Sabtu, 7 November 2009

Nilai sebuah nyawa

Fenomena buang bayi sekarang ini makin banyak berlaku... Dari satu kes ke satu kes yang di paparkan baik di dada akhbar ataupun siaran berita.... Adakah manusia semakin kejam? Kemana letaknya nilai kemanusiaan mereka? Jika di lihat kepada paparan foto bayi yang di buang sungguh sedih, menyentuh hati....hingga kadang kala air mata sayu jatuh di pipi tanpa di sedari. Wajah comel bayi menyentuh hati kecil masyarakat. Ada yang sungguh sayu, mati kesejukan, mati di makan anjing, ada juga yang di langgar oleh kenderaan. Bayangkan sebujur kaku badan si comel hancur di langgar.... begitu menyedihkan.....
Itu tidak lagi yang di buang di tong sampah. Bau busuk sampah pada kita cukup meloyakan dan kita tidak sanggup untuk mengidunya lama malah ada yang menyumpah tentang busuknya sampah. Ini kan pula bagi bayi yang baru sahaja mahu melihat dunia. Wajarkah kelahiran dia di dunia di sambut dengan busuknya sampah? Apa yang mungkin bayi itu perkatakan sekiranya dia mampu bercakap? Bayi yang baru mahu melihat dunia di buang seperti sampah. Apakah nilai itu yang layak di letakkan pada bayi comel yang lahir kedunia tanpa secalit dosa?
Apalah salah dan dosa bayi itu? Adakah nilai nyawanya tidak sama dengan nilai manusia lain? Adilkah bagi mereka? Alasan yang di beri oleh perempuan yang pernah membuang bayi ialah MALU, adakah malu itu lebih bernilai dari harga nyawa seorang manusia? Sanggup dirinya melakukan dosa dan di sambung dengan dosa lain pula.... Sungguh menyedihkan....Membuang satu amanah yang di beri kepadanya. Mungkin di sebabkan oleh keseronokan dirinya dulu hanyut dan membuat perkara yang menghasilkan bayi tersebut, dirinya tidak pernah untuk menilai harga sebuah nyawa. Atau mungkin kerana senangnya untuk dapat menghasilkan bayi maka nilainya terlalu rendah bagi mereka?
Kes buang bayi adalah sesuatu yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tapi hanya segelintir sahaja bayi yang di buang dan di paparkan untuk tatapan masyarakat. Sebenarnya mungkin banyak lagi bayi yang di buang tanpa pengetahuan masyarakat. Bagaimana pula pada kes pengguguran? Pasti lebih banyak yang berlaku dari kes buang bayi. Pengguguran adalah satu cara mudah bagi mereka yang telah mengandung anak luar nikah untuk menyembunyikan rahsia mereka. Alasanya sebab MALU. Pernahkah mereka terfikir semua kemungkinan ini sebelum mereka menikmati proses penghasilan bayi itu sendiri? Pastinya TIDAK.
Paling menyedihkan ialah ada pihak yang sanggup bersubahat dan bersama menjayakan hasrat mereka. Ada pihak hospital yang sanggup melakukan pengguguran bayi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Dimana letaknya nilai ETIKA pengamal profesional tersebut? Sedih, tapi itulah kenyataan.
Dimana salah dan punca sebenarnya permasalahan ini? Apakah cara penyelesaian yang boleh di ambil? Apa pula cara untuk mencegahnya dari terus berlaku? Delima masyarakat kita sekarang.....

Tiada ulasan: