Isnin, 22 Februari 2010:
Satu fakta menarik telah dikupas dengan cukup jelas dalam kelas yang dikendalikan oleh Dr. Fatanah bersama pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya. Stress punca penyakit kencing manis. Apabila membaca kenyataan ini pasti tidak ramai yang bersetuju tentang kebenaran kenyataan ini. Malah pasti ramai yang tidak percaya tentang fakta ini.
Oleh itu, sebagai seorang yang pada awalnya juga meragui fakta tersebut merasa terpanggil untuk berkongsi ilmu bersama untuk kebaikan kita semua. Mempercayai tentang fakta stress adalah punca kencing manis seperti percaya hantu yang kita tidak dapat lihat andainya tiada bukti yang menyokong.
Jika kita kaji mengikut saintifiknya fakta stress dan kencing manis ini memang benar. Untuk melihat dengan lebih jelas kita akan dedahkan fakta ini berdasarkan ilmu biologi di bawah tajuk stress dan hormon dalam badan manusia. Tindakbalas tubuh secara semulajadi adalah antara Faktor yang mrmbawa kepada situasi yang memberi kebenaran fakta tersebut.
secara umumnya, stress berlaku apabila kita merasa terancam secara fizikal atau mental terhadap sesuatu yang mengancam kita. Badan kita akan bertindakbalas terhadap setiap rangsangan yang membawa kepada stress. Rangsangan ini dipanggil sumber atau punca stress. Apabila sumber stress dikesan oleh tubuh badan secara semulajadi hormon adrenaline akan di hasilkan untuk membantu kita melawan atau lari dari punca stress atau ancaman tersebut. Keadaan ini membantu kita menyelamatkan diri atau melawan punca stress fizikal contohnya ketika kita berjumpa dengan harimau atau binatang buas lain. Penghasilan hormon ini akan membantu anggota badan untuk bertindak bagi menyelamatkan diri kita dari punca stress dan ancaman.
Pada masa kini, kebanyakan punca stress adalah bukan dari sumber fizikal tetapi dari sumber mental atau pemikiran. penghasilan hormon adrenaline adalah satu tindakbalas yang tetap dan tidak boleh diubah. Maka tubuh kita akan tetap wujud penghasilan hormon tersebut setiap kali kita menghadapi dengan stress walaupun punca stress kita adalah punca bukan fizikal. Hormon Adrenaline yang di hasilkan akan terus berada dalam anggota badan kita untuk kita gunakan sebagai tindakbalas terhadap stress. Jika hormon tersebut tidak di gunakan untuk merangsang pergerakan menyelamatkan diri, maka hormon yang berada di anggota badan tersebut akan bertukar menjadi glukosa.
semakin banyak stress yang kita hadapi semakin bertambah paras hormon dalam darah kita. Sekiranya punca stress bukan dari fizikal maka hormon tersebut kekal di anggota badan dan akan bertukar menjadi glukosa dalam darah pula. Ini menyumbang kepada kenaikan paras glukosa dalam darah. kenaikan paras glukosa dalan darah adalah punca utama kencing manis jika tidak ada langkah kawalan yang berkesan.
Setelah tahu kebenaran fakta tersebut, kita masih ada cara untuk menghadapi permasalahan yang dibincangan dalam fakta tersebut. Bagi mengawal paras glukosa dalam darah yang wujud hasil dari pengaruh stress, kita perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Gaya hidup sihat yang merangkumi cara pemakanan dan aktiviti harian kita perlu dijaga untuk menjamin kesihatan kita. Senaman secara berkala dan tetap akan membantu mengeluaran glukosa dan tenaga yang berlebihan dari badan di samping membantu sistem emosi kita supaya lebih sihat. Senaman baik untuk badan / fisiologi dan mental / psikologi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan