
Cerita drama ini cukup mendalam pengajarannya. Bagi saya sebagai seorang pememang watak yang terlibat dalam drama ini, ia cukup mencabar. Menghidupkan watak kuasa jahat yang hanya dapat dilihat oleh patung jahat yang di seru adalah cukup berat. Tambahan pula watak ini tiada dialog yang khusus. Hanya gerak tari badan yang menceritakan bertapa jahatnya watak syaitan tersebut. Cukup menguji keupayaan saya. Bayangkan dari seorang yang berperwatakan seorang pelajar yang sopan terpaksa bertukar menjadi watak syaitan yang jahat dan penuh dengan muslihat tanpa guna satu ayat dialog pun. Berkat usaha cikgu drama akhirnya saya dapat menukar perwatakan diri saya untuk drama ketika di atas pentas. Bukan mudah untuk kami lakonkan cerita ini.
Kini semuanya telah menjadi kenangan dan tertulis dalam sejarah hidup saya. Tanpa sedar bahawa masa terus pantas berlalu. Dah masuk 6 tahun pengalaman berlakon drama itu berlalu. Tetapi kenangannya masih segar terasa. Segala tunjuk ajar cikgu amat berguna. Malah masih mampu membantu saya untuk menghadapi cabaran dan dugaan mendatang secara tidak langsung. Kata orang kehidupan kita ini seperti pentas lakonan, setiap orang ada watak dan peranan tersendiri. Bagi saya pula... pentas lakonan adalah drama sebenar kehidupan yang di lakonkan semula untuk tujuan penghayatan. Apapun pendapatnya, yang penting sekali ialah nilai pengajaran yang kita dapat sama ada dari drama pentas atau kehidupan kita sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan