Sabtu, 14 November 2009

peperiksaan : uji kebijaksanaan atau uji kejujuran?

Semua orang nak lulus exam atau peperiksaan. Itu memang satu kenyataan yang tak dapat nak di nafikan tapi sejauh mana peperiksaan dapat menguji tahap kebijaksanaan seseorang? Apa nilai pentingnya lulus peperiksaan sampai ada yang sanggup menipu ketika peperiksaan? Perbuatan meniru dalam peperiksaan bukan lagi satu fenomena luar biasa. Perbuatan ini walaupun dianggap kecil tapi sebenarnya telah mendatangkan kesan besar pada personaliti diri mereka yang melakukan perbuatan tersebut. Percaya atau tidak?
Jika kita lihat isu ini dari sudut teori pembelajaran sosial, individu akan mempelajari setiap perbuatan yang di lihat dari persekitarannya. Jika seorang pelajar meniru di dalam peperiksaan dan tidak tertangkap malahan mendapat markah yang baik maka pastinya dia akan menceritakan kepada orang lain. Mungkin juga pelajar lain yang ternampak dia meniru akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama. Perbuatan ini akan mendorong palajar lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika itu terjadi maka sejauh manakah peperiksaan itu dapat menguji tahap kebijaksanaan seseorang?
Pembelajaran sosial sebenarnya berkait rapat dengan nilai dan pegangan yang telah di terapkan dalam diri individu tersebut. Kegagalan untuk membezakan perkara yang baik dan buruk, perkara yang tidak bermoral dengan yang bermoral sebenarnya merupakan satu bukti bertapa tidak kukuhnya nilai dan pegangan diri individu tersebut. Ketika masih bergelar pelajar sudah berani untuk melakukan perkara tidak bermoral seperti ini. Bagaimana jika bergelar pekerja nanti? Adakah individu tersebut akan termasuk dalam perbuatan jenayah atau pecah amanah? Motif perbuatan adalah sama iaitu untuk mencapai kepentingan diri sendiri.
Perkara yang cuba di ketengahkan dalam isu ini ialah sejauh manakah peperiksaan dapat menguji kebijaksanaan seseorang? atau sebenarnya peperiksaan adalah alat untuk menguji kejujuran seseorang? hal ini kerana ketika terdesak manusia akan lupa kepada menjaga kepentingan orang lain dan ada juga yang sengaja melanggar nilai dan pegangan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan sanjungan dan pujian atau matlamat mereka sahaja.
 Tetapi apalah nilai keputusan yang cemerlang jika tidak berlandaskan kepada kejujuran diri? pastinya tiada keberkatan dalam hidupnya. Adakah ini sebenarnya telah menjadi salah satu punca permasalahan yang wujud dalam kehidupan masyarakat kita kini. Banyaknya masalah tekanan adalah berpunca dari tidak berkatnya hidup seseorang. Atau yang lebih tepat lagi kelayakan dalam keputusan peperiksaan adalah tidak sama dan tidak setanding dengan kemampuan diri sebenarnya. Itulah kenyataan yang cuba di nafikan ramai.
 lihatlah kesan peperiksaan kepada kita masa kini dan masa akan datang. Fikirkan dan renungkan sendiri. Nilaikah kenyataan ini dengan pegangan diri anda sendiri. Saya menulis kerana saya telah menyaksikan sendiri perkara tersebut dalam peperiksaan yang saya hadapi beberapa hari lalu. Saya sedih kerana masih tidak dapat membantu banyak dalam hal demikian.

1 ulasan:

Sya Isya berkata...

Bagi Sya, peperiksaan menguji kedua-duanya sekali: kebijaksanaan dan juga kejujuran. namun, memang tak adil kalau kebijaksanaan seseorang dinilai hanya dengan keputusan peperiksaan semata-mata. kadang2, bukan tak dapat atau tak tahu nk jawab soalan peperiksaan tu, tahu macam mana nak jawab, tapi dek kerana careless, beberapa kesilapan dilakukan dan menyebabkan banyak markah ditolak, terutama sekali untuk subjek yang melibatkan pengiraan. 1 nilai salah, boleh menyebabkan keseluruhan jawapan salah. dapat markh rendah, tapi tak bermakna juga tak tahu jawab soalan tu.