Selasa, 23 November 2010

Pusat Pemulihan Dadah Berasaskan Perubatan Tradisional


PENGENALAN
            Pusat pemulihan dadah adalah tempat untuk penagih dilatih menjadi seorang yang bebas dadah. Malahan pusat pemulihan dadah juga menjadi tempat untuk peluang kedua kepada penagih bagi mengubah diri meraka supaya diberi peluang kedua dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak pusat pemulihan di Malaysia yang member tumpuan dan fokus uatama yang sama iaitu untuk membantu penagih mengubah cara hidup mereka supaya bebas dari najis dadah.
            Agensi yang bertanggungjawab dalam pemantauan setiap pusat pemulihan dadah ini ialah Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK), PEMADAM dan banyak lagi. Pusat pemulihan pula terdiri dari pusat pemulihan kerajaan, swasta dan separuh swasta. Kaedah dan cara pemulihan tersebut bergantung kepada konsep asas pusat tersebut.
Ada pusat yang berunsurkan pegangan agama, ada yang berunsurkan kekuatan minda dan ada juga yang menggunakan sesi kaunseling dan ada yang dibantu dengan kaedah perubatan moden yang lain. Malahan percampuran bagi kaedah sering dibuat untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Lawatan ke pusat pemulihan adalah langkah terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku dipusat tersebut. Malahan lawatan ini juga dapat member banyak maklumat tambahan sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatian terhadap masalah pengalahgunaan dadah di Malaysia.
            Pusat pemulihan dadah pilihan kami ialah Pusat Rawatan Pemulihan Dadah 1Malaysia yang diusahakan sepenuhnya oleh Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam. Untuk mendapatkan maklumat tentang pusat pemulihan tersebut kami telah menemui pemilik Pusat Perubatan Cakra Alam iaitu Prof. Dr. He Ustaz Mohd Arief Al Haj yang telah berpengalaman selama 25 tahun dalam perubatan tradisional tersebut.
Objektif lawatan kerja
  1. Mendapatkan maklumat penting tentang pusat pemulihan dadah
  2. Mendapatkan maklumat tentang kaedah atau terapi yang digunakan di pusat pemuliha
  3. Memahami keadah yang digunakan untuk dikongsikan kepada masyarakat umum bagi bersama menangani masalah penyalahgunaan dadah.

DAPATAN LAWATAN KERJA
Sejarah
Pusat Rawatan Pemulihan 1Malaysia yang terletak di Karak dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam yang diasas oleh Ustaz Mohd Arief Al Haj. Pusat ini beroperasi dengan kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta. Pusat rawatan ini baharu sahaja dibuka selama 3 tahun setelah pengasas Pusat Perubatan Cakra Alam berpengalaman selama hampir 25 tahun dalam pengubatan tradisional yang menggunakan kekuatan tenaga dalaman.
Pendekatan kerohanian juga menjadi penghubung kepada pelatih untuk membantu mengisi kekosongan jiwa yang dialami pelatih. Pusat ini juga telah menjadi pilihan pelbagai bangsa dan agama walaupun pengamal perubatan mengunakan ayat- ayat Al-Quran sebagai kaedah rawatan yang berkesan.
Kemudahan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah memberi sebanyak 7 hektar tanah kepada Pusat Rawatan Pemulihan Dadah 1Malaysia untuk dibangunkan sebagai kawasan pusat pemulihan dadah bagi menampung keperluan pemulihan yang kian mendesak. Tanah seluas itu telah dibangunkan menjadi kawasan pemulihan penagih dadah yang merangkumi kawasan tempat tinggal pelatih pemulihan dadah dan kawasan pertanian sebagai aktiviti mereka di sana.
            Kemudahan asas seperti tempat tinggal, makanan dan aktiviti masa lapang turut disediakan di pusat pemulihan tersebut. Kawasan pertanian yang dirancang secara teratur  disediakan untuk pelatih mengisi masa lapang. Antara kegiatan pertanian di sana ialah pengurusan ladang buah naga serta beberapa tanaman lain dan penternakan kambing. Projek pertanian tersebut adalah untuk menyediakan ruang kepada pelatih untuk mengisi kelapangan masa mereka di sana. Selain itu ini membantu menambahkan kemahiran dan pengalaman kepada pelatih.
Rawatan /perkhidmatan
Pada asasnya, Pusat Rawatan Pemulihan Dadah 1Malaysia ini mengunakan pendekatan yang sama dengan Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam yang lebih tertumpu kepada perubatan tradisional yang menggunakan ubatan herba. Selain penggunaan herba, terdapat beberapa teknik dan kaedah lain yang membantu proses pemulihan kepada pesakit atau pelatih di sini. Kaedah yang diamalkan di pusat pemulihan ini adalah seperti berikut :
a)          Ilmu putih
Kaedah melalui bacaan doa dan amalan yang selari dengan ajaran Islam yang sebenar walaupun rawatan yang diberi kepada orang bukan Islam.
b)          Kekuatan minda
Pengabungan kekuatan minda pesakit dan arahan pengamal perubatan untuk sama-sama berpadu menahan dan melawan ketagihan, seterusnya membenci najis dadah untuk selamanya. Kekuatan minda merangkumi kekuatan diri pesakit dalam alam sedar, tidak sedar dan separa sedar. Kekuatan minda pesakit akan di fokuskan dan di tumpukan bagi membantu proses pemulihan
c)          Telepati
Pengamal perubatan akan mengunakan kaedah telepati untuk menembusi otak dan pemikiran pesakit bagi memberi arahan secara terus kepada sistem badan di samping membuatkan pesakit patuh dengan arahan. Dorongan yang membina dihantar menerusi telepati digunakan untuk membantu diri pesakit melawan kemahuan dan ketagihan terhadap dadah.
d)          Magnetis
Kaedah ini lebih kepada arahan yang menarik minat pesakit secara peribadi dan menyeluruh dalam diri untuk menjalani kehidupan normal dan berjaya.
e)          Hipnosis
Para pesakit akan dihipnosis untuk membuang segala tabiat buruk dan mengembalikan tabiat baik sebelum mereka terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan  dadah.
f)           Magnetik / aura (homeopati)
Peralatan moden digunakan bagi membetulkan saraf dan seterusnya menggunakan pengimbas magnetik bagi mengimbas perubahan selepas rawatan
g)          Ramuan tradisional
Satu ramuan lengkap untuk proses pemulihan badan bagi penagih yang telah diuji berfungsi untuk membersihkan darah, memperbetulkan perjalanan organ dan energi dalam tubuh badan. Rumusan ini bertindak memulihkan kekuatan secara cepat dan berkesan kerana ramuan ini terus berfungsi kepada bahagian sasaran untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan.
h)          Dorongan atau amalan kerohanian
Amalan keagamaan juga ditekankan sepenjang masa proses pemulihan tersebut. Ini penting untuk mengisi ruang kekosongan di jiwa pesakit.

Tempoh masa rawatan/ pemulihan
           Masa rawatan adalah selama 40 hari sahaja. Rawatan tersebut terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :
a)            Peringkat pembersihan
Pada peringkat ini pesakit akan diberi ramuan herba untuk memulihkan kembali fungsi tubuh badan dan fizikal mereka di samping menyingkirkan semua bahan-bahan toksik dalam diri yang diakibatkan oleh amalan penyalahgunaan dadah sebelum ini. Secara perubatan, tahap toksik akan menurun dan keadaan ini dapat membantu untuk menurunkan tahap keinginan terhadap dadah tersebut.
b)            Peringkat pengukuhan
Peringkat pengukuhan adalah merangkumi keyakinan diri, kekuatan minda dan semangat pesakit untuk berubah kearah kebaikan yang mampu membantu proses pemulihan. Di peringkat ini, tahap motivasi dan pembinaan kendiri akan membantu kejayaan pemulihan dalam jangka masa panjang.

Kejayaan pusat rawatan
Setakat 3 tahun penubuhan pusat rawatan ini, kejayaan yang telah dicapat adalah sebanyak 95% berjaya pulih sepenuhnya hanya dalam tempoh rawatan selama 40 hari. Ini merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh pusat pemulihan tersebut. Selain itu, pusat ini juga telah diiktiraf sebagai pusat dadah persendirian oleh AADK. Keberkesanan rawatan dalam pusat tersebut tidak dapat di pertikaikan lagi. 
Rumusan
            Lawatan ini telah memberi maklumat penting kepada kumpulan kami tentang cara pemulihan alternative selain daripada rawatan yang telah lama diketahui umum seperti di pusat-pusat serenti di seluruh Negara. Maklumat tentang kaedah yang unik ini telah memberi tanggapan yang baru kepada kami. Malahan bagi kumpulam kami pengalaman lawatan ini amat berguna dan menambahkan pengetahuan tambahan kepada kami.
            Kesan dari menemubual pengasas pusat tersebut, kami lebih mendapat kesedaran untuk sama-sama membantu penagih pulih walaupun kepandaian kami berbeza. Meskipun pusat rawatan tersebut tidak mengunakan cara kaunseling dalam mana-mana rawatan yang diberikan, kami merasa kagum dengan kaedah hipnosis yang digunakan. Pengamal perubatan telah sepenuhnya berjaya mengawal pelatih dengan mengunakan kaedah tersebut sehingga berjaya.
            Tempoh rawatan juga adalah yang tersingkat pernah kami ketahui. Oleh sebab tempoh hanya selama 40 hari dengan pecahan peringkat hanya 2 peringkat agak memeranjatkan bila hasil pemulihan penagih yang dihantar kesana adalah setinggi 95% dari bilangan yang dirawat sejak 3 tahun lalu. Rawatan ini perlu di ketengahkan kepada orang ramai untuk menjimatkan lagi kos pemulihan penagih yang saban hari meningkat kerana penambahan dan berlakunya kes pengulangan penagihan.

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

silaa berikan alamat penuh pusat ni.tenq

Tanpa Nama berkata...

Tlg berikan alamat pusat ni..tunang sy baru dmasukan ke pusat serenti,sy takut bl dia keluar,dia tak brubah.

Tanpa Nama berkata...

Salam> Sila emailkan address ke email saya> Email dinaz44@yahoo.com.my. Thxs

Tanpa Nama berkata...

Tlg emailkn alamat@no phon ...jjfaisal71@gmail.com .TQ.

Tanpa Nama berkata...

OK tapi ada cwngan di Pahang?

Tanpa Nama berkata...

blh email pada saya almat pusat dan no tel nya? kiela_87@yahoo.com
tq

Tanpa Nama berkata...

Salam.boleh bg alamat dan no phone.nk bwak adk beruba

Tanpa Nama berkata...

boleh WhatsApp sy...0199868156.. utk mbawa perubahan

Tanpa Nama berkata...

Salam bolih bg alamat dan no telipon nak bawa anak berubat.

Tanpa Nama berkata...

Adik perempuan saya sgt parah ketagihan dadah. Tlg emelkan kontak pusat ini. Emel saya di smar85@gmail.com. Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Tlg whatapps no telefon dan alamat..0173887251/0147299051

Tanpa Nama berkata...

Salam..
Blh tlg email alamat& no.tel pusat pemulihan ini ke email saya arsnann@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Suami says dash terlalu teruk.5 tahun dia menggambil Sarah .sy tidal mahu dia menjadi teruk lag I sebab dia keharmonian keluarga semakin terjejas .tlng sy bag I slant did Kedah telefon number

Tanpa Nama berkata...

Tolong emailkan detail pusat pemulihan ini... kpd lily_alif@yahoo.com

Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

tolong emailkan alamat pusat pemulihan ini dan no telefon...kpd loshene24@gmail.com

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Assalam . Boleh whatsapp alamat pusat ini kepada saya ? pakcik saya kini dalam proses untuk dihantar ke pusat serenti . mak saya risau andaikata bila dia dah keluar nanti dia masih tidak berubah sebab ini dah kali ketiga dia dihantar ke pusat serenti . Sila whatsapp alamat pusat ini ke 013 6298305 . Tolong !

anah berkata...

salam boleh bagi detail

Tanpa Nama berkata...

sila bagi maklunat lanjut..
hubungi 01112798807

Unknown berkata...

Harap dapat dedahkan alamat dn no tel pusat bg memudahkan sesipa yg berminat menghubunginya

Tanpa Nama berkata...

boleh sms alamat dn no tel tempat nie.urgent.0177

Matahari berkata...

Boleh saya dptkan alamat dan nombor telefon?

Unknown berkata...

Boleh bg alamat dan no telefon tak untuk dihubungi....

Tanpa Nama berkata...

Blh bg alamat dan no telefon tak untuk dihubungi

Tanpa Nama berkata...

Boleh email kan pada saya alamat pusat ni? minta sangat jasa baik anda.
ayunsam@gmail.com

mummyAURA berkata...

Tolong whatsapp alamat n no contact. Saya berminat nak hantar adik sy yg ketagihan syabu. 0126366637

mummyAURA berkata...

Tolong whatsapp alamat n no contact. Saya berminat nak hantar adik sy yg ketagihan syabu. 0126366637

Tanpa Nama berkata...

tlg whatsapp alamt dan no.tel . sy berminat utk merawat adik sy dan meminta pendapat tuan yg mengalami masalah ketagihan yg dialami. 0139926337

Tanpa Nama berkata...

Mohon berikan detail lebih lanjut kepada saya untuk merawat adik saya yg ketagihan dadah (email: mazz85ima@gmail.com)

Unknown berkata...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Kami dari Lembaga Rehabilitasi pengguna Narkotika yang ada dimedan Indonesia.
Ingin berkunjung dan belajar system pengobatan yang dimaksud .
Mohon balas email kami dan waktu yg bisa untuk kami berkunjung agar kami bisa datang dari indonesia.
Jumlah yang berkunjung 10 orang.
No kontak kami +6281396888888 atau +6281264111111
Atas nama Dika Novandry (ketua).

Unknown berkata...

tempat dia kat mana yer