Selasa, 19 Januari 2010

hujung minggu yang penuh makna....

Sabtu, 16/1/10


Pesta Makan Buah-buahan anjuran Team Elit Muslim
Tempat : Dataran Sastera
Masa : 9.00-12.30
(Datang atas Jemputan Khas dari Bro MC '09-Gen 1)
Memori indah :
Dari jauh saja sudah terhidu bau buah kegemaranku, menusuk-nusuk ke hidung. Raja segala buah, buah durian yang ku sayangi. Dengan ramahnya salam mesra di hulur kala diri ini menghampiri majlis, sederhana sahaja majlisnya. Tetapi  masih tetap meriah. riuh rendah pengacara majlis mengalu-alukan kedatangan tetamu, ramah dan penuh keikhlasan. Diri ini menghulur salam dan menyertai kumpulan yang sedang tekun menghias gubahan buah baru mula di buat. Dengan penuh rendah diri, kebenaran di pinta untuk membantu usaha mengubah buah tembikai yang di jadikan bakul buah tersebut. Rasanya inilah kali pertama cuba membuat gubahan dari buah. Kami terus tekun menghasilkan dan menyusun buah sehingga tamat masa. Hasilnya amat mengembirakan. berkat usaha bersama kami berjaya menyiapkan sebuah gubahan yang cantik.
Setelah siap, kami menghantar hasil gubahan (gambar di tengah) kepada panel. Kemudian kami makan buah yang di sediakan. Durian sememamgnya menjadi pilihanku. Merasai kelazatan durian yang dibelah sendiri adalah nikmat. Alhamdulillah atas nikmat yang diberi ALLAH. Selain itu, ada juga buah tembikai, limau, epal dan manggis.
Dalam majlis yang sama juga diri ini berjumpa semula dengan urusetia kem Bro MC '09, terutamanya Kak Ummu yang banyak memberi nasihat ketika kem tersebut. Ada juga Ustaz Zul yang merupakan ketua ketika kem berlangsung. Rupanya Ustaz Zul adalah pengerusi Team Elit Muslim. Atas jasa baik Ustaz Zul yang memberi keizinan untuk membuat pengumuman tentang perkhidmatan kaunseling, diri ini dapat beberapa orang klien atau individu yang bersedia untuk menerima perkhidmatan kaunseling. Terima kasih Ustaz Zul. Memang benar, kita kadang kala tidak menyangka rezeki datang satu persatu kepada kita. sudahlah dapat makan buah percuma dapat juga klien untuk sesi kaunseling. ALLAH MAHA BESAR. Apa sahaja yang dikehendaki-NYA pasti akan terjadi.



Kempen Derma Untuk Darah Tabung Darah Negara sempena HALWA'10
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK)
Tempat : Akademi Pengajian Melayu (APM)
Memori indah:
Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk menyahut rayuan Kementerian Kesihatan, diri ini rasa terpanggil tampil menderma darah. Situasi kini amat membimbangkan kerana bekalan darah negara di Tabung Darah Negara serta hospital swasta dan kerajaan amat kurang dan hampir mencapai tahap kritikal. Oleh itu, diri ini datang untuk derma darah. Malahan ketika diberitahu satu ketika dahulu bahawa syarat berat minima memderma darah ialah 45kg bagi perempuan, hati terus berdetik bahawa akan ku pastikan berat badan mesti tidak kurang dari angka tersebut.Dan pada ketika datang untuk derma darah kali ini, ada yang memberitahu bahawa berat badan minima untuk wanita telah diubah menjadi 50kg. Rasanya sekali lagi diri ini perlu berkorban untuk tidak meneruskan hasrat menurunkan berat badan menjadi 48kg kerana diri ini masih mahu untuk terus menyumbang kepada orang lain dengan mendermakan darah. Semoga hasrat hati ini tercapai.
Saat melihat darah yang pekat mengalir laju melalui tiub masuk ke dalam beg darah satu senyuman terlahir tanpa sedar. Bersyukur atas nikmat pemberian ALLAH. Dengan darah yang keluar itu diharap akan membantu 3 orang individu lain yang memerlukannya. Setiap beg darah yang didermakan akan di asingkan menjadi 3 kompenan berasingan dan digunakan untuk membantu 3 individu yang berlainan. Tempoh hayat darah dalam beg simpanan adalah selama 43 hari (terima kasih kepada jururawat yang memberitahu info ini). Diharap pada masa akan datang akan ada lebih ramai lagi indivivu yang akan menderma darah. Selain membantu individu lain, kita akan dapat kesan positif dari sudut psikologi. Kita akan merasa lebih gembira dan tenang di samping mendapat memahami perasaan orang lain dengan lebih baik.

Ahad, 17/1/10




Makan di Domino's Pizza
Tajaan peribadi dari Nora
Tempat di Mid Valley
Memori indah:
Persahabatan adalah satu perhubungan tanpa syarat antara individu. Kasih sayang dalam persahabatan adalah sukar untuk di ukur. Malah kadang kala kita tidak sedar atau menghargainya sehinggalah kita kehilangannya. Penghargaan terhadap kawan sebenarnya tidak perlu terlalu mahal. Ucapan terima kasih, kata-kata pujian yang ikhlas dan mengambil berat juga adalah penghargaan yang amat bernilai. Dalam persahabatan, hubungan tersebut akan lebih bermakna jika kita mengamalkan 'give and take' iaitu 'memberi dan menerima'. Konsep ini amat baik dalam mengekalkan perhubungan yang mesra.
Saat indah menghabiskan masa bersama adalah coretan persahabatan yang manis. Menikmati keseronokan bersama rakan adalah detik-detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidup. Begitu juga dengan diriku ini. Menikmati keenakan makanan yang disulami dengan senda gurau dan tawa kawan adalah lakaran indah yang mewarnai hari ahadku. Atas pelawaan peribadi Nora yang menawarkan diri untuk belanja makan, diriku mengambil keputusan untuk keluar bersama mereka. Bukan hanya kerana dapat makan percuma tetapi kerana sebuah talian persahabatan itu. Jika pelawaan ditolak pasti dia akan kecewa kerana dia begitu bersungguh dengan pelawaan tersebut.
Memenuhi permintaan kawan adalah sesuatu yang akan membuatkan kawan kita gembira. Jika itu adalah perkara baik maka kita penuhi perkara tersebut. Sememangnya amat menyeronokan ketika menghabiskan masa bersama kawan. Terima kasih kepada Nora kerana beri peluang untuk merasai nikmat makanan dan nilai persahabatan yang indah. Semoga persahabatan kita akan kekal abadi selamanya. Juga kepada Dot dan C-tie yang sentiasa ceria dalam gurau senda yang menghiburkan hati, semoga kita kekal menjadi sebahagian kawan setia untuk selamanya.
  Penghargaan dari Nora yang sudi belanja kawan-kawan adalah contoh bagaimana kita dapat menghargai kawan kita. Tetapi harus di ingat bahawa untuk menghargai kawan tidak semestinya perlu mengeluarkan duit, tetapi boleh juga dengan tindakan dan ucapan kita. Yang penting niat kita. Keikhlasan niat kita akan mampu dirasai oleh hati kawan kita. Setiap kebaikan yang diberi pasti akan dibalas dengan kebaikan juga.


Kuliah Ilmu 'Hatiku Milik Siapa?' sempena Malam Penutupan HALWA '10
Anjuran : Persatuan Mahasiswa Kelantan (PMK)
Tempat : APM
Masa : 9.00-12.00 malam
Artia undangan : Saujana
Memori indah :
Balik dari Mid Valley, pasti letih sebab sempat beli barang keperluan selepas makan di Domino's Pizza. terfikir untuk rehat sahaja di bilik. Tetapi kita tidak tahu perancangan ALLAH untuk kita, walaupun sekecil-kecil hal dalam kehidupan kita. Dengan izin dari-NYA, datang seorang hamba-NYA mengajak diriku mendengar ceramah bersama rakan sebilikku. Pada awalnya agak keberatan untuk pergi tetapi daku gagahi juga untuk tidak menolak ajakan kawan yang bernama Syikin.
Jadi akhirnya, daku pergi juga bersama kawan sebilik (Wiyah) ke APM. Ketika sampai barulah daku sedar bahawa itulah ceramah/ kuliah ilmu yang pernah terniat di hatiku untuk pergi. Sesungguhnya kuasa ALLAH itu mengatasi segala. Doa dan permintaan kecilku untuk pergi mendengar ceramah itu di makbulkan sedangkan daku sendiri terlupa tentang itu. Lalu di datangkan seorang rakan (syikin) memperingati walaupun dalam bentuk yang tidak diduga. MAHA SUCI ALLAH YANG BERKUASA KE ATAS SETIAP CIPTAANYA.
Detik malam itu, bukan sahaja diisi dengan penerangan ceramah yang menarik tetapi juga diselitkan dengan hiburan dari Saujana. Dan sekali lagi kebesaran ALLAH itu jelas di mataku apabila bait-bait lagu 'Nota Cinta' yang dialunkan oleh Saujana bagai memanah hati kecilku untuk melihat sucinya cinta kepada Pencinta Yang Esa. Lalu air mata bukan sesuatu lakonan cuma. Lahir dari hati yang mahu merasai getar cinta dan kuasa Tuhan Yang Esa. Manik jernih yang tidak dapat ditahan jatuhnya masih tidak mampu menceritakan hakikat sebenar cinta kepada Ilahi. Semoga hati ini terus kuat dalam mencari cinta yang agung ini.
Malam itu, sempat juga kami membeli album terbaru Saujana dan telah ditandatangani oleh setiap ahli Saujana itu sendiri. Bertapa benarnya bahawa nikmat yang diberi oleh ALLAH itu tiada batasan. Daku bersyukur atas pemberian ini. Semoga daku mampu perbaiki diri untuk memjadi insan terbaik sebagai khalifah di bumi ALLAH yang luas ini. Amin.....

Begitulah berlalunya hujung mingguku yang sangat bermakna dalam diri dan kehidupanku. Setiap peristiwa itu tersusun indah dan melakar serta mencoret sejarah tersendiri dalam lipatan kenangan diari hidupku. Perkongsian ini cuma satu cara untuk memberi satu kisah diriku yang diharap dapat memberi manfaat kepada pembacanya. Insya'Allah....

1 ulasan:

Sya Isya berkata...

Tak pernah boleh derma darah, sebab berat pun cukup2 makan je. Teringin juga nak rasa derma darah ni macam mana..