membantu pengurusan dalam rumahtangga. Ini bagi memudahkan membina perkahwinan dan keluarga seindah syurga serta merasai nikmat sebenar berumahtangga. Bukan hanya untuk menghalalkan dan pencapaikan kepuasan seks sahaja.
Sebuah keluarga yang bahaya akan membawa kepada masyarakat yang bahagia seterusnya membentuk kepada negara yang maju. Kehidupan berkeluarga akan memberi kebahagiaan jika pasangan dapat saling bantu membantu serta saling melengkapi. Ikatan perkahwinan kita adalah terletak di tangan kita untuk menentukan bagaimana kita akan hadapi sesuatu perubahan yang datang. Kita ada pilihan dalam hidup dan gunakanlah ia sebaik mungkin. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya kita pilih untuk bahagia dari merana dalam sebuah ikatan perkahwinan. Jika demikian kita haruslah sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk kebahagiaan dan kebaikan diri kita dan pasangan.

Persoalan Hati


hati, 

bukan senang untuk terluka, 

bukan senang untuk berdarah...

tapi hanya kerna insan y di sayangi, hati cepat terluka... 

cepat berdarah parah... 

kalau menyayanginya akan membuat hati derita, 

untuk apa wujud kasih sayang? 

untuk buat orang terluka itu merana? 

atau mungkin untuk membuat hati y merana itu 

sembuh semula kala terbit kasih baru? 

persoalan hati terus berputar seperti setianya jantung berdenyut di dada...

pengalaman....+ kepercayaan....

susah nak percaya
orang yang kita dah sangat percaya
sanggup nak tikam dari belakang...
itulah yang terjadi dalam hidup...
sangat memberi pengalaman yang berharga...
diri hampir trauma...
tiada siapa yang tahu,
apa lagi untuk memahami.....
rupanya tangisan sedihnya dalam ketawa...
senyum manisnya dalam dendam membara...
mana perginya erti sayang dan kasihnya
seorang sahabat yang sejati?
mungkin hilang di telan kerakusan kemajuan,
atau jika ada hanyalah serpihan-serpihan kecil,
baki dari yang telah hanyut dalam mewah hidup.

Khamis, 7 Januari 2010

Drama The Puppet - selangkah mengenali diri

THE PUPPET adalah sebuah drama pentas yang menceritakan bagaimana seorang gadis malang yang di benci semua orang kecuali ayahnya. Rupa gadis tu hodoh kerana wujudnya parut di muka. Tetapi gadis itu yang bernama Maya mempunyai bakat mengukir patung. Dia mengukir patung yang mewakili diri dan perasaannya. Patungnya mewakili rasa marah, sedih, anggun, ceria, manja dan bijak. Maya selalu menghabiskan masa di stor yang menempatkan semua patungnya. Dia sangat mengakumi kecantikan sebuah patung yang mewakili sifat anggun. Dia sangat berharap untuk menjadi seperti patung tersebut. Tanpa di ketahui oleh Maya satu kuasa jahat telah mengidupkan patung anggun tersebut untuk tujuan menghasutn Maya membunuh diri. Watak syaitan adalah untuk menghidupkan patung anggun bagi mendapatkan nyawa Maya. Patung-patung yang lain cuba menyelamatkan Maya dari membunuh diri. Semua ini terjadi seolah-olah dalam mimpi Maya tetapi hakikatnya ialah Maya telah masuk ke dunia demensi ke4. Dunia mistik. Patung-patung lain ketika usaha menyelamatkan Maya dari hasutan patung jahat telah memujuk Maya dengan menyatakan kelebihan diri Maya. Akhirnya Maya dapat di selamatkan dan patung-patung tersebut berjaya membunuh patung anggun y jahat. Kuasa syaitan yang menghidupkan patung jahat juga musnah.
Cerita drama ini cukup mendalam pengajarannya. Bagi saya sebagai seorang pememang watak yang terlibat dalam drama ini, ia cukup mencabar. Menghidupkan watak kuasa jahat yang hanya dapat dilihat oleh patung jahat yang di seru adalah cukup berat. Tambahan pula watak ini tiada dialog yang khusus. Hanya gerak tari badan yang menceritakan bertapa jahatnya watak syaitan tersebut. Cukup menguji keupayaan saya. Bayangkan dari seorang yang berperwatakan seorang pelajar yang sopan terpaksa bertukar menjadi watak syaitan yang jahat dan penuh dengan muslihat tanpa guna satu ayat dialog pun. Berkat usaha cikgu drama akhirnya saya dapat menukar perwatakan diri saya untuk drama ketika di atas pentas. Bukan mudah untuk kami lakonkan cerita ini.
Kini semuanya telah menjadi kenangan dan tertulis dalam sejarah hidup saya. Tanpa sedar bahawa masa terus pantas berlalu. Dah masuk 6 tahun pengalaman berlakon drama itu berlalu. Tetapi kenangannya masih segar terasa. Segala tunjuk ajar cikgu amat berguna. Malah masih mampu membantu saya untuk menghadapi cabaran dan dugaan mendatang secara tidak langsung. Kata orang kehidupan kita ini seperti pentas lakonan, setiap orang ada watak dan peranan tersendiri. Bagi saya pula... pentas lakonan adalah drama sebenar kehidupan yang di lakonkan semula untuk tujuan penghayatan. Apapun pendapatnya, yang penting sekali ialah nilai pengajaran yang kita dapat sama ada dari drama pentas atau kehidupan kita sendiri.

pesan kawan.....

hari ini pagi je dah dapat sms y bgtau tak de kelas 2 petang nanti... terus rasa bosan... tak tahu apa nak buat... layan malas kat atas katil la nampaknya.... tapi bila bangun tengahari tu.... hati rasa 'lost' sbb sendiri je dalam bilik....masa tu lah banyak persoalan hati dan permasalahan timbul... mula perbicaraan dalam mahkamah hati atau lebih di kenali sebagai kata2 hati.... sehinggalah merasa diri semakin kosong dan tak tahu arah tujuan... fikir tentang masa depan... tentang kerjaya... tentang keupayaan diri... personaliti... penampilan dan imej....semuanya... tambah pula dengan isu2 peribadi yang timbul....
akhirnya membawa aku untuk pergi kepada seorang kawan.... pada awalnya hanya untuk mengisi ruang sunyi hari ini sahaja... tetapi tanpa di sedari mula membuka rasa hati yang terbuku sejak pagi.... titisan air mata yang keluar tanpa kawalan terus terjadi... kata2nya semakin membuatkan diri ini sedar hakikat yang perlu di hadapi... selama ini aku keliru tentang kerjaya, diri dan kehidupan peribadi... segalanya samar tentang sempadannya... dan kenyataan inilah yang membawa aku sedar tentang mengapa terasa sukar untuk aku fahami etika kaunselor yang sebenarnya.... terima kasih kawanku... nasihat mu amat berguna...
ada pesan kawanku ini y membuatkan aku semakin tersedar tentang diriku sebagai seorang muslim.... dia berpesan 'andai kata kamu ada masalah bukalah Al-Quran untuk memcari petunjuk dari-Nya. baca dan fahami ayat pertama y kamu lihat ketika kamu membuka Al-Quran. itulah petunjuk untuk kamu'. 
aku kembali ke bilik dan melalukan pesannya... ayat petunjuk y hadir ialah Surah An Nur ayat 55 yang bermaksud:
'Dan Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antaramu, dan beramal soleh, bahawa Allah akan mengangkat darjat mereka menjadi khalifah di bumi, sebagaimana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah, dan Allah akan menetapkan agama mereka (Islam) yang diredhaiNya untuk mereka, dan akan mengantikan ketakutan mereka dengan keamanan. Barang siapa yang kafir sesudah itu merekalah orang yang fasiq.'
ayat ini memberi aku sedikit kekuatan untuk kembali berjuang di jalan yang menegakkan kebenaran. dan saat jari ini pantas menari menaip kata untuk tatapan di blog, telingaku mendengar bunyi satu sms masuk. pantas tangan mengambil dan membuka sms tersebut... kawanku berpesan lagi.... katanya:
'Di dalam hati manusia ada kekusutan,dan tak akan terurai kecuali kehendak Allah. 
Di dalam hati ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah.
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah.
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tak akan tenang damai kecuali berlindung dan bertemu denganNya.
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tak akan padam kecuali dengan redha dengan suruhan dan laranganNya.
Di dalam hati kecil ini, punya cinta dan tak akan hilang kecuali Allah yang memisahkannya...'
pesan kawan akan aku jadikan pegangan selagi jasad masih bersama rohnya. terima kasih kawan....semoga kau di balas dengan kebaikan oleh Allah....

Ahad, 3 Januari 2010

pahit manis kehidupan....

Kadang kala kita terhenti dalam usaha mencapai impian, kadang kala kita bosan dan putus asa dalam hidup, ada ketika kita seperti mahu lari dari semuanya... Sedarkah kita bahawa sebenarnya kita cuba melawan kenyataan bahawa hidup ini ada pahit manisnya... Dulu ketika kita kecil, adakah kita lahir dan terus pandai berlari? pastinya tidak... Kita belajar berjalan, kita pernah jatuh dan pernah gagal. Tapi kita masih cuba bangun dari kegagalan. Jika tidak pasti hingga kini kita masih tak mampu berjalan dan berlari.
Dan kenapa ketika ini, andainya kita jatuh dan gagal kita sering kali lupa semangat ketika kita kecil dahulu... Ketika itu kita tidak mudah putus asa, kita sentiasa bersemangat untuk mencuba... Jika kita renung kembali itulah kenyataan yang kita jumpa.... kita sebenarnya mampu untuk mengatasi permasalahan yang timbul... malahan kita boleh bangun dari kegagalan yang datang... Jika kita mampu lakukan ketika kita kecil mengapa kita tak mampu untuk lakukan ketika kita dewasa kini.....