Selasa, 23 November 2010

Pusat Pemulihan Dadah Berasaskan Perubatan Tradisional


PENGENALAN
            Pusat pemulihan dadah adalah tempat untuk penagih dilatih menjadi seorang yang bebas dadah. Malahan pusat pemulihan dadah juga menjadi tempat untuk peluang kedua kepada penagih bagi mengubah diri meraka supaya diberi peluang kedua dalam kehidupan mereka. Terdapat banyak pusat pemulihan di Malaysia yang member tumpuan dan fokus uatama yang sama iaitu untuk membantu penagih mengubah cara hidup mereka supaya bebas dari najis dadah.
            Agensi yang bertanggungjawab dalam pemantauan setiap pusat pemulihan dadah ini ialah Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK), PEMADAM dan banyak lagi. Pusat pemulihan pula terdiri dari pusat pemulihan kerajaan, swasta dan separuh swasta. Kaedah dan cara pemulihan tersebut bergantung kepada konsep asas pusat tersebut.
Ada pusat yang berunsurkan pegangan agama, ada yang berunsurkan kekuatan minda dan ada juga yang menggunakan sesi kaunseling dan ada yang dibantu dengan kaedah perubatan moden yang lain. Malahan percampuran bagi kaedah sering dibuat untuk mendapatkan kesan yang terbaik.
Lawatan ke pusat pemulihan adalah langkah terbaik untuk memahami situasi sebenar yang berlaku dipusat tersebut. Malahan lawatan ini juga dapat member banyak maklumat tambahan sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatian terhadap masalah pengalahgunaan dadah di Malaysia.
            Pusat pemulihan dadah pilihan kami ialah Pusat Rawatan Pemulihan Dadah 1Malaysia yang diusahakan sepenuhnya oleh Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam. Untuk mendapatkan maklumat tentang pusat pemulihan tersebut kami telah menemui pemilik Pusat Perubatan Cakra Alam iaitu Prof. Dr. He Ustaz Mohd Arief Al Haj yang telah berpengalaman selama 25 tahun dalam perubatan tradisional tersebut.
Objektif lawatan kerja
  1. Mendapatkan maklumat penting tentang pusat pemulihan dadah
  2. Mendapatkan maklumat tentang kaedah atau terapi yang digunakan di pusat pemuliha
  3. Memahami keadah yang digunakan untuk dikongsikan kepada masyarakat umum bagi bersama menangani masalah penyalahgunaan dadah.

DAPATAN LAWATAN KERJA
Sejarah
Pusat Rawatan Pemulihan 1Malaysia yang terletak di Karak dikendalikan sepenuhnya oleh Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam yang diasas oleh Ustaz Mohd Arief Al Haj. Pusat ini beroperasi dengan kerjasama yang diberikan oleh agensi kerajaan dan swasta. Pusat rawatan ini baharu sahaja dibuka selama 3 tahun setelah pengasas Pusat Perubatan Cakra Alam berpengalaman selama hampir 25 tahun dalam pengubatan tradisional yang menggunakan kekuatan tenaga dalaman.
Pendekatan kerohanian juga menjadi penghubung kepada pelatih untuk membantu mengisi kekosongan jiwa yang dialami pelatih. Pusat ini juga telah menjadi pilihan pelbagai bangsa dan agama walaupun pengamal perubatan mengunakan ayat- ayat Al-Quran sebagai kaedah rawatan yang berkesan.
Kemudahan
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah memberi sebanyak 7 hektar tanah kepada Pusat Rawatan Pemulihan Dadah 1Malaysia untuk dibangunkan sebagai kawasan pusat pemulihan dadah bagi menampung keperluan pemulihan yang kian mendesak. Tanah seluas itu telah dibangunkan menjadi kawasan pemulihan penagih dadah yang merangkumi kawasan tempat tinggal pelatih pemulihan dadah dan kawasan pertanian sebagai aktiviti mereka di sana.
            Kemudahan asas seperti tempat tinggal, makanan dan aktiviti masa lapang turut disediakan di pusat pemulihan tersebut. Kawasan pertanian yang dirancang secara teratur  disediakan untuk pelatih mengisi masa lapang. Antara kegiatan pertanian di sana ialah pengurusan ladang buah naga serta beberapa tanaman lain dan penternakan kambing. Projek pertanian tersebut adalah untuk menyediakan ruang kepada pelatih untuk mengisi kelapangan masa mereka di sana. Selain itu ini membantu menambahkan kemahiran dan pengalaman kepada pelatih.
Rawatan /perkhidmatan
Pada asasnya, Pusat Rawatan Pemulihan Dadah 1Malaysia ini mengunakan pendekatan yang sama dengan Pusat Perubatan Tradisional Cakra Alam yang lebih tertumpu kepada perubatan tradisional yang menggunakan ubatan herba. Selain penggunaan herba, terdapat beberapa teknik dan kaedah lain yang membantu proses pemulihan kepada pesakit atau pelatih di sini. Kaedah yang diamalkan di pusat pemulihan ini adalah seperti berikut :
a)          Ilmu putih
Kaedah melalui bacaan doa dan amalan yang selari dengan ajaran Islam yang sebenar walaupun rawatan yang diberi kepada orang bukan Islam.
b)          Kekuatan minda
Pengabungan kekuatan minda pesakit dan arahan pengamal perubatan untuk sama-sama berpadu menahan dan melawan ketagihan, seterusnya membenci najis dadah untuk selamanya. Kekuatan minda merangkumi kekuatan diri pesakit dalam alam sedar, tidak sedar dan separa sedar. Kekuatan minda pesakit akan di fokuskan dan di tumpukan bagi membantu proses pemulihan
c)          Telepati
Pengamal perubatan akan mengunakan kaedah telepati untuk menembusi otak dan pemikiran pesakit bagi memberi arahan secara terus kepada sistem badan di samping membuatkan pesakit patuh dengan arahan. Dorongan yang membina dihantar menerusi telepati digunakan untuk membantu diri pesakit melawan kemahuan dan ketagihan terhadap dadah.
d)          Magnetis
Kaedah ini lebih kepada arahan yang menarik minat pesakit secara peribadi dan menyeluruh dalam diri untuk menjalani kehidupan normal dan berjaya.
e)          Hipnosis
Para pesakit akan dihipnosis untuk membuang segala tabiat buruk dan mengembalikan tabiat baik sebelum mereka terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan  dadah.
f)           Magnetik / aura (homeopati)
Peralatan moden digunakan bagi membetulkan saraf dan seterusnya menggunakan pengimbas magnetik bagi mengimbas perubahan selepas rawatan
g)          Ramuan tradisional
Satu ramuan lengkap untuk proses pemulihan badan bagi penagih yang telah diuji berfungsi untuk membersihkan darah, memperbetulkan perjalanan organ dan energi dalam tubuh badan. Rumusan ini bertindak memulihkan kekuatan secara cepat dan berkesan kerana ramuan ini terus berfungsi kepada bahagian sasaran untuk mempercepatkan lagi proses pemulihan.
h)          Dorongan atau amalan kerohanian
Amalan keagamaan juga ditekankan sepenjang masa proses pemulihan tersebut. Ini penting untuk mengisi ruang kekosongan di jiwa pesakit.

Tempoh masa rawatan/ pemulihan
           Masa rawatan adalah selama 40 hari sahaja. Rawatan tersebut terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :
a)            Peringkat pembersihan
Pada peringkat ini pesakit akan diberi ramuan herba untuk memulihkan kembali fungsi tubuh badan dan fizikal mereka di samping menyingkirkan semua bahan-bahan toksik dalam diri yang diakibatkan oleh amalan penyalahgunaan dadah sebelum ini. Secara perubatan, tahap toksik akan menurun dan keadaan ini dapat membantu untuk menurunkan tahap keinginan terhadap dadah tersebut.
b)            Peringkat pengukuhan
Peringkat pengukuhan adalah merangkumi keyakinan diri, kekuatan minda dan semangat pesakit untuk berubah kearah kebaikan yang mampu membantu proses pemulihan. Di peringkat ini, tahap motivasi dan pembinaan kendiri akan membantu kejayaan pemulihan dalam jangka masa panjang.

Kejayaan pusat rawatan
Setakat 3 tahun penubuhan pusat rawatan ini, kejayaan yang telah dicapat adalah sebanyak 95% berjaya pulih sepenuhnya hanya dalam tempoh rawatan selama 40 hari. Ini merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan oleh pusat pemulihan tersebut. Selain itu, pusat ini juga telah diiktiraf sebagai pusat dadah persendirian oleh AADK. Keberkesanan rawatan dalam pusat tersebut tidak dapat di pertikaikan lagi. 
Rumusan
            Lawatan ini telah memberi maklumat penting kepada kumpulan kami tentang cara pemulihan alternative selain daripada rawatan yang telah lama diketahui umum seperti di pusat-pusat serenti di seluruh Negara. Maklumat tentang kaedah yang unik ini telah memberi tanggapan yang baru kepada kami. Malahan bagi kumpulam kami pengalaman lawatan ini amat berguna dan menambahkan pengetahuan tambahan kepada kami.
            Kesan dari menemubual pengasas pusat tersebut, kami lebih mendapat kesedaran untuk sama-sama membantu penagih pulih walaupun kepandaian kami berbeza. Meskipun pusat rawatan tersebut tidak mengunakan cara kaunseling dalam mana-mana rawatan yang diberikan, kami merasa kagum dengan kaedah hipnosis yang digunakan. Pengamal perubatan telah sepenuhnya berjaya mengawal pelatih dengan mengunakan kaedah tersebut sehingga berjaya.
            Tempoh rawatan juga adalah yang tersingkat pernah kami ketahui. Oleh sebab tempoh hanya selama 40 hari dengan pecahan peringkat hanya 2 peringkat agak memeranjatkan bila hasil pemulihan penagih yang dihantar kesana adalah setinggi 95% dari bilangan yang dirawat sejak 3 tahun lalu. Rawatan ini perlu di ketengahkan kepada orang ramai untuk menjimatkan lagi kos pemulihan penagih yang saban hari meningkat kerana penambahan dan berlakunya kes pengulangan penagihan.

Isnin, 15 November 2010

Mampukah kau ku temui?

Pantas dalam tiap langkahmu,
Tangkas dalam hayunan kerismu,
Lemah dalam santunmu,
Gemalai dalam kata pujukmu,
Tegas dalam tiang pendirianmu,
Padu dalam kekuatan imanmu,
Jitu dalam semangat jihadmu,
Rendah dalam ruang hatimu,
Kaya dalam kesederhanaan hidupmu,
Bijak dalam susun katamu,
Tajam dalam menyata kebenaran hatimu,
Teguh dalam semangat juangmu...

Dirimu yang sebegitu
mampukah aku temui dalam hidupku?
Atau kau hanya muncul 
dalam helaian dan tinda seorang penulis
yang melakar mimpi pada diriku,
mencipta fantasi alam untuk bertemu dengan mu...

Atau mungkin kau hanya satu helaan nafas
yang berbaur dalam mimpi
wujud dalam minda
kerna kau hanya hadir
bagai pahlawan hati untukku
pada helaian-helaian bisu yang mengambarkan dirimu
yang hampir sempurna
merangkumi impian setiap wanita....

Mampukah kau ku temui?
Dalam jagaku dan bukan mimpi 
atau bukan juga dalam fantasi
Selama ini hidupmu hanya di helaian kertas,
Apa mungkin nanti hidupmu di mata dan hatiku?
Mampukah kau aku temui?

Isnin, 8 November 2010

HIV & AIDS - Hasil perkongsian bengkel di USIM

HIV adalah sejenis virus yang mengerang sistem ketahanan tubuh manusia. virus ini hanya boleh berjangkit jika terdapat sentuhan terus dari cecair badan dan darah pesakit. Secara khususnya virus ini hanya boleh di jangkiti apabila terdapat perhubungan darah pesakit dengan darah individu lain secara terus tanpa halangan. Jika terdapat halangan, maka virus tersebut tidak akan mampu menenbusi halangan tersebut.
Terdapat tiga cara utama virus HIV masuk ke dalam tubuh seseorang iaitu melalui perhubungan seks, perkongsian jarum suntikan, melalui ibu ke anak. Ketiga-tiga cara tersebut adalah cara utama yang memungkinkan risiko terkena virus HIV adalah paling tinggi peratusannya.
Jika di lihat secara lebih terperinci, cara perhubungan seks adalah jenis cecair badan yang mengandungi virus HIV pesakit akan masuk kedalam individu lain melalui percampuran cecair viginal dan semen. Cecair badan tersebut adalah medium perantaraan virus untuk masuk ke dalam badan.
Bagi kes perkongsian jarum pula, suntikan akan meninggalkan kesan darah pada jarum. Kesan darah tersebut akan di suntik kepada orang lain dan apa sahaja virus serta bakteria yang terdapat dalam darah orang pertama yang menyuntik akan masuk kepada orang kedua yang menggunakan jarum yang sama. Keadaan inilah yang menyebabkan penyebaran virus HIV.
Penyebaran virus HIV melalui ibu kepada anaknya ialah semasa kelahiran yang melibatkan percampuran darah semasa proses kelahiran itu sendiri. Selain itu, ibu yang mempunyai virus HIV dalam badannya tidak boleh memberi susu badan kepada anaknya kerana kemungkinan anak untuk mendapat virus HIV itu adalah tinggi memandangkan sistem pengadaman bayi baru lahir masih belum matang sepenuhnya. Maka kemasukan virus yang wujud dalam susu ibu tersebut tidak dapat di lawan oleh sistem penghadaman bayi tersebut.
Setelah kita jelas tentang 3 cara utama virus HIV memasuki badan manusia dari individu yang mempunyai virus tersebut, kita juga perlu tahu banyak lagi cara lain yang membolehkan virus tersebut memasuki badan. Selain 3 cara utama tersebut, cara lain adalah mempunyai tahap kebangkalian yang sangat rendah dan kurang membimbangkan. Konsep asas yang perlu kita tahu ialah virus tersebut hanya akan memasuki badan kita melalui sentuhan darah secara terus kepada pesakit yang ada virus.
AIDS pula adalah keadaan pesakit yang semakin lemah di sebabkan oleh virus HIV yang semakin menguasai sistem pertahanan badan seseorang pesakit. Pada tahap ini, sistem badan pesakit tidak mampu menghasilkan antibodi yang cukup untuk melawan sembarang jangkitan kuman atau penyakit. Secara ringkasnya menghidap AIDS akan mempunyai risiko yang sangat tinggi terhadap sebarang jenis penyakit berjangkit. Sepertimana yang kita selalu lihat di dalam rancangan TV tentang kisah atau watak cerita yang menghidap sakit AIDS akan merana dan sakit teruk. Sebenarnya apa yang di gambarkan ialah penyakit-penyakit yang telah di dapati akibat lemahnya daya tahan badan atau antibodi akibat virus HIV. Keadaan luka yang banyak dan lambat sembuh itu sebenarnya berpunca dari keadaan badan yang tidak dapat menghasilkan bahan untuk melawan jangkitan yang didapati akibat luka yang terdedah.
Selain itu, banyak penyakit lain yang sering di hidapi oleh pesakit AIDS iaitu penyakit berkaitan paru-paru dan pernafasan contohnya tibi. Sebab itulah mengapa ada watak di TV yang di gambarkan sering batuk berdarah selepas terkena virus HIV. Pesakit AIDS juga amat mudah di jangkiti virus selsema dan demam. Penjagaan pesakit AIDS amat rumit kerana perlu sangat menitikberatkan kebersihan dan penjagaan kesihatan yang sangat tinggi. Ini untuk mengelakkan sembarang jangkitan dan penyakit lain.
Satu realiti yang mungkin ramai yang tidak tahu ialah bukan semua individu yang terkena virus HIV akan mendapat AIDS dengan kadar yang cepat. Malahan ada juga individu yang mendapat HIV masih mampu hidup sihat dan tidak mencapai tahap sebagai pesakit AIDS kerana penjagaan diri yang baik. Walaupun sistem pertahanan badan yang lemah, jika semangat juang masih tinggi mereka masih boleh meneruskan hidup seperti biasa, cuma penjagaan diri dan kesihatan mereka perlu sangat-sangat baik untuk mengelakkan sembarang jangkitan dan penyakit.
Kesimpulannya, virus HIV tidak membunuh atau menyebabkan kematian. Pesakit AIDS yang mati sebenrnya bukan disebabkan virus HIV tetapi di sebabkan oleh penyakit lain yang di hidapi atau di jangkiti dan badannya tidak mampu melawan jangkitan tersebut. Virus HIV hanya menyerang sistem pertahanan badan manusia. Keadaan pesakit menjadi pesakit AIDS adalah di sebabkan oleh jangkitan yang di dapati akibat dari kelemahan sistem pertahanan badannya.

Selasa, 26 Oktober 2010

Orang ke dua adalah perampas?

Betul ke orang ke 2 itu perampas? Siapa orang ke 2 yang di maksudkan? Topik apa sebenarnya yang cuba di ketengahkan pada kali ini?
Biasanya orang cakap orang kedua itu perampas. Dari hati seorang wanita merasa memang ada benarnya. Orang kedua itu adalah perampas. Perampas perhatian dan kasih sayang dari orang pertama. Isu yang cuba di bincangkan pada kali ini masih lagi berkisar kepada isu poligami, isu paling hangat pada kaum wanita sehingga ada wanita yang lebih rela cerai dari di palogamikan @ di madukan.
Pelik tapi benar. Ada wanita yang lebih sanggup hidup sendiri dari berkongsi kasih. Jika kita selidik secara mendalam, benarkah wanita lebih gagah sendiri dari berkongsi kasih? atau mungkin meninta cerai itu hanyalah satu sindiran tajam yang lebih sesuai di kenali sebagai satu UGUTAN atau AMARAN? Tapi sayangnya telah di salah tafsirkan oleh pihak lelaki sebagai satu cabaran kerana lelaki lebih mudah mempertahankan hak dan keegooan diri sendiri untuk berpoligami.
Malang bagi yang tersalah langkah, tambah malang pula yang terlepas kata. Awalnya hanya amaran keras tetapi bertukar tragedi bila lafaz talak terkeluar secara tidak sedar dari mulut suami akibat keegoon suami dan kedegilan isteri. Adalah satu mimpi ngeri jika talak yang terlepas itu pula berjumlah 3 yang pada asalnya tiada niat untuk melepaskan talak sebanyak itu.
Bukan ke satu tindakan BODOH yang paling hina jika hanya di sebabkan oleh kehendak diri suami yang mahukan poligami sehingga melafazkan talak 3 kepada isteri pertama. Jika situasi ini berlaku pastinya kehadiran orang ke dua itu memang sebagai perampas. Ya, orang kedua sebagai perampas. Perampas kebahagiaan yang sekian lama tercipta atas perkahwinan orang lain.
Sejauh mana masyarakat boleh menerima orang ke dua dalam perkahwinan seseorang? Pastinya sukar untuk masyarakat menerima kehadiran orang ke dua @ madu atau isteri muda dalam sesebuah ikatan perkahwinan. Jika masyarakat sudah sukar untuk menerima pastinya isteri pertama bertambah sukar untuk mengakui kenyataan tersebut. Hati wanita mana yang tidak terluka sekiranya lelaki yang di curahkan kasih sayang sepenuh hati mencari orang lain untuk di letakkan setaraf dengan dirinya? Teramat sukar untuk menerimanya.
Pada sudut yang berbeza pula, dapat di lihat bahawa orang kedua sebenrnya bukan perampas bagi isteri pertama. mungkin boleh di katakan sebagai pelengkap untuk isteri pertama. Jika di lihat kepada sebab suami mencari lain adalah kerana kegagalan isteri untuk memberi yang terbaik dalam pelaksanaan tanggungjawab dalam rumah tangga. Sikap isteri sendiri yang kadangkala terlalu obsesi terhadap sesuatu boleh membuatkan suami tawar hati dan mula mengalih arah kepada wanita lain. 
Lelaki juga mahu di fahami dan di mengerti oleh wanita, lebih-lebih lagi oleh isterinya sendiri. Jika isteri lebih mendesak dan memaksa suami dari memahami maka sukar bagi suami untuk menghargai isteri. Malang akan tertambah jika ada wanita di luar sana yang menawarkan ruang yang lebih selesa untuk suami tersebut rasa lebih di fahami dan di mengerti. Pastinya lelaki atau suami tersebut akan beralih arah.
Bukan untuk saling mengalahkan siapa menjadi punca wujudnya orang kedua dalam hubungan perkahwinan tetapi ruangan kali ini hanya sebagai cermin yang cuba mengambarkan pantulan sebenar keadaan isu poligami di luar sana. Maka, persoalan pokok yang menyatakan orang kedua itu perampas atau tidak perlulah di lihat dari punca dan sebab mengapa lelaki mula beralih arah. 
Tetapi tidak juga di lupa kepada kes yang di sebabkan ketamakkan lelaki untuk menagih kasih dari wanita. Ada juga lelaki yang tak pernah merasa cukup dengan satu. Oleh itu, lelaki tersebut lebih terdorong untuk mencari yang ke dua, ke tiga dan seterusnya.Sekali lagi ini menolak tanggapan orang kedua itu perampas.
Malahan ada juga kes yang menunjukkan sendiri bahawa orang kedua bukanlah perampas apabila orang kedua itu sendiri tidak tahu bahawa sebenarnya dirinya adalah orang kedua dalam perhubungan perkahwinan tersebut. Kes ini lebih mudah di lihat bahawa lelaki tersebut menipu wanita yang di jadikan isteri kedua. Lelaki tersebut menyembunyikan status dirinya yang telah berkahwin dari pengetahuan isteri keduanya. Adakah boleh di katakan orang kedua itu perampas sedangkan dia sendiri tidak tahu? Fikirkan sendiri.
Pengalaman tidak perlu jika penilaian dan kefahaman yang lebih jelas wujud dalam membuat kupasan sesuatu topik. Itulah yang saya lakukan di sini. Saya secara peribadi masih belum berkahwin apatah lagi merasa tentang poligami, tetapi saya tahu tentang hati, perasaan dan keperluan manusia yang semakin hari semakin perlu di penuhi untuk kesejahteraan hidup. Tak salah sekiranya saya cuba mengupas topik ini secara peribadi untuk tontonan umum. Mungkin juga kupasan ini mampu membantu orang di luar sana untuk menilai diri. Yang paling penting adalah jika 'berlaku sesuatu perkara buruk tentang poligami jangan salahkan poligami tetapi salahkan orang yang membuatkan poligami itu nampak buruk' fikirkan secara mendalam. Semoga hati kalian terbuka untuk menerima penulisan ini.

Rabu, 13 Oktober 2010

Faizal Tahir - Adrenalin

Saya wanita tapi tak bantah poligami

Poligami bagaikan satu mimpi ngeri kepada golongan wanita. Banyak alasan dan sebab mengapa wanita benci pologami. Ada yang menentang sekeras-kerasnya poligami. Walaupun sebahagian dari mereka yang menentang itu sendiri belum berkahwin. Pelik tapi benar. Segala cerita yang dipaparkan tentang poligami itu lebih banyak buruk dari baiknya.
Tapi yang nyata dalam Islam poligami itu tidak dilarang, tetapi tidak pula dimestikan. Bergantung kepada kemampuan seseorang lelaki untuk berpoligami atau tidak. Mengapa wanita perlu tentang atau lawan poligami tersebut sedangkan dalam Islam sendiri tidak mengharamkan poligami pada keadaan biasa? Kalau nak perkata soal agama rasanya saya tidak layak untuk berhujah panjang. Ramai lagi di luar sana yang lebih berhak untuk membahaskan perkara ini dari sudut agama dengan lebih sempurna dari saya.
Saya seorang wanita tapi saya tak bantah poligami. Jika saya nyatakan perkara ini kepada umum pasti pelbagai reaksi yang muncul dari kedua pihak. Pastinya ramai pihak lelaki yang senang dengan kenyataan ini dan amat berbeza dengan pihak wanita, mereka pasti akan terkejut dan sukar untuk menerima kenyataan bahawa saya tidak menentang poligami.
Saya sepenuh hati tidak menentang poligami kerana bagi saya setiap insan di dunia ini tidak boleh memiliki sesiapa pun sepenuhnya tanpa berkongsi. Kenyataan ini tidak dapat dinafikan lagi kerana bagi seorang isteri pun sebenarnya dia tidak memiliki diri suaminya sepenuhnya walaupun suaminya itu tidak berkahwin lain atau poligami. Si isteri perlu berkongsi kasih sayang suami dengan keluarga suami, keluarga sendiri dan orang lain. Jadi mengapa kita perlu tamak dalam merebut kasih sayang suami wahai golongan wanita?
Bila sebut tentang kasih sayang suami saya teringat kisah yang dikongsikan oleh seorang kenalan saya di blog dan kisah itu hampir selaras dengan kisah yang dibawa oleh seorang ustaz dalam satu ceramah yang pernah saya hadiri. Kisah itu menceritakan bahawa ketika melamar seorang gadis, lelaki tersebut bertanya adakah gadis tersebut mahu jadi isteri keduanya? 
Gadis itu menjawab ya. Selepas berkahwin beberapa lama isteri lelaki tersebut bertanya kepada suaminya. Siapa sebenarnya isteri pertama suami tersebut, maka jawab suaminya 'isteri pertama dirinya ialah perjuangan atau kecintaan serta kasih sayang kepada dakwah.' Di hati lelaki itu, isterinya di letakkan di nombor 2 selepas dakwah di jalan Allah. Alangkah bahagianya wanita yang bersuamikan lelaki seperti ini.
Kata ustaz pula wanita hanya perlu di letakan di tempat ke 3 di hati selepas cinta Allah dan Rasul. Oleh itu, tidak perlulah kita terlalu berbangga sekiranya kita berada di tempat pertama di hati seorang lelaki. Rasanya tempat itu tidak sewajarnya untuk kita.
Kembali semula kepada hal poligami tadi, Islam sendiri telah membolehkan poligami jika keadaan lelaki tersebut layak dan berkemampuan. Maka sebagai wanita sebenarnya kita tidak layak untuk menentang palogami jika keadaan lelaki tersebut melayakkan dia berpoligami. Siapa kita hendak menentang Poligami? Allah telah mengizinkan poligami, maka kita sewajarnya menerima dengan tenang dan rela.
Bagi lelaki pula, poligami bukan semudah yang di sangka. Jika berkahwin itu ibarat membina masjid maka poligami itu pula sama ibaratnya. Jadi bagi lelaki yang mahu berpoligami tanya pada diri dan hati mampukah dia untuk menjadi imam bagi kedua-dua masjid yang di bina olehnya nanti? Jika dirinya merasa tidak mampu maka seeloknya lupakan saja niat untuk berpoligami.
Pada dasarnya lelaki sememamgnya pemimpin sebuah rumahtangga. ibaratkan seperti seorang Iman dan ketua kepada sesebuah keluarga. Keluarga pula adalah sebuah organisasi terkecil dalam masyarakat tetapi fungsi keluarga itu besar kerana dari keluarga itulah yang akan membentuk masyarakat. Oleh itu, peranan sebagai ketua keluarga itu amat penting. Jika satu keluarga sahaja sudah goyah dan tidak stabil untuk berdiri dalam masyarakat usahlah bermimpi mahu bina dua keluarga serentak pada pemimpin keluarga yang sama dengan keluarga yang goyah tadi. Kemungkinan keluarga kedua itu goyah dan tidak stabil adalah tinggi. 
Lebih elok kiranya kemampuan diri lelaki itu dinilai sebelum mahu memeulakan satu lagi keluarga tambahan. Takut keluarga tambahan ini akan teraniaya, atau mungkin bila ada keluarga baru keluarga lama pula yang disisihkan. Pastinya terombang ambing bagai kapal tanpa pengkemudinya. Hanyut di bawa gelombang ganas di lautan luas tanpa belas kasihan saja. Sedihnya.
Kesimpulannya, golongan wanita tidak usahlah menentang poligami tetapi terimalah perkara tersebut dengan hati yang terbuka dan bagi golongan lelaki fikirkan  kemampuan diri untuk berpoligami dari sudut tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga sebelum berpoligami. Keputuasan di tangan diri masing-masing. Ingat ada perkara kita tidak mampu untuk mengubah kenyataan tetapi kita mampu mengubah cara kita menerima kenyataan tersebut. Ubahlah cara kita menerima kenyataan tersebut pastinya akan memberi kesan besar kepada kita. Lakukan dan rasai sendiri.

Selasa, 12 Oktober 2010

Sajian petang untuk minda

Petang adalah waktu yang agak memenatkan bila sepanjang pagi kita telah berjuang sehabis baik untuk memeberi pencapaian terbaik sepanjang hari. Bila jam meneunjukkan angka lima sahaja, maka di minta pasti semakin kearah untuk merehatkan diri. Tetapi pada masa sama jadual hari esok telah mula dirangka untuk memastikan keperluan kerja terlaksana. Beban tugan semakin berkurang dengan perancangan yang terbaik. 
TIADA ORANG MERANCANG UNTUK GAGAL TETAPI RAMAI ORANG YANG GAGAL UNTUK MERANCANG.
Maka, dengan prasa kata itu semakin perlulah untuk perancangan dibuat agar semua pekerjaan dapat dilaksanakan mengikut jadual dan teratur. Tiap kali pelaksanaan itu lengkap sempurna untuk setiap perancangan adalah perlu untuk kita memberi hadiah atau ganjaran kepada diri kita sendiri. 
ganjaran itu tidaklah perlu sesuatu yang terlalu mahal. Cukup sekadar sesuatu yang kita suka seperti coklat atau makanan kegemaran kita. Diri kita memang perlu dihargai. Semakin kita sayang diri kita maka semakin kita akan menghargai nilai kehisupan yang diberi. Pandangan bidang  psikologi menyatakan bahawa keperluan untuk diberi penghargaan itu adalah keperluan asas psikologi diri setiap insan.
Jika kita memberi sendiri panghargaan kepada diri kita maka kita mampu untuk lebih menghargai diri kita serta orang di sekitar kita kerana kita lebih peka terhadap perasaan kita dan orang lain. Mungkin tak semua orang mampu memberi penghargaan kepada orang lain. Kemampuan tersebut bergantung kepada tahap pemikiran dan nilai diri seseorang. 
Pada asalnya memberi penghargaan adalah sesuatu yang mudah tetapi mungkin keadaan persekitaran yang membuatkan perkara tersebut menjadi susah. Ucapan terima kasih adalah penghargaan besar yang termudah untuk diberi tetapi agak sukar untuk dilaksanakan apabila perkara tersebut tidak dibiasakan dalam kehidupan seharian kita.
Contoh lain yang mudah adalah senyuman. Semudah satu ukiran wajah yang lahir dari hati untuk tontonan orang lain. Senyuman juga tanda penghargaan dan penerimaan. mengapa masih sukar untuk memberi kepada orang lain? Malahan dalam Islam senyuman itu adalah sedekah. Pahala diberi kepada senyuman tersebut. Makna tersirat dari senyuman ikhlas bukan sahaja memberi makna sebagai penghargaan kepada orang lain, tetapi sebenarnya senyuman itu adalah satu penghargaan untuk diri sendiri juga. 
Percaya atau tidak, setiap kali kita tersenyum hati kita akan merasa sedikit tenang. Senyuman satu cara meluahkan rasa hati yang dapat memberi penghargaan dan nilai diri sendiri. Tambahan pula senyuman dapat membuatkan orang lain juga gembira setelah melihat senyuman kita.
Bila kita mampu tersenyum dalam kepenatan sebenarnya kita telah menerima secara positif perasaan penat tersebut. agak pelik untuk menyatakan ayat ini. Tetapi berdasarkan pengalaman sendiri itulah yang saya temui. Saya semakin tabah dan bersemangat bila saya mampu tersenyum dalam kepenatan. Terasa perbezaan yang nyata apabila saya senyum atau memasam muka ketika kepenatan.
Pada petang yang ditambah lagi suasana suram yang menunjukkan alam kian bertukar gelap malam maka senyuman dibibir dapat menambah lagi ruang harapan untuk hari esok. Semoga dengan senyuman yang terpancar dibibir akan mampu membuat semua orang rasa dihargai dan diterima dalam persekitaran yang mencabar.
Asas keperluan penghargaan pada diri itu penting sebagai motivasi diri untuk kekuatan harian. Petang mungkin satu ruang waktu yang sesuai untuk menilai diri sendiri sepanjang hari tersebut. Malam pula masa untuk kita merehatkan diri dan seterusnya bersedia untuk hari esok. Tarian jari kali ini hanya sekadar melodi hati yang ingin berkongsi rasa untuk menghargai dan dihargai oleh diri dan orang lain. Semoga ini akan mampu memberi sinar harapan kepada sesiapa yang membaca untuk dijadikan bekalan hari mendatang.

Selasa, 28 September 2010

Hasil pertama dalam movie maker

http://www.youtube.com/watch?v=RaFGz_IGRvc

Ada banyak perkara yang kita tak tahu, sebab itulah istilah belajar itu sememangnya tiada penghujung. Diri ini juga begitu. Perkara yang baru dipelajari dapat memberi manfaat yang baik jika ianya digunakan kepada tujuan yang baik. Mungkin belajar movie maker itu tak penting sangat, tapi bagi diri ini, ia banyak membantu dalam menghargai nilai dan kebolehan diri untuk lebih kreatif.
Kali pertama belajar buat tayangan slide guna movie maker adalah sesuatu yang mencabar tetapi amat menyeronokkan. Hasilnya masih boleh dibanggakan. Malahan siapa sangka boleh mendapat pujian dari beberapa individu yang menontonnya. pastinya tahap motivasi semakin tinggi untuk belajar sesuatu perkara baru yang dapat dikongsi bersama dengan orang lain apabila berhasil menguasainya. 
Bukan nak berbangga atau bermegah diri. hanya sekadar berkongsi pengalaman bersama. Dahulu diri ini hanya tahu buat slide guna power point sahaja. Sejak dari tingkatan 6 lagi, diri ini mendalami teknik untuk menghasilkan slide terbaik dari powerpoint. Perubahan untuk mendalami movie maker terdetik apabila dapat tugasan untuk Seminar Kaunseling Universiti Malaya 2010.
Percubaan pertama yang hasilnya dipaparkan dihadapan ratusan orang dari pelbagai universiti. Mungkin diri ini perlu dihargai oleh diri sendiri. Hasil usaha yang agak baik. Ganjaran pada diri pasti diberikan setiap kali hasil terbaik dapat dibuat. Terima kasih pada diri sendiri itu perlu untuk kekalkan tahap motivasi yang tinggi.

Isnin, 16 Ogos 2010

rasa hati rasa jiwa

tiada kata yang dapat diluah
untuk memberi erti rasa jiwa dan rasa hati,
tapi jiwa dan hati perlukan kata dan kelakuan 
bagi memberi makna 
pada setiap rasa.
kerna itu diri ini terus kukuh
pada lukisan hidup 
gambaran dari Gestalt serta ahlinya.
diri ini percaya tiap manusia istimewa,
tiada cacatnya tiada kurangnya
meskipun pada mata lain 
mereka kekurangan
tapi dari mata hati mereka sempurna.
maka dalam setiap manusia itu
wujud kuasa penyelesaian masalah,
sayangnya....
tak semua mencapainya dalam mudah
sering kali tersilap mengatur langkah
tersandung lalu jatuh menjunam.
namun,
bukan hanya kecewa saja di rasa
tapi kenangan dan ingatan 
yang hanya muncul 
saat kau telah lalui likunya sahaja... 

Rabu, 28 Julai 2010

Bila hati seorang wanita dilukai

Kata orang susah bila hati wanita telah terluka. Betul ke? Apa yang susahnya? Nak pujuk dia ke? Atau nak ambil hati dia semula? Kata orang juga bila hati wanita dah terasa akan sukarlah untuk memujuknya, terutama bila dia dah jauh hati. Benar ke? Atau cerita itu ditambah rasa untuk menyedapkannya? 
Aku seorang wanita, tapi aku masih tak sedar tentang itu sehinggalah aku benar-benar terasa dilukai. Luka yang tak nampak darah. Tiada siapa yang tahu. Hanya aku dan Dia. Bukan sifatku untuk menceritakan semua hal peribadi kepada orang ramai. Aku percaya yang ada perkara yang kita tidak boleh kongsi kepada sesiapapun. Sebab itu ada pepatah 'bagai membuka pekong di dada'. 
Tarian jemari kali ini hanya nak menjawab persoalan yang pada awalnya aku sendiri tak dapat jawab sehingga pada suatu ketika tiba. Segala jawapan yang pasti lahir dari hati dan rasaku sendiri. Benarlah kata orang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kalau nak tahu pengalaman sesuatu kita kena rasa sendiri. 
Aku pernah kecewa, pernah terluka dan pernah terasa, juga pernah menjauh hati. Tapi aku tak pernah membenci dan berdendam. Cuma apa yang mampu ku lakukan kini ialah berserah. Selain itu aku juga sedang merawat luka yang ditinggalkan oleh insan-insan yang bernama lelaki. Aku tak salahkan kalian, aku tahu aku yang salah. Mungkin aku lupa untuk bersedia dari sudut emosi jika kehilangan kalian. Aku terlupa. Ini salahku. Dan kerna itu, luka hatiku lambat sembuh. Ubat luka, aku sedang mencuba yang pelbagai. Dari emosi, fizikal, dan psikologi. 
Aku bersyukur kerna aku berada dalam lingkungan persekitaran yang baik dan banyak dengan motivasi, kaunseling dan psikologi. Entah bagaimana jika aku tidak berada dalam lingkungan ini. Bagaimana pula dengan wanita-wanita lain yang berada di luar lingkungan itu? Mampukah mereka mengatasi dan merawat luka hati itu? Aku hanya mampu berdoa mereka akan tabah dan kuat untuk merawat hati mereka sendiri. Aku akan cuba selagi terdaya untuk membantu mereka jika mereka datang kepadaku.
Pada insan bergelar lelaki, tolong fahami wanita. Mereka itu lembut, mudah terasa dan perlukan perhatian. Tolong jangan lukakan hati wanita lagi. Aku sudah tidak sanggup untuk melihat air mata wanita yang terluka hatinya. Terasa seperti luka lamaku berdarah kembali. 
Sekali lagi ku tegaskan yang aku tak pernah benci lelaki biarpun ada yang telah melukakan hatiku dengan teruk, tapi apa yang aku pinta hanyalah kejujuran dan kesetiaan lelaki pada setiap wanita yang disayangi. Aku akan bahagia apabila melihat orang lain bahagia. Aku akan terasa apabila melihat orang lain derita. Semoga setiap insan akan bahagia, selepas berjaya merawat luka di hati.

Rabu, 21 Julai 2010

Senyuman hadiah Terindah


Senyuman
hanya satu gerak balas bibir,
meluah rasa hati
melakar sebuah bukti,
walau dalam tanpa sedar
memperlihatkan garis-garis wajah
yang semakin dimakan hari.

 Senyuman terindah
lahir dari hati yang tulus,
tanpa paksa dan cela
dengan setulus jiwa.
 
Senyuman itu
pengubat duka,
penguat semangat,
penghilang rindu,
pemangkin jiwa. 
 
Kuasa senyuman itu besar,
melakar hadiah terindah
bagi penerima yang setia.
Memberi harga tertinggi 
pada siapa yang menanti.
Dan memberi harapan murni 
pada insan yang kelemahan.
 
Senyumlah,
kau tidak akan pernah rugi,
malah kau akan disanjungi 
oleh penerima setia
selagi kau beri seikhlas hati. 


 

Ahad, 11 Julai 2010

Rawat diri sendiri -bahagian 1

Bila kita sakit luaran atau fizikal, kita biasanya akan pergi jumpa doktor atau ke klinik. Situasi ini biasa dalam masyarakat moden kita sekarang. Kemajuan telah mendorong mereka untuk pergi mendapatkan rawatan yang terbaik bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan mereka.
Namun jika kita lihat semula, peratusan masyarakat yang pergi mendapatkan rawatan untuk kesihatan dalaman iaitu emosi, adalah rendah. Masih ramai yang mengabaikan kesihatan emosi mereka. Malah ada yang beranggapan jika pergi mendapatkan rawatan untuk emosi, individu tersebut adalah bermasalah. Emosi sering dikaitkan dengan jiwa. Masalah emosi akan terus dilabel sebagai masalah jiwa. Inilah yang telah membuatkan masyarakat masih kurang mendapatkan rawatan untuk emosi mereka. Sebenarnya kita boleh elak keadaan ini dari berlaku jika kita mampu merawat diri sendiri dari segi emosi.
Jika untuk fizikal kita boleh menjaga kesihatan melalui penjagaan makanan, senaman dan mendapatkan rawatan dari doktor, sebenarnya untuk menjaga emosi kita masih boleh merawat dengan cara kita sendiri asalkan kita tahu kaedah dan peraturan tersebut. Merawat diri sendiri adalah ubat terbaik kepada kesihatan emosi atau jiwa. Kenyataan ini masih mendapat tentangan banyak pihak. Tetapi kebenaran juga masih jelas terbukti hanya dengan satu kenyataan bahawa, hanya kita sahaja yang dapat merasa serta sedar apa yang berlaku dalam diri kita dari sudut emosi kita.
Kita mampu merawat diri kita sendiri dari segi emosi. Kegagalan kita untuk merawat diri sendiri inilah adalah penyumbang utama kepada maslah yang lebih serius sepertimana kes-kes di dada akhbar. Pembunuhan ngeri atas punca yang kecil, amukan, pembuangan bayi dan perbagai lagi masalah sosial adalah berpunca dari tahap kesihatan emosi yang rendah akibat gagal merawat emosi diri sendiri.
Tidak keterlaluan jika kenyataan ini seperti ini dikeluarkan supaya tahap kesihatan emosi padat diperbaiki. Jika emosi individu sihat dan dapat merawat sendiri emosi mereka, maka pastinya tiada alasan kekurangan kasih sayang keluarga adalah punca remaja perempuan menagih kasih kepada buaya-buaya yang hanya tahu memuaskan nafsu sahaja. Jika mereka tahu rawat diri sendiri mana mungkin mereka tergamak memancung, menikam, membunuh ahli keluarga mereka sendiri atas sebab yang kecil dan kadang kala logik akal tidak dapat menerima punca tersebut apabila melihat kesannya.
Kesan kegagalan untuk merawat diri sendiri sangat dasyat dan menakutkan. Tambahan pula kita masih terus leka mengecapi kemajuan dan kejayaan dunia yang serba canggih ini. Tanpa kita sedar bahawa kemajuan dan kejayaan ini membawa bersama liku-liku tajam dugaan dan cubaan untuk menguji kekuat mana kita menjaga kesihatan emosi dan diri kita. Mampukah kita bertahan jika emosi kita yang kurang stabil gagal kita rawat sendiri???

Kita akan diuji atas setiap lafaz dan pendirian kita

Tanpa kita sedar apa yang kita perkatakan dan apa yang kita percaya akan terus diuji untuk membuktikan sekuat mana pendirian dan ketetapan diri kita. Ini adalah sesuatu perkara yang biasa terjadi sama ada kita sedar atau tidak sedari. Dalam setiap nafas kita sering saja terlupa tentang apa yang kita pernah perkatakan. Adakah kita sering saja mengingati setiap kata yang kita lafazkan? Pasti tidak. Jadi adakah kita dapat mengingati berapa ramai orang yang telah kita sakitkan hatinya melalui percakapan kita? Jika percakapan yang dilafaz dan berkaitan dengan perasaan orang lain juga sering kita lupa apa lagi pada pendirian yang kita pegang.
Sebagai manusia memang tidak lari dari sifat lalai dan lupa oleh itu, kita telah dipesan untuk saling mengingatkan. Tetapi kita juga jangan sampai terlupa kepada ingatan untuk diri sendiri. Jangan asyik mengingatkan diri orang je sampai kita tidak sedar kepada kelemahan diri kita sendiri. Kadang kala merasa diri tidak sempurna lagi untuk menasihatkan orang lain kerana masih kurang ilmu dan kebaikan yang disalurkan. Rasa takut untuk diuji semula membataskan segala tutur kata dan tindakan. 
Ada juga yang seringkali teruji dengan apa yang mereka lakukan. Mereka sebanarnya adalah orang yang beruntung kerana sentiasa mendapat peringatan yang khas yang dituju kepada diri mereka sendiri, beruntunglah jika mereka itu berfikir dan menghayati. Ujian dan dugaan yang datang adalah rencah kehidupan. Itulah yang mematangkan diri kita semua. Ketabahan dan kesabaran adalah benteng terkukuh yang sentiasa perlu diperkuatkan oleh diri. benteng itu akan lebih kukuh dan ampuh jika kita sering melihat, memerhati, memikir dan mentafsir setiap apa yang terjadi di sekitar kita. Kehidupan dalam cabaran yang di luar duga inilah yang dapat mengajar kita erti kehidupan sebenar. Maka kita akan bersedia menerima setiap perkara dengan lebih positif jika kita fikir kita akan sentiasa diuji atas setiap lafaz dan pendirian kita.

Rabu, 16 Jun 2010

Terima Dan Bersyukur

Tak semua yang kita mahu akan kita dapat dalam hidup. Kadang-kadang apa yang kita mahu adalah sesuatu yang kurang baik untuk kita. Tapi kita masih juga degil dan salahkan takdir. Selalu tanya kenapa kita tak dapat apa yang kita mahu? Dan tika itu juga pasti kita akan terus mempertikaikan tentang erti adil dan saksama. 
Wajarkah kita bersifat begitu? Mempersoalkan takdir yang ditentukan? Layakkah kita melakukan itu? Meletakkan hukuman kekejaman di atas perkara yang kita tafsir ketidakadilan atas pandangan kita sendiri?
Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dari sudut yang positif kita seharusnya melihat kegagalan kita mendapat apa yang kita mahukan itu sebagai sesuatu ujian dan percubaan kepada kita. Siapa tahu dengan ujian ini kita dapat meningkatkan lagi darjat kita di sisi-Nya.
Senang cerita kita mesti terima apa jua yang berlaku dengan seadanya. Mungkin apa yang kita mahu itu bukan terbaik untuk kita. Melihat dari sudut yang berbeza akan membantu diri kita untuk lebih memahami perkara tersebut.
Andainya kita merasa panas di bawah sinaran mentari pasti kita mengharapkan cuaca akan segera redup. Tetapi apa yang berlaku hanyalah tiupan angin lalu yang lembut. Dan tika itu adakah kita akan merungut tentang keadaan panas yang wujud atau kita akan menghayati kelembutan tiupan angin yang membawa bersama kenyamanan yang indah? Pastinya kita akan menikmati tiupan angin itu bukan? Cuba ingat kembali apa yang kita harapkan pada awal tadi? Bukan ke kita harap redup, mentari berselindung di sebalik awan?
Tetapi apa yang datang kepada kita hanyalah angin yang bertiup kala diri masih di bawah sinaran mentari. Kita masih juga menikmatinya kerana angin yang datang sedikit sebanyak membawa bersama kenyamanan yang kita suka.
Oleh itu, dalam hidup apa yang kita harapkan dalam hidup itu tak semua kita dapat. Mungkin kita akan dapat sesuatu sebagai penganti atas kekecewaan dan kegagalan mendapatkan apa yang kita mahu. Cuma kita hanya perlu terima dan bersyukur atas setiap pemberian untuk kita. Muhasabah diri selalu akan membuatkan kita mudah bersyukur dan menghargai sesuatu yang kita terima. Kita akan lebih menghargai sesuatu dengan lebih baik dan bersedia untuk kita kehilangannya. Hati kita akan lebih tenang dan jiwa semakin aman.

Rabu, 28 April 2010

Kajian Kes Novel Rahsia Perindu (RAM)- PPEC 3101 PSIKOLOGI BILAZIM 2009


PENGENALAN

Kecelaruan disosiatif/penceraian adalah termasuk dari 16 jenis kecelaruan utama yang terkandung di dalam DSM-IV. Kecelaruan ini tidak mempunyai asas-asas organik. Kecelaruan ini menyebabkan kemerosotan dalam fungsi-fungsi lazim seseorang.pesakit yang mengalaminya mendapati bahawa kefungsian dalam keluarga, masyarakat serta fungsi normal yang lain terganggu ataupun dalam sesetengah kes, pesakit tidak dapat berfungsi sama sekali.
Kecelaruan ini terjadi akibat pengalaman atau tragedy yang sukar untuk di lupakan seperti di rogol, di dera dan bencana alam serta peperangan. Pada awalnya perasaan pesakit ialah trauma dan perkara itu berlarutan sehingga menyebab kepada kecelaruan disosiatif yang memisahkan pesakit dengan dunia sebenarnya.
Berpandukan DSM-IV, terdapat 4 jenis kecelaruan disosiatif iaitu disosiatif amnesia, disosiatif fugue, disosiatif identity serta disosiatif aptikal. Pecahan untuk jenis kecelaruan disosiatif amnesia masih belum khusus. Oleh itu, sebahagian buku rujukan telah menjelaskan bahawa masih terdapat bahagian-bahagian kecil bagi pecahan tersebut. Disosiatif amnesia terbahagi kepada lima pecahan kecil. Pembahagian ini memudahkan pengenalpastian punca dan menyediakan rawatan yang sewajarnya.
Pecahan kecil bagi disosiatif amnesia ialah amnesia tempatan(kehilangan ingatan selepas beberapa jam trauma), amnesia terpilih(hilang ingatan sebahagian dari pengalaman trauma), amnesia am/general(tidak dapat mengingati diri dan maklumat peribadi dan semua sejarah hidup), amnesia sistematik(hilang sebahagian dari maklumat kehidupan) dan amnesia bersejarahan(hilang ingatan pada masa tertentu).
Bagi kecelaruan fugue atau sebelum ini di kenali sebagai psikogenik fugue,individu berusaha untuk larikan diririnya dari kehidupan sebenarnya. Keadaan ini boleh berlaku selama beberapa jam, bulan atau tahun. Individu hidup dalam penipuan tentang identity diri yang sebenarnya.
Manakala untuk disosiatif identiti menjelaskan bahawa individu telah mempunyai identity lain selain dirinya. Individu mungkin mempunyai personality yang lebih dari dua(multipersonaliti). Indentiti tertentu muncul mengikut keadaan dan situasi semasa individu tersebut. Malahan setiap identiti atau personality yang muncul tidak saling mengenali antara satu sama lain.
Disosiatif aptikal menjelaskan bahawa terdapat beberapa keadaan dimana individu telah mengalami penceraian/ disosiatif tetapi tidak termasuk dalam kecelaruan. Antara keadaan tersebut ialah pesakit tidak menunjukan amnesia tentang hal peribadi, individu yang telah mengalami proses brainwash atau reformasi ingatan, keadaan hilang sedar/koma serta keadaan yang berkaitan dengan tradisi atau kepercayaan.
Secara umumnya keadaan disosiatif terjadi apabila individu terpisah sacara pemikiran dan kesedaran mereka dengan kehidupan sebenar mereka. Keadaan ini masih boleh di rawat dengan rawatan yang khusus. Namun begitu, usaha ini memerlukan sokongan bersama dari individu yang terdekat dengan pesakit.

KECELARUAN DISOSIATIF PERSONALITI /IDENTITI

Kecelaruan ini terjadi apabila seorang individu mempumyai 2 atau lebih identiti diri. Setiap satu personaliti mempunyai sistem ingatan, tingkah laku, personaliti dan perhubungan yang berbeza. Menurut Diemer,seseorang boleh membentuk sehingga 100 personaliti yang berbeza. Kecelaruan ini bermula dari fasa kanak-kanak. Malahan beliau juga menganggarkan nisbah kes kaum perempuan keatas lelaki ialah 9:1.
Terdapat beberapa kes yang menghurai tentang kecelaruan ini. Antara kes yang di ketahui umum ialah tentang Billy Michigan yang di dakwa atas tuduhan merogol 4 pelajar di Universiti Ohio. Kes ini menjadi kajian Hilgard E. R dan rakan sejawatannya pada tahun 1979. Billy mempunyai beberapa personaliti yang berbeza jantina.
Satu filem yang menceritakan tentang kes sebenar seorang wanita yang mempunyai 21 personaliti yang berbeza juga menjadi rujukan ahli psikologi. Kisah The Three Face of Eve menceritakan bagaimana seorang wanita mempunyai 3 personaliti yang wujud dan cuba menguasai dirinya. Namun begitu, personaliti wanita tersebut bukan hanya 3 tetapi banyak lagi yang tidak di ceritakan di dalam filem tersebut.
Menurut Frued, apabila seseorang merasa terhimpit dan tertekan, individu itu akan melampiaskan desakan id di dalam diri ke permukaan alam sedarnya. Maka wujudlah satu personaliti baru bertepatan dengan helah bela diri (Arkes,1982). Situasi personaliti ini juga menepati teori perkembangan kognitif Piaget Jean tentang pengalaman baru di mana proses asimilasi, akomodasi, dan adaptasi berlaku untuk mencapai keseimbangan.

Kajian kes :-
Novel : Rahsia Perindu
Pengarang : Ramlee Awang Mursid

Sinopsis:
Novel ini menceritakan tentang seorang wanita yang mengalami beberapa jenis kecelaruan dalam dirinya. Cerita bermula ketika Maria berumur 15 tahun. Bapanya telah merogol dan mendera dirinya. Bapanya, Atan tidak berkerja dan merupakan seorang kaki judi dan kaki botol. Atan selalu mendera dan memukul Maria dan serta ibunya.
Ibu Maria pada awalnya tidak mengetahui tentang perbuatan suaminya, tetapi setelah melihat perubahan diri Maria yang semakin hari menjadi pendiam. Dirinya mula mencari punca mengapa Maria berubah sikap. Melihat perubahan sikap diri Maria, dia menjadi bimbang terutama ketika beberapa kali menjumpai pisau yang di sorokkan di dalam almari dalam bilik Maria.
Selain itu, ibu Maria selalu perasan bahawa Maria sering bercakap sendirian. Bila di Tanya dengan siapa dia bercakap, Maria akan menunjukkan gambar seekor harimau bintang di dinding bilik. Maria sering menceritakan kehebatan harimau bintang tersebut.
Perasaan ingin tahu ibu Maria akhirnya membuat dirinya mengetahui satu kebenaran yang amat pahit. Suaminya telah beberapa kali merogol Maria. Terkejut dengan kebenaran ini, ibunya berjanji akan melindungi Maria walau dengan apa cara sekalipun.
Malam ketika Atan balik, ibu Maria mula bimbang. Ketika Atan masuk dalam keadaan mabuk, dia telah memukul isterinya dengan teruk. Maria yang ketakutan telah bersembunyi di dalam almari tempat pisau selalu di sembunyikan.
Ketika saat genting itu, Maria tanpa kesedaran dirinya telah berubah perwatakan menjadi Leopard. Leopard telah membunuh ayah Maria, Atan dengan sebilah pisau. Ibu Maria telah mengaku membunuh suaminya kepada orang ramai yang datang pada malam kejadian.
Ketika di bicarakan, ibu Maria di bebaskan atas alasan membunuh untuk membela diri kerana sering di dera oleh suami. Ibu maria merahsiakan hal sebenar yang terjadi. Selepas kejadian itu, mereka tinggal bersama dengan aman tanpa gangguan lagi. Sehingga Maria mengambil keputusan untuk ke bandar mencari kerja.
Maria telah bekerja sebagai seorang penyanyi di kelab malam. Dia menyanyi dengan iringan muzik dari petikan piano yang di mainkan olehJefri. Haris telah berjumpa Maria dan telah jatuh cinta kepada Maria. Haris melamar Maria, tetapi Maria telah menghilangkan diri selepas di rogol oleh Hamdan. Sebelum itu, Maria telah bertukar menjadi Leapord dan membunuh Hamdan. Kes pembunuhan ini telah di diasat oleh ESP Izam, adik ipar Haris.
Selepas pembunuhan itu, Haris pergi mencari Maria dan berjumpa. Mereka kahwin. Maria di datangi oleh bayangan yang mengancam keselamatan dirinya dan nyawa Haris. Maria di minta oleh bayangan itu supaya meninggalkan Haris jika mahu Haris terus hidup. Maria pergi meninggalkan Haris selepas beberapa bulan melahirkan anak mereka.
Haris berusaha untuk mencari Maria. Dengan bantuan Jefry, Haris telah bertemu dengan Maria. Tetapi mengikut perjanjian awal antara Haris dan Jefry, sebaik sahaja Haris bertemu Maria, Haris perlu membunuh Maria. Namun atas dasar cinta Haris tidak membunuh Maria sebaliknya membawa Maria balik ke rumah.
Dari tindakan untuk bersama Maria itulah yang membuatkan Haris sedar tentang penyakit Maria selepas kejadian pembunuhan di bilik hotel mereka dan perubahan sikap Maria yang di lihat sendiri oleh Haris. Mereka mengambil keputusan untuk merawat penyakit Maria selepas di dakwa membunuh. Maria di bawa ke sebuah hospital sakit jiwa dan di letakkan di bawah pemerhatian Dr. Azlan.
Di sana Maria menjalani rawatan. Sepanjang tempoh rawatan haris sentiasa melawat dan merindui Maria. Ketika Maria hamper pulih, Haris memberikan Maria sebuah puisi yang bertajuk Rahsia Perindu, menceritakan tentang perasaan rindu Haris terhadap Maria. Maria berhasrat untuk melawan penyakit dan sembuh dengan cepat untuk hidup bersama Haris dan anak mereka.

Penghuraian Kes

Punca

Berdasarkan novel kajian, Maria telah mengalami personality terpisah/disosiatif personality ketika berusia 15 tahun lagi. Keadaan ini berpunca dari peristiwa dia di rogol oleh bapanya sendiri berulang kali. Maria menjadi pendiam, suka menyendiri dan berkawan dengan gambar seekor harimau bintang di dalam biliknya.
Ketika bapanya balik dan memukul ibunya, Maria telah menjadi Leopord dan membunuh bapanya sendiri. Leopard muncul apabila Maria berada di dalam keadaan teraniaya atau terancam oleh keadaan persekitaran. Kali kedua Leopord muncul ialah ketika maria telah di rogol oleh Hamdan. Watak itu membalas dendam untuk Maria. Ketika Maria di ancam atau terancam Leopard akan muncul.
Selain itu, watak Julia adalah sebagai seorang peguam yang membela seorang pesalah. Watak ini juga mempengaruhi diri Maria sehingga dia tidak dapat membezakan antara reality dan fantasi dirinya. Maria mengambarkan dirinya sebagai seorang peguam muda yang hebat (Emylia) dan cuba menyelesaikan satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang wanita yang mempunyai multipersonaliti (Julia). Wanita itu telah di dakwa membunuh. Pada realitinya, Julia itulah sebenarnya peguam bela Maria.
Ketika sesi rawatan bersama Dr. Azlan, watak Leopard dan Emylia yang sering muncul dan menenggelamkan watak sebenar Maria itu sendiri. Kewujudan kedua nya membuatkan Maria semakin hilang dari dunia realiti sebenar.

Tanda-Tanda(Diagnosis)

Ketika berusia 15 tahun:
Selepas kejadian di rogol berulang kali oleh ayah sendiri, Maria suka menyendiri di bilik. Ibunya sering terjumpa pisau yang di simpan di dalam almari tempat Maria selalu bersembunyi. Selain itu, Maria juga sering di lihat ibunya bercakap- cakap dengan gambar harimau bintang di biliknya.

Ketika dewasa:
I. Selepas di rogol Hamdan- Maria cuba untuk membela nasibnya tetapi dia di halang oleh Rashdan, abang Hamdan. Maria telah di suruh menghilangkan diri selepas di beri sejumlah wang. Nasib yang tidak di bela telah menyebabkan Leopard muncul dan membalas dendam.
II. Selepas berkahwin dengan Haris- tiga bulan selepas bernikah dan kejadian tembakan yang menyebabkan Maria koma beberapa ketika. Mereka pergi berbulan madu di Labuan. Ketika itu Maria mula mengalami skizofenia. Dia mula di ganggu bayangan, serangan, dan suara yang mengancam dirinya dan keselamatan Haris. Ancaman ini mendesak Maria untuk meninggalkan Haris jika mahu Haris terus hidup.
III. Ketika dalam rawatan Dr. Azlan- Maria terperangkap dalam watak Emylia. Emylia yang menjalani kehidupan sebagai seorang peguam yang berjaya sedangkan ketika itu, Maria di hospital. Watak Leopard muncuk kadang kala. Emylia juga sering di hantui oleh bayangan Leopard dan ketakutan kepada orang yang mengancam dirinya.

Rawatan

Maria telah menjalani rawatan di sebuah hospital iaitu di Hospital Permai Tampoi, Johor Bahru di bawah seliaan Dr Azlan. Maria menjalani proses rawatan yang di lakukan oleh Dr. Azlan. Rawatan dari Dr Azlan juga di buat untuk membuktikan bahawa Maria sebenarnya tidak sihat dan boleh di dakwa atas tuduhan membunuh.
Cara rawatan yang di beri oleh Dr Azlan ialah membuat Maria mengenali diri dan watak pada setiap watak yang wujud pada diri. Dr. Azlan tidak memaksa Maria untuk mengubah dirinya. Sebaliknya, setiap watak yang muncul ketika itu di beri layanan yang sewajarnya bagi memastikan punca sebenar kemunculan watak tersebut.
Keadaan ini membantu Maria untuk mencari dan kembali ke reality dan kehidupan sebenar. Maria di bantu mengenali dan mendalami watak yang wujud untuk dalam diri bagi melepaskan diri dari dunia fantasinya sendiri.
Rawatan untuk Maria juga di bantu oleh haris yang sangat menyayangi Maria. Haris memahami keadaan Maria dan memberi sokongan serta kasih sayang yang kuat untuk membolehkan Maria kembali semula kepada realiti sebenarnya.

Ahad, 18 April 2010

Mulan Pahlawan Feminist

  
Mulan Yang Cantik Dan Berani
Mengikut peradapan China, hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk pergi berperang. Tetapi Mulan telah pergi berperang mengantikan ayahnya yang telah tua sebagai wakil keluarganya setelah Maharaja meminta setiap keluarga untuk menghantar wakil pergi berperang. Keadaan ayah Mulan yang tua dan sakit telah membuatkan Mulan menguatkan semangat untuk mengantikan ayahnya pergi berperang. Dia telah mencuri baju besi perang dan pedang ayahnya pada suatu malam dan pergi ke kem tentera untuk menjalani latihan perang. Perang tercetus kerana pihak Jepun cuba menyerang China.
Tindakan mulan itu sangat bahaya kerana dia boleh dijatuhkan hukuman bunuh kerana melanggar peraturan masyarakat. Tidak boleh seorang wanita pergi berjuang di medan perang. Semangat yang telah ditunjukkan oleh Mulan ini sebenarnya adalah terjemahan dari konsep asas Terapi Feminist.
Hal peribadi itu adalah sebuah politik dan kuasa. Mulan pergi untuk berperang sebenarnya adalah untuk menjaga nama baik keluarganya yang merupakan seobuah keluarga pahlawan. Hanya disebabkan oleh keluarganya tiada ahli lelaki selain bapanya yang tua dan sakit, maka tiada lagi orang hebat untuk pergi berperang dan membawa pulang pingat pahlawan yang dianugerahkan oleh Maharaja. Jadi hal kekeluargaan Mulan adalah berkaitan dengan pengaruh dan nama baik keluarga/politik, ini adalah konsep asas Terapi Feminist.
Mulan telah melakukan perubahan sosial yang mana selama ini wanita tidak pernah pergi berperang. Dan yang menyokong perjuangan dirinya ialah seekor naga yang kecil tetapi bersemangat. Walaubagaimanapun, setelah Mulan memberi kejayaan kepada pihak China, kepahlawanan dirinya diiktiraf oleh Maharaja. Dia mendapat gelaran pahlawan.
Mulan juga telah melawan satu lagi prinsip tradisional di mana keputusan untuk pergi berperang terletak di tangan bapanya sebagai lelaki. Meskipun telah dihalang, dia tidak mematuhi prinsip tradisional dan tetap pergi untuk berperang. ini selari dengan konsep rejecting and taking a stand against patriarchy (kuasa ayah dan keturunan pada lelaki).
Mulan dengan berani telah melawan sex-role atau peranan jantina. Dia telah membuktikan bahawa seorang wanita mampu pergi berperang dan memberi sumbangan kepada Maharaja. Dia telah melawan rasa takut seorang wanita untuk berperang kepada sebuah harga diri dan penghargaan kepada status pahlawan. keadaan ini adalah salah satu matlamat terapi iaitu melawan ketakutan menjadi penghargaan dan dan kebanggaan diri. Semangat ini juga adalah bukti setalah mencapai tahap kelima seperti yang digariskan olah Downing & Rousch dalam Model Perkembangan Identiti Feminist.
5 tahap itu ialah penerimaan pasif (passive acceptance), pendedahan (revelation), penyuburan/peneguhan (embeddedness), pemprosesan (synthesis) dan akhir sekali komitmen yang aktif (active commitment). pastinya Mulan menjadi kebanggaan keluarga walaupun pada awalnya dia telah melawan sistem yang sedia ada dalam masyarakat.