Rabu, 18 November 2009

DIARI HATI TENTANG CINTA

Sekian lama hati ini terus memburu cinta yang di katakan indah dan mempersonakan. Hati remaja ini juga terasa ingin untuk memperolehi cinta yang indah itu. Sayangnya hati remaja ini pernah beberapa kali terluka akibat cinta kepada manusia. Cinta remaja bermula di usia 18 lagi... hanya indah khabar dari rupa... begitu menyakitkan... tapi hati ini masih terus dahagakan cinta sehingga melupakan kisah duka cinta pertama. 
Cinta kedua muncul dalam persahabatan yang terjalin, tapi hati ini tidak merasa hangat cinta sebenarnya.... saat ini baru saja sedar dari mimpi cinta bukan hanya perlu dari manusia. Tetapi juga dari ALLAH. Tiada cinta yang seindah dan setulus cinta sebenar sebelum nikah, jika ada itu hanya mainan dan hasutan syaitan yang mengaburkan hati. Lantas diri ini memutuskan untuk meninggalkan insan bernama lelaki itu semata2 untuk mencapai cinta yang di berkati. Semoga ALLAH permudahkan. 
Namun diri ini terlepas pandang bahawa niat baik untuk berubah akan di uji dengan lebih hebat untuk melihat sejauh mana kita tabah dan bertekad untuk niat kita. Sekali lagi hati ini tewas, menyerahkan hati untuk di cinta pada seorang lelaki. Rasanya ini adalah yang terindah, tetapi tiada siapa tahu tentang rancangan dan ketentuan ILAHI. Sekali lagi diri ini kecewa dan hati ini kian terluka pedih kerana kami telah merancang untuk pengikat pertunangan. Hajat kami tak kesampaian. Tetapi diri ini tabah kerana itu ketentuan-NYA. Doaku telah di terima saat hampir kepada bulan Ramadhan tika itu, sebelum kami mengikat pertunangan. Doa lazim yang di pohon setiap kali selepas solat:

"Ya ALLAH, andai dia adalah jodohku maka KAU dekatkanlah hati kami, jika tidak maka KAU tabahkanlah hati ini menerima ketentuan itu....Amin."

Dari saat pertama kali diri ini memohon doa tersebut hati ini dapat merasa ada sesuatu perkara yang bakal berlaku. Akhirnya rasa hati ini telah menemui kebenaran saat lafaz perpisahan yang dirinya pinta kerana hatinya kini semakin jauh dengan hatiku. Hatinya tertarik kepada wanita lain. Walaupun pedih tapi diri ini bersyukur kerana di beri petunjuk.

Jika kita cintakan bunga, bunga akan layu. Jika kita cintakan wang, wang akan habis. Jika kita cintakan manusia, manusia akan mati. Namun jika kita cintakan Allah, Allah akan kekal selama-lamanya. Dan tiada siapa yang akan merebut Allah daripada kita. Dan tiada siapa juga akan berkecil hati jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita.

Diri ini memanjat kesyukuran kepada ILAHI atas petunjuk-NYA. Diri ini semakin sedar tentang hakikat diri dan cinta sebenarnya. Hati ini berharap agar ada seorang yang akan memimpin diri ini untuk mendapatkan cinta kepada ALLAH. Kehadiran dirinya yang baru kini mula mengetuk pintu hati di saat diri sedang cuba untuk dekatkan hati kepada ALLAH adalah bagai satu petanda baru. Adakah dia insan yang akan memimpin diriku? Tapi tak dapat untuk diri ini menafikan bahawa hatiku telah terpikat kepada tutur katanya yang bersulam dengan hikmah kata berlandaskan agama. Inilah insan yang selama ini di tunggu. 
Tapi diri perlu terus tabah kerana segalanya di tentukan ILAHI. Hati ini hanya akan di serahkan sepenuhnya kepada seorang lelaki yang bergelar suami walaupun kini hati ini telah kau tawan sedikit demi sedikit. Lafaz kasih dan cinta masih tak cukup tanpa lafaz suci yang menghalalkan ikatan cinta dua hati. Semoga segalanya di permudahkan oleh-NYA. Semoga diri ini mampu bersabar dengan segala dugaan dan cabaran mendatang. Dengan izin ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang.....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

How to Play Pai Gow Poker | BetRivers Casino - Wolverione
Pai Gow 바카라 Poker is an 바카라 사이트 주소 online version of a traditional table game in which players place bets in the background. 바카라사이트 Pai Gow Poker uses only 오즈 포탈 the symbols from a 출장마사지