Rabu, 18 November 2009

DIARI HATI TENTANG CINTA

Sekian lama hati ini terus memburu cinta yang di katakan indah dan mempersonakan. Hati remaja ini juga terasa ingin untuk memperolehi cinta yang indah itu. Sayangnya hati remaja ini pernah beberapa kali terluka akibat cinta kepada manusia. Cinta remaja bermula di usia 18 lagi... hanya indah khabar dari rupa... begitu menyakitkan... tapi hati ini masih terus dahagakan cinta sehingga melupakan kisah duka cinta pertama. 
Cinta kedua muncul dalam persahabatan yang terjalin, tapi hati ini tidak merasa hangat cinta sebenarnya.... saat ini baru saja sedar dari mimpi cinta bukan hanya perlu dari manusia. Tetapi juga dari ALLAH. Tiada cinta yang seindah dan setulus cinta sebenar sebelum nikah, jika ada itu hanya mainan dan hasutan syaitan yang mengaburkan hati. Lantas diri ini memutuskan untuk meninggalkan insan bernama lelaki itu semata2 untuk mencapai cinta yang di berkati. Semoga ALLAH permudahkan. 
Namun diri ini terlepas pandang bahawa niat baik untuk berubah akan di uji dengan lebih hebat untuk melihat sejauh mana kita tabah dan bertekad untuk niat kita. Sekali lagi hati ini tewas, menyerahkan hati untuk di cinta pada seorang lelaki. Rasanya ini adalah yang terindah, tetapi tiada siapa tahu tentang rancangan dan ketentuan ILAHI. Sekali lagi diri ini kecewa dan hati ini kian terluka pedih kerana kami telah merancang untuk pengikat pertunangan. Hajat kami tak kesampaian. Tetapi diri ini tabah kerana itu ketentuan-NYA. Doaku telah di terima saat hampir kepada bulan Ramadhan tika itu, sebelum kami mengikat pertunangan. Doa lazim yang di pohon setiap kali selepas solat:

"Ya ALLAH, andai dia adalah jodohku maka KAU dekatkanlah hati kami, jika tidak maka KAU tabahkanlah hati ini menerima ketentuan itu....Amin."

Dari saat pertama kali diri ini memohon doa tersebut hati ini dapat merasa ada sesuatu perkara yang bakal berlaku. Akhirnya rasa hati ini telah menemui kebenaran saat lafaz perpisahan yang dirinya pinta kerana hatinya kini semakin jauh dengan hatiku. Hatinya tertarik kepada wanita lain. Walaupun pedih tapi diri ini bersyukur kerana di beri petunjuk.

Jika kita cintakan bunga, bunga akan layu. Jika kita cintakan wang, wang akan habis. Jika kita cintakan manusia, manusia akan mati. Namun jika kita cintakan Allah, Allah akan kekal selama-lamanya. Dan tiada siapa yang akan merebut Allah daripada kita. Dan tiada siapa juga akan berkecil hati jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita.

Diri ini memanjat kesyukuran kepada ILAHI atas petunjuk-NYA. Diri ini semakin sedar tentang hakikat diri dan cinta sebenarnya. Hati ini berharap agar ada seorang yang akan memimpin diri ini untuk mendapatkan cinta kepada ALLAH. Kehadiran dirinya yang baru kini mula mengetuk pintu hati di saat diri sedang cuba untuk dekatkan hati kepada ALLAH adalah bagai satu petanda baru. Adakah dia insan yang akan memimpin diriku? Tapi tak dapat untuk diri ini menafikan bahawa hatiku telah terpikat kepada tutur katanya yang bersulam dengan hikmah kata berlandaskan agama. Inilah insan yang selama ini di tunggu. 
Tapi diri perlu terus tabah kerana segalanya di tentukan ILAHI. Hati ini hanya akan di serahkan sepenuhnya kepada seorang lelaki yang bergelar suami walaupun kini hati ini telah kau tawan sedikit demi sedikit. Lafaz kasih dan cinta masih tak cukup tanpa lafaz suci yang menghalalkan ikatan cinta dua hati. Semoga segalanya di permudahkan oleh-NYA. Semoga diri ini mampu bersabar dengan segala dugaan dan cabaran mendatang. Dengan izin ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang.....

Sabtu, 14 November 2009

peperiksaan : uji kebijaksanaan atau uji kejujuran?

Semua orang nak lulus exam atau peperiksaan. Itu memang satu kenyataan yang tak dapat nak di nafikan tapi sejauh mana peperiksaan dapat menguji tahap kebijaksanaan seseorang? Apa nilai pentingnya lulus peperiksaan sampai ada yang sanggup menipu ketika peperiksaan? Perbuatan meniru dalam peperiksaan bukan lagi satu fenomena luar biasa. Perbuatan ini walaupun dianggap kecil tapi sebenarnya telah mendatangkan kesan besar pada personaliti diri mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Percaya atau tidak?
Jika kita lihat isu ini dari sudut teori pembelajaran sosial, individu akan mempelajari setiap perbuatan yang di lihat dari persekitarannya. Jika seorang pelajar meniru di dalam peperiksaan dan tidak tertangkap malahan mendapat markah yang baik maka pastinya dia akan menceritakan kepada orang lain. Mungkin juga pelajar lain yang ternampak dia meniru akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama. Perbuatan ini akan mendorong palajar lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika itu terjadi maka sejauh manakah peperiksaan itu dapat menguji tahap kebijaksanaan seseorang?
Pembelajaran sosial sebenarnya berkait rapat dengan nilai dan pegangan yang telah di terapkan dalam diri individu tersebut. Kegagalan untuk membezakan perkara yang baik dan buruk, perkara yang tidak bermoral dengan yang bermoral sebenarnya merupakan satu bukti bertapa tidak kukuhnya nilai dan pegangan diri individu tersebut. Ketika masih bergelar pelajar sudah berani untuk melakukan perkara tidak bermoral seperti ini. Bagaimana jika bergelar pekerja nanti? Adakah individu tersebut akan termasuk dalam perbuatan jenayah atau pecah amanah? Motif perbuatan adalah sama iaitu untuk mencapai kepentingan diri sendiri.
Perkara yang cuba di ketengahkan dalam isu ini ialah sejauh manakah peperiksaan dapat menguji kebijaksanaan seseorang? atau sebenarnya peperiksaan adalah alat untuk menguji kejujuran seseorang? hal ini kerana ketika terdesak manusia akan lupa kepada menjaga kepentingan orang lain dan ada juga yang sengaja melanggar nilai dan pegangan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan sanjungan dan pujian atau matlamat mereka sahaja.
 Tetapi apalah nilai keputusan yang cemerlang jika tidak berlandaskan kepada kejujuran diri? pastinya tiada keberkatan dalam hidupnya. Adakah ini sebenarnya telah menjadi salah satu punca permasalahan yang wujud dalam kehidupan masyarakat kita kini. Banyaknya masalah tekanan adalah berpunca dari tidak berkatnya hidup seseorang. Atau yang lebih tepat lagi kelayakan dalam keputusan peperiksaan adalah tidak sama dan tidak setanding dengan kemampuan diri sebenarnya. Itulah kenyataan yang cuba di nafikan ramai.
 lihatlah kesan peperiksaan kepada kita masa kini dan masa akan datang. Fikirkan dan renungkan sendiri. Nilaikah kenyataan ini dengan pegangan diri anda sendiri. Saya menulis kerana saya telah menyaksikan sendiri perkara tersebut dalam peperiksaan yang saya hadapi beberapa hari lalu. Saya sedih kerana masih tidak dapat membantu banyak dalam hal demikian.

kelas memasak percuma...

kepada sesiapa yang beminat bolehlah kunjungi laman web ini

Sabtu, 7 November 2009

Nilai sebuah nyawa

Fenomena buang bayi sekarang ini makin banyak berlaku... Dari satu kes ke satu kes yang di paparkan baik di dada akhbar ataupun siaran berita.... Adakah manusia semakin kejam? Kemana letaknya nilai kemanusiaan mereka? Jika di lihat kepada paparan foto bayi yang di buang sungguh sedih, menyentuh hati....hingga kadang kala air mata sayu jatuh di pipi tanpa di sedari. Wajah comel bayi menyentuh hati kecil masyarakat. Ada yang sungguh sayu, mati kesejukan, mati di makan anjing, ada juga yang di langgar oleh kenderaan. Bayangkan sebujur kaku badan si comel hancur di langgar.... begitu menyedihkan.....
Itu tidak lagi yang di buang di tong sampah. Bau busuk sampah pada kita cukup meloyakan dan kita tidak sanggup untuk mengidunya lama malah ada yang menyumpah tentang busuknya sampah. Ini kan pula bagi bayi yang baru sahaja mahu melihat dunia. Wajarkah kelahiran dia di dunia di sambut dengan busuknya sampah? Apa yang mungkin bayi itu perkatakan sekiranya dia mampu bercakap? Bayi yang baru mahu melihat dunia di buang seperti sampah. Apakah nilai itu yang layak di letakkan pada bayi comel yang lahir kedunia tanpa secalit dosa?
Apalah salah dan dosa bayi itu? Adakah nilai nyawanya tidak sama dengan nilai manusia lain? Adilkah bagi mereka? Alasan yang di beri oleh perempuan yang pernah membuang bayi ialah MALU, adakah malu itu lebih bernilai dari harga nyawa seorang manusia? Sanggup dirinya melakukan dosa dan di sambung dengan dosa lain pula.... Sungguh menyedihkan....Membuang satu amanah yang di beri kepadanya. Mungkin di sebabkan oleh keseronokan dirinya dulu hanyut dan membuat perkara yang menghasilkan bayi tersebut, dirinya tidak pernah untuk menilai harga sebuah nyawa. Atau mungkin kerana senangnya untuk dapat menghasilkan bayi maka nilainya terlalu rendah bagi mereka?
Kes buang bayi adalah sesuatu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tapi hanya segelintir sahaja bayi yang di buang dan di paparkan untuk tatapan masyarakat. Sebenarnya mungkin banyak lagi bayi yang di buang tanpa pengetahuan masyarakat. Bagaimana pula pada kes pengguguran? Pasti lebih banyak yang berlaku dari kes buang bayi. Pengguguran adalah satu cara mudah bagi mereka yang telah mengandung anak luar nikah untuk menyembunyikan rahsia mereka. Alasanya sebab MALU. Pernahkah mereka terfikir semua kemungkinan ini sebelum mereka menikmati proses penghasilan bayi itu sendiri? Pastinya TIDAK.
Paling menyedihkan ialah ada pihak yang sanggup bersubahat dan bersama menjayakan hasrat mereka. Ada pihak hospital yang sanggup melakukan pengguguran bayi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Dimana letaknya nilai ETIKA pengamal profesional tersebut? Sedih, tapi itulah kenyataan.
Dimana salah dan punca sebenarnya permasalahan ini? Apakah cara penyelesaian yang boleh di ambil? Apa pula cara untuk mencegahnya dari terus berlaku? Delima masyarakat kita sekarang.....

Khamis, 5 November 2009

Nilai Etika & Emosi Diri....

  1. Sejauh mana seseorang itu boleh mengawal diri mengikut etika yang sebenar?.....persoalan itu sukar untuk di jawab....bukan mudah untuk membantu orang lain....bukan mudah untuk mengawal hati dan rasa....itulah yang sedang diri ini rasai kini...diriku sedang berperang dengan etika dan emosi...dulu saat diriku membaca tentang isu ini, hatiku keras menyatakanTIDAK ADA MASALAH BAGIKU menghadapi permasalahan yang melibatkan PENGUGURAN BAYI tapi bila diri ini di temukan dengan individu yang pernah menemankan kawannya mengugurkan bayi..... diri ini menjadi sangsi....
  2. Mampukah daku mengawal hati untuk tidak meletakkan NILAI dan PEGANGAN diri pada kes tersebut????
  3. Mampukah daku mengawal kemarahan jika klien yang datang mengaku secara terbuka bahawa dia TELAH atau AKAN mengugurkan bayi???
  4. Adakah daku sebagai seorang insan yang punyai rasa mampu TENANG untuk MEMENUHI ETIKA PENERIMAAN TANPA SYARAT terhadap klien????
SEMUA PERSOALAN INI MASIH MENJADI TANDA TANYA SEHINGGA KINI.... YANG PASTI DIRIKU AKAN CUBA YANG TERBAIK UNTUK PERBAIKI DIRI DAN MENERIMA DUGAAN SELAGI TERMAMPU...