Rabu, 28 April 2010

Kajian Kes Novel Rahsia Perindu (RAM)- PPEC 3101 PSIKOLOGI BILAZIM 2009


PENGENALAN

Kecelaruan disosiatif/penceraian adalah termasuk dari 16 jenis kecelaruan utama yang terkandung di dalam DSM-IV. Kecelaruan ini tidak mempunyai asas-asas organik. Kecelaruan ini menyebabkan kemerosotan dalam fungsi-fungsi lazim seseorang.pesakit yang mengalaminya mendapati bahawa kefungsian dalam keluarga, masyarakat serta fungsi normal yang lain terganggu ataupun dalam sesetengah kes, pesakit tidak dapat berfungsi sama sekali.
Kecelaruan ini terjadi akibat pengalaman atau tragedy yang sukar untuk di lupakan seperti di rogol, di dera dan bencana alam serta peperangan. Pada awalnya perasaan pesakit ialah trauma dan perkara itu berlarutan sehingga menyebab kepada kecelaruan disosiatif yang memisahkan pesakit dengan dunia sebenarnya.
Berpandukan DSM-IV, terdapat 4 jenis kecelaruan disosiatif iaitu disosiatif amnesia, disosiatif fugue, disosiatif identity serta disosiatif aptikal. Pecahan untuk jenis kecelaruan disosiatif amnesia masih belum khusus. Oleh itu, sebahagian buku rujukan telah menjelaskan bahawa masih terdapat bahagian-bahagian kecil bagi pecahan tersebut. Disosiatif amnesia terbahagi kepada lima pecahan kecil. Pembahagian ini memudahkan pengenalpastian punca dan menyediakan rawatan yang sewajarnya.
Pecahan kecil bagi disosiatif amnesia ialah amnesia tempatan(kehilangan ingatan selepas beberapa jam trauma), amnesia terpilih(hilang ingatan sebahagian dari pengalaman trauma), amnesia am/general(tidak dapat mengingati diri dan maklumat peribadi dan semua sejarah hidup), amnesia sistematik(hilang sebahagian dari maklumat kehidupan) dan amnesia bersejarahan(hilang ingatan pada masa tertentu).
Bagi kecelaruan fugue atau sebelum ini di kenali sebagai psikogenik fugue,individu berusaha untuk larikan diririnya dari kehidupan sebenarnya. Keadaan ini boleh berlaku selama beberapa jam, bulan atau tahun. Individu hidup dalam penipuan tentang identity diri yang sebenarnya.
Manakala untuk disosiatif identiti menjelaskan bahawa individu telah mempunyai identity lain selain dirinya. Individu mungkin mempunyai personality yang lebih dari dua(multipersonaliti). Indentiti tertentu muncul mengikut keadaan dan situasi semasa individu tersebut. Malahan setiap identiti atau personality yang muncul tidak saling mengenali antara satu sama lain.
Disosiatif aptikal menjelaskan bahawa terdapat beberapa keadaan dimana individu telah mengalami penceraian/ disosiatif tetapi tidak termasuk dalam kecelaruan. Antara keadaan tersebut ialah pesakit tidak menunjukan amnesia tentang hal peribadi, individu yang telah mengalami proses brainwash atau reformasi ingatan, keadaan hilang sedar/koma serta keadaan yang berkaitan dengan tradisi atau kepercayaan.
Secara umumnya keadaan disosiatif terjadi apabila individu terpisah sacara pemikiran dan kesedaran mereka dengan kehidupan sebenar mereka. Keadaan ini masih boleh di rawat dengan rawatan yang khusus. Namun begitu, usaha ini memerlukan sokongan bersama dari individu yang terdekat dengan pesakit.

KECELARUAN DISOSIATIF PERSONALITI /IDENTITI

Kecelaruan ini terjadi apabila seorang individu mempumyai 2 atau lebih identiti diri. Setiap satu personaliti mempunyai sistem ingatan, tingkah laku, personaliti dan perhubungan yang berbeza. Menurut Diemer,seseorang boleh membentuk sehingga 100 personaliti yang berbeza. Kecelaruan ini bermula dari fasa kanak-kanak. Malahan beliau juga menganggarkan nisbah kes kaum perempuan keatas lelaki ialah 9:1.
Terdapat beberapa kes yang menghurai tentang kecelaruan ini. Antara kes yang di ketahui umum ialah tentang Billy Michigan yang di dakwa atas tuduhan merogol 4 pelajar di Universiti Ohio. Kes ini menjadi kajian Hilgard E. R dan rakan sejawatannya pada tahun 1979. Billy mempunyai beberapa personaliti yang berbeza jantina.
Satu filem yang menceritakan tentang kes sebenar seorang wanita yang mempunyai 21 personaliti yang berbeza juga menjadi rujukan ahli psikologi. Kisah The Three Face of Eve menceritakan bagaimana seorang wanita mempunyai 3 personaliti yang wujud dan cuba menguasai dirinya. Namun begitu, personaliti wanita tersebut bukan hanya 3 tetapi banyak lagi yang tidak di ceritakan di dalam filem tersebut.
Menurut Frued, apabila seseorang merasa terhimpit dan tertekan, individu itu akan melampiaskan desakan id di dalam diri ke permukaan alam sedarnya. Maka wujudlah satu personaliti baru bertepatan dengan helah bela diri (Arkes,1982). Situasi personaliti ini juga menepati teori perkembangan kognitif Piaget Jean tentang pengalaman baru di mana proses asimilasi, akomodasi, dan adaptasi berlaku untuk mencapai keseimbangan.

Kajian kes :-
Novel : Rahsia Perindu
Pengarang : Ramlee Awang Mursid

Sinopsis:
Novel ini menceritakan tentang seorang wanita yang mengalami beberapa jenis kecelaruan dalam dirinya. Cerita bermula ketika Maria berumur 15 tahun. Bapanya telah merogol dan mendera dirinya. Bapanya, Atan tidak berkerja dan merupakan seorang kaki judi dan kaki botol. Atan selalu mendera dan memukul Maria dan serta ibunya.
Ibu Maria pada awalnya tidak mengetahui tentang perbuatan suaminya, tetapi setelah melihat perubahan diri Maria yang semakin hari menjadi pendiam. Dirinya mula mencari punca mengapa Maria berubah sikap. Melihat perubahan sikap diri Maria, dia menjadi bimbang terutama ketika beberapa kali menjumpai pisau yang di sorokkan di dalam almari dalam bilik Maria.
Selain itu, ibu Maria selalu perasan bahawa Maria sering bercakap sendirian. Bila di Tanya dengan siapa dia bercakap, Maria akan menunjukkan gambar seekor harimau bintang di dinding bilik. Maria sering menceritakan kehebatan harimau bintang tersebut.
Perasaan ingin tahu ibu Maria akhirnya membuat dirinya mengetahui satu kebenaran yang amat pahit. Suaminya telah beberapa kali merogol Maria. Terkejut dengan kebenaran ini, ibunya berjanji akan melindungi Maria walau dengan apa cara sekalipun.
Malam ketika Atan balik, ibu Maria mula bimbang. Ketika Atan masuk dalam keadaan mabuk, dia telah memukul isterinya dengan teruk. Maria yang ketakutan telah bersembunyi di dalam almari tempat pisau selalu di sembunyikan.
Ketika saat genting itu, Maria tanpa kesedaran dirinya telah berubah perwatakan menjadi Leopard. Leopard telah membunuh ayah Maria, Atan dengan sebilah pisau. Ibu Maria telah mengaku membunuh suaminya kepada orang ramai yang datang pada malam kejadian.
Ketika di bicarakan, ibu Maria di bebaskan atas alasan membunuh untuk membela diri kerana sering di dera oleh suami. Ibu maria merahsiakan hal sebenar yang terjadi. Selepas kejadian itu, mereka tinggal bersama dengan aman tanpa gangguan lagi. Sehingga Maria mengambil keputusan untuk ke bandar mencari kerja.
Maria telah bekerja sebagai seorang penyanyi di kelab malam. Dia menyanyi dengan iringan muzik dari petikan piano yang di mainkan olehJefri. Haris telah berjumpa Maria dan telah jatuh cinta kepada Maria. Haris melamar Maria, tetapi Maria telah menghilangkan diri selepas di rogol oleh Hamdan. Sebelum itu, Maria telah bertukar menjadi Leapord dan membunuh Hamdan. Kes pembunuhan ini telah di diasat oleh ESP Izam, adik ipar Haris.
Selepas pembunuhan itu, Haris pergi mencari Maria dan berjumpa. Mereka kahwin. Maria di datangi oleh bayangan yang mengancam keselamatan dirinya dan nyawa Haris. Maria di minta oleh bayangan itu supaya meninggalkan Haris jika mahu Haris terus hidup. Maria pergi meninggalkan Haris selepas beberapa bulan melahirkan anak mereka.
Haris berusaha untuk mencari Maria. Dengan bantuan Jefry, Haris telah bertemu dengan Maria. Tetapi mengikut perjanjian awal antara Haris dan Jefry, sebaik sahaja Haris bertemu Maria, Haris perlu membunuh Maria. Namun atas dasar cinta Haris tidak membunuh Maria sebaliknya membawa Maria balik ke rumah.
Dari tindakan untuk bersama Maria itulah yang membuatkan Haris sedar tentang penyakit Maria selepas kejadian pembunuhan di bilik hotel mereka dan perubahan sikap Maria yang di lihat sendiri oleh Haris. Mereka mengambil keputusan untuk merawat penyakit Maria selepas di dakwa membunuh. Maria di bawa ke sebuah hospital sakit jiwa dan di letakkan di bawah pemerhatian Dr. Azlan.
Di sana Maria menjalani rawatan. Sepanjang tempoh rawatan haris sentiasa melawat dan merindui Maria. Ketika Maria hamper pulih, Haris memberikan Maria sebuah puisi yang bertajuk Rahsia Perindu, menceritakan tentang perasaan rindu Haris terhadap Maria. Maria berhasrat untuk melawan penyakit dan sembuh dengan cepat untuk hidup bersama Haris dan anak mereka.

Penghuraian Kes

Punca

Berdasarkan novel kajian, Maria telah mengalami personality terpisah/disosiatif personality ketika berusia 15 tahun lagi. Keadaan ini berpunca dari peristiwa dia di rogol oleh bapanya sendiri berulang kali. Maria menjadi pendiam, suka menyendiri dan berkawan dengan gambar seekor harimau bintang di dalam biliknya.
Ketika bapanya balik dan memukul ibunya, Maria telah menjadi Leopord dan membunuh bapanya sendiri. Leopard muncul apabila Maria berada di dalam keadaan teraniaya atau terancam oleh keadaan persekitaran. Kali kedua Leopord muncul ialah ketika maria telah di rogol oleh Hamdan. Watak itu membalas dendam untuk Maria. Ketika Maria di ancam atau terancam Leopard akan muncul.
Selain itu, watak Julia adalah sebagai seorang peguam yang membela seorang pesalah. Watak ini juga mempengaruhi diri Maria sehingga dia tidak dapat membezakan antara reality dan fantasi dirinya. Maria mengambarkan dirinya sebagai seorang peguam muda yang hebat (Emylia) dan cuba menyelesaikan satu kes pembunuhan yang melibatkan seorang wanita yang mempunyai multipersonaliti (Julia). Wanita itu telah di dakwa membunuh. Pada realitinya, Julia itulah sebenarnya peguam bela Maria.
Ketika sesi rawatan bersama Dr. Azlan, watak Leopard dan Emylia yang sering muncul dan menenggelamkan watak sebenar Maria itu sendiri. Kewujudan kedua nya membuatkan Maria semakin hilang dari dunia realiti sebenar.

Tanda-Tanda(Diagnosis)

Ketika berusia 15 tahun:
Selepas kejadian di rogol berulang kali oleh ayah sendiri, Maria suka menyendiri di bilik. Ibunya sering terjumpa pisau yang di simpan di dalam almari tempat Maria selalu bersembunyi. Selain itu, Maria juga sering di lihat ibunya bercakap- cakap dengan gambar harimau bintang di biliknya.

Ketika dewasa:
I. Selepas di rogol Hamdan- Maria cuba untuk membela nasibnya tetapi dia di halang oleh Rashdan, abang Hamdan. Maria telah di suruh menghilangkan diri selepas di beri sejumlah wang. Nasib yang tidak di bela telah menyebabkan Leopard muncul dan membalas dendam.
II. Selepas berkahwin dengan Haris- tiga bulan selepas bernikah dan kejadian tembakan yang menyebabkan Maria koma beberapa ketika. Mereka pergi berbulan madu di Labuan. Ketika itu Maria mula mengalami skizofenia. Dia mula di ganggu bayangan, serangan, dan suara yang mengancam dirinya dan keselamatan Haris. Ancaman ini mendesak Maria untuk meninggalkan Haris jika mahu Haris terus hidup.
III. Ketika dalam rawatan Dr. Azlan- Maria terperangkap dalam watak Emylia. Emylia yang menjalani kehidupan sebagai seorang peguam yang berjaya sedangkan ketika itu, Maria di hospital. Watak Leopard muncuk kadang kala. Emylia juga sering di hantui oleh bayangan Leopard dan ketakutan kepada orang yang mengancam dirinya.

Rawatan

Maria telah menjalani rawatan di sebuah hospital iaitu di Hospital Permai Tampoi, Johor Bahru di bawah seliaan Dr Azlan. Maria menjalani proses rawatan yang di lakukan oleh Dr. Azlan. Rawatan dari Dr Azlan juga di buat untuk membuktikan bahawa Maria sebenarnya tidak sihat dan boleh di dakwa atas tuduhan membunuh.
Cara rawatan yang di beri oleh Dr Azlan ialah membuat Maria mengenali diri dan watak pada setiap watak yang wujud pada diri. Dr. Azlan tidak memaksa Maria untuk mengubah dirinya. Sebaliknya, setiap watak yang muncul ketika itu di beri layanan yang sewajarnya bagi memastikan punca sebenar kemunculan watak tersebut.
Keadaan ini membantu Maria untuk mencari dan kembali ke reality dan kehidupan sebenar. Maria di bantu mengenali dan mendalami watak yang wujud untuk dalam diri bagi melepaskan diri dari dunia fantasinya sendiri.
Rawatan untuk Maria juga di bantu oleh haris yang sangat menyayangi Maria. Haris memahami keadaan Maria dan memberi sokongan serta kasih sayang yang kuat untuk membolehkan Maria kembali semula kepada realiti sebenarnya.

Ahad, 18 April 2010

Mulan Pahlawan Feminist

  
Mulan Yang Cantik Dan Berani
Mengikut peradapan China, hanya lelaki sahaja yang dibenarkan untuk pergi berperang. Tetapi Mulan telah pergi berperang mengantikan ayahnya yang telah tua sebagai wakil keluarganya setelah Maharaja meminta setiap keluarga untuk menghantar wakil pergi berperang. Keadaan ayah Mulan yang tua dan sakit telah membuatkan Mulan menguatkan semangat untuk mengantikan ayahnya pergi berperang. Dia telah mencuri baju besi perang dan pedang ayahnya pada suatu malam dan pergi ke kem tentera untuk menjalani latihan perang. Perang tercetus kerana pihak Jepun cuba menyerang China.
Tindakan mulan itu sangat bahaya kerana dia boleh dijatuhkan hukuman bunuh kerana melanggar peraturan masyarakat. Tidak boleh seorang wanita pergi berjuang di medan perang. Semangat yang telah ditunjukkan oleh Mulan ini sebenarnya adalah terjemahan dari konsep asas Terapi Feminist.
Hal peribadi itu adalah sebuah politik dan kuasa. Mulan pergi untuk berperang sebenarnya adalah untuk menjaga nama baik keluarganya yang merupakan seobuah keluarga pahlawan. Hanya disebabkan oleh keluarganya tiada ahli lelaki selain bapanya yang tua dan sakit, maka tiada lagi orang hebat untuk pergi berperang dan membawa pulang pingat pahlawan yang dianugerahkan oleh Maharaja. Jadi hal kekeluargaan Mulan adalah berkaitan dengan pengaruh dan nama baik keluarga/politik, ini adalah konsep asas Terapi Feminist.
Mulan telah melakukan perubahan sosial yang mana selama ini wanita tidak pernah pergi berperang. Dan yang menyokong perjuangan dirinya ialah seekor naga yang kecil tetapi bersemangat. Walaubagaimanapun, setelah Mulan memberi kejayaan kepada pihak China, kepahlawanan dirinya diiktiraf oleh Maharaja. Dia mendapat gelaran pahlawan.
Mulan juga telah melawan satu lagi prinsip tradisional di mana keputusan untuk pergi berperang terletak di tangan bapanya sebagai lelaki. Meskipun telah dihalang, dia tidak mematuhi prinsip tradisional dan tetap pergi untuk berperang. ini selari dengan konsep rejecting and taking a stand against patriarchy (kuasa ayah dan keturunan pada lelaki).
Mulan dengan berani telah melawan sex-role atau peranan jantina. Dia telah membuktikan bahawa seorang wanita mampu pergi berperang dan memberi sumbangan kepada Maharaja. Dia telah melawan rasa takut seorang wanita untuk berperang kepada sebuah harga diri dan penghargaan kepada status pahlawan. keadaan ini adalah salah satu matlamat terapi iaitu melawan ketakutan menjadi penghargaan dan dan kebanggaan diri. Semangat ini juga adalah bukti setalah mencapai tahap kelima seperti yang digariskan olah Downing & Rousch dalam Model Perkembangan Identiti Feminist.
5 tahap itu ialah penerimaan pasif (passive acceptance), pendedahan (revelation), penyuburan/peneguhan (embeddedness), pemprosesan (synthesis) dan akhir sekali komitmen yang aktif (active commitment). pastinya Mulan menjadi kebanggaan keluarga walaupun pada awalnya dia telah melawan sistem yang sedia ada dalam masyarakat.


Sabtu, 17 April 2010

Snow White guna konsep asas Solution-Focused/Solition-Oriented FAmily Therapy?

Wajah ceria Snow White bersama kawan-kawan comel.
Memang benar tajuk kat atas itu. Benar, Show White telah guna konsep asas yang ada dalam terapi ini. Mari kita buka rahsia dirinya mengikut terapi tersebut. Kita boleh lihat secara jelas ketika snow white dihalau dari istana dan ditinggalkan di hutan seorang diri. Dia begitu berani meredah hutan. Dia yakin kepada kelebihan dirinya yang boleh berkomunikasi dengan haiwan. Jadi dia tidak menganggap dia keseorangan di hutan. Dia tidak melihat situasi tersebut sebagai masalah kepadanya.
Malahan dia seronok bermain-main bersama kawan-kawan comelnya. Nyanyi-nyanyi riang bersama kawan-kawan dalam hutan untuk hiburan bersama. Mereka begitu bahagia. Snow White tidak menagis sepanjang masa kerana dia tidak mefokus situasi tersebut sebagai masalah. Malahan disebabkan oleh kelebihan diri bersama binatang comel itu adalah kelebihan dirinya dia yakin dapat menghadapi keadaan tersebut dengan baik.
Tambahan pula, dia tidak terlalu memikirkan kesenangan di istana ketika dulu dan tidak membandingkan dengan ketika berada di hutan. Ini adalah satu konsep asas terapi yang tidak terlalu fokus kepada masa lalu sebaliknya lebih fokus kepada masa sekarang dan masa akan datang. 3 cara perundingan (negotiate) untuk perubahan menurut terapi ini ialah menukar doing atau kelakuan terhadap masalah, menukar tanggapan terhadap masalah serta mengalakkan perbincangan sumber, kekuatan dan penyelesaian.
Show White telah guna kesemua konsep tersebut dalam menghadapi konflik perasaan dan dalaman diri sendiri sepanjang berada di dalam hutan seorang diri. Dia telah berjalan masuk ke hutan dan akhirnya berjumpa dengan sebuah rumah orang kerdil. Dia cuba mencari sumber iaitu tempat untuk dia tinggal dengan bantuan kawan-kawan comel atas kelebihan dirinya. Ini menfokus kepada penyelesaian masalah iaitu tempat untuk dia tinggal selepas dihalau dari istana oleh ibu tirinya. Perundinangan tersebut telah berlaku dalam diam pada diri Snow White. Kagum bukan bila kita tahu kenyataan ini?
Kita patut puji usaha yang diambil oleh Snow White itu. Kalau dilihat pada terapi ini, pujian perlu di beri kepada Snow White kerana usaha dan kesungguhan dirinya. Pujian adalah salah satu teknik untuk membantu membentuk keberanian dan keyakinan bagi mencari penyelesaian isu yang timbul. Bukan itu sahaja kehebatan Snow White, dia juga telah amalkan teknik lain yang baik dalam membincangkan konflik dalaman yang dihadapinya.
Antara teknik itu ialah ketika dia letih dan mahu berhenti dari mencari sumber yang dapat membantu dirinya di hutan, dia selalu membayangkan sesuatu yang luar biasa sedang menunggu dia jika dia berjaya keluar dari hutan itu. Dia seolah-olah melihat jika dia tidak berada di hutan apa yang dia akan dapat di luar sana. Maka ini teknik yang hampir kepada soalan ajaib, 'jika aku tiada di hutan ini?'
Selain itu, soalan tentang jangkaan dirinya ketika mula-mula dia menemui rumah orang kerdil. Dia menjangkakan kebaikan seperti makanan dan sedikit keselesaan dan perlindungan yang dia boleh dapat di sana. Persoalan tersebut telah membuatkan dia berani untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Dari jangkaan dan pemerhatian awal setelah Snow White masuk ke rumah dia merasakan rumah tersebut selamat untuk dia berehat sebentar dan akhirnya dia tidur selepas makan, di atas salah satu katil dari 7 katil yang ada.
Maklumat atau mesej awal yang dia dapat ketika melihat keadaan rumah lengkap dengan perabot kecil dan makanan yang enak ialah penghuni rumah ini pasti tidak akan mengapa-apakan dirinya. Kerana itu jugalah dia membuat kesimpulan mesej untuk menumpang tinggal di situ. 
Kini jelaslah bahawa sebenarnya Snow White telah mengunakan konsep dan teknik yang hampir sama dengan terapi yang berasaskan kepada penyelesaian masalah ini. Walaupun dia seorang diri tetapi boleh mengharungi situasi tersebut dengan tabah dan kuat. Cuma ketika mengunakan situasi tersebut adalah antara dirinya sahaja. Jika kita guna terapi dalam kaunseling keluarga ini maka pegangan asas lebih hampir kepada terapi stategik cuma lebih fokus kepada penyelesaian kerana pengasas terapi ini juga awalnya dari golongan terapi stategik. Konsep asas yang lain adalah hampir sama dengan kisah Snow White ini.

Persamaan Terapi Structural Dengan Pasukan Bola Sepak

 
Gambar Hiasan
Satu pasukan bola sepak perlukan susunan yang baik untuk menjamin keberkesanan permainan mereka di padang. Begiru juga sebuah keluarga. Untuk lebih memahami apa yang terkandung dalam Terapi Structural kita tengok persamaan antara pasukan bola sepak dan konsep dalam terapi ini. Semangat untuk mendapat kemenangan dalam perlawanan adalah sama dengan semangat untuk dapat kebahagiaan dalam kehidupan keluarga.
Peranan ahli terapi adalah lebih kepada menjadi sebagai jurulatih kepada pasukan tersebut. Apa yang penting dalam peranan jurulatih ialah mengenalpasti semua unsur baik dari kelemahan dan kelebihan keluarga atau pasukan tersebut. Ahli terapi perlu bersama-sama menyusun semula organisasi keluarga tersebut setelah semua unsur dikenalpasti.
Untuk kenal sistem dalam keluarga tersebut, terapi perlu tahu apa perhubungan dalam setiap ahli. Begitu juga dalam pasukan bola, jurulatih perlu tahu kemahiran apa yang dimiliki oleh setiap ahli. Ini untuk memudahkan penyusunan semula struktur tersebut. Dalam pasukan bola ada terdapat unit kecil seperti pasukan serang dan pasukan pertahanan. Tempat dan fungsi adalah berbeza walaupun matlamat adalah sama. Begitu juga dengan keluarga. Biasanya wujud subsistem dalam keluarga disebabkan kepentingan dan tugasan atau ikatan emosi yang lebih kuat berbanding dengan yang lain.
Walaupun begitu, setiap ahli perlu ada alingment atau persetujuan susunan bersama keatas peranan mereka dalam pasukan. Selain itu, kuasa setiap ahli di tentukan mengikut yang selayaknya. Pasti ada ketua dalam pasukan iaitu kapten pasukan. Dalam keluarga pula pasti ada ketua keluarga. Tetapi perlu diingatkan bahawa batasan kuasa dan ikatan setiap ahli termasuk ketua. Sempadan atau boundary perlu jelas untuk setiap ahli bagi mengelak masalah menjadi semakin buruk.
Dalam boundary itu terdapat 2 jenis yang kurang sihat iaitu enmeshment atau perangkapan yang terjadi akibat boundary yang kurang jelas dan kabur. Satu lagi ialah disengagement terjadi akibat boundary yang terlalu rigid atau ketat dan tetap. Untuk mendapatkan perhubungan sihat maka boundary perlu berterusan, coherency (logik dan bersatu) serta susunan flexsibel.
Percampuran jurulatih dalam menyelesaikan permasalahan atau konflik yang wujud dalam pasukan pula dilihat dari terapi ini sebagai coalitions iaitu percampuran yang lebih jelas dikatakan sebagai triangulation dalan terapi Bowen. Jangan lupa bahawa jurulatih itu adalah ahli terapi.
Untuk berjaya dalam perlawanan maka pasukan tersebut perlu buat latihan contohnya perlawanan persahabatan. Dalam perlawanan ini mereka seolah-olah bertanding betul. Ini selari dengan teknik enactments iaitu seperti role play. Selain itu, memberi bebanan baru (unbalancing) adalah untuk bertujuan menguji kekukuhan sistem tersebut dalam menghadapi konflik. Contohnya pasukan perlu menang untuk memastikan mara ke perlawanan seterusnya. ini adalah cabaran untuk menguji kebolehan pasukan. Kaitkan juga keadaan ini dalam keluarga untuk lebih faham lagi tentang terapi ini.
Biasanya sebelum perlawanan, jurulatih akan buat satu susunan untuk memenangi perlawanan tersebut. Ini adalah sama dengan keadaan terapi membuat peta atau mapping keluarga. Untuk tujuan melihat peranan, boundary dan sistem itu supaya segalanya jelas dan lancar. Jika pasukan mengalami kekalahan, maka teknik reframing perlu untuk memastikan motivasi pasukan tidak jatuh teruk. Begitu juga dalam keluarga. Jika terdapat konflik yang terjadi, isu tersebut perlu dilihat pada sudut yang lebih positive dan ini akan memudahkan semangat ahli pulih sedikit sebelum bersama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut.
Kesungguhan perlu dalam menghadapi apa sahaja situasi terutama dalam memperbaiki sistem yang ada. Oleh itu tidak kira pada bahagian manapun setiap ahli berada, yang penting semangat kerjasama dan untuk perbaiki sistem adalah tinggi dalam diri. baik untuk pasukan ataupun dalam situasi keluarga. Perubahan sistem kearah yang lebih baik adalah untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang lebih baik dalam perjuangan sama ada perlawanan atau kehidupan.

Terapi Keluarga 'Whitaker's Symbolic-Experiential' adalah biasan teori Gestalt dalam kaunseling keluarga ????

'Kucing y keliru dengan tajuk'- Gambar Hiasan
Betul ke terapi ini biasan kepada Teori Gestalt? Pasti susah nak diterima kenyataan ini. Sememangnya terapi ini bukanlah satu cabang Teori Gestalt dalam kaunseling keluarga tetapi ada sedikit persamaan konsep yang diamalkan oleh terapi. Jangan salah faham pula ya. Walaupun ada persamaan tetapi pengamal terapi ini boleh dikata hampir tidak percaya kepada mana-mana teori untuk membuat terapi mereka.
Fokus terapi ini juga lebih subjektif. teras asasnya ialah 'hidup adalah akan datang' atau being is becoming. Oleh itu, ahli keluarga akan diterapkan dengan hakikat atau kebenaran tentang hubungan keluarga yang sihat. Matlamat terapi ini adalah untuk menyelami perasaan dan pengalaman ketika konflik atau kekalutan yang ditimbulkan dalam sesi untuk melihat reaksi balas, kreativiti dan keterlibatan dalam konflik tersebut pada setiap ahli keluarga.
Sangat mencabar bagi terapi untuk melaksanakan terapi ini kerana setiap perkara adalah sangat penting dan memberi makna untuk dihuraikan. Perkara seperti reaksi wajah, perubahan suara, kelakukuan serta gerak tubuh perlu diperhatikan untuk mendedahkan maksud secara dan rahsia yang tersembunyi. Malahan teknik konferantasi juga sering dilakukan untuk mendapatkan kebenaran sesuatu perkara tersebut yang kelihatan ia hampir sama dengan Teori Gestalt.
Oleh sebab itu, terapi ini selalu memerlukan coterapi aatau cokaunselor. Ini bermakna coterapi akan berkerja bersama terapi dalam menjayakan sesi tersebut. Kerjasama dan peranan coterapi ini perlulah digariskan seperti fungsi coterapi lain dalam kaunseling kelompok. Ini supaya tidak berlaku perebutan kuasa antara 2 terapi dalam sesi.
Satu lagi persamaan dengan Teori Gestalt ialah kreativiti yang dipercayai mampu diluahkan oleh ahli keluarga dalam sesi untuk mencari penyelesaian konflik yang berlaku. Teknik 'berlebihan' tentang sesuatu seperti yang terdapat dalam Gestalt digunakan dalam terapi ini untuk memberi pengalaman kepada ahli keluarga bagi lebih memahami perasaan sendiri dan ahli keluarga lain. Keadaan ini akan membantu mencari penyelesaian konflik.
Malahan terapi juga akan memainkan peranan sebagai coach atau jurulatih jika terdapat pertengkaran ketika itu. Keadaan pertengkahan ini biasanya akan mengalakkan perasaan terluah untuk melihat keseluruhan perasaan mereka tentang konflik yang wujud. Inilah yang membawa kepada perlunya 2 terapi kerana seorang akan mengalakkan perluahan dalam pertengkaran dan seorang lagi akan memerhati reaksi setiap ahli keluarga.
Hakikatnya terapi ini bukan kembar kepada Teori Gestalt walaupun ia hampir menyerupai. Malahan terapi ini hanya untuk kaunseling keluarga sahaja manakala  Teori Gestalt pula untuk individu dan kelompok. Jangan salah faham pula. Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk buku yang berkaitan.

Jumaat, 16 April 2010

Teori Satir versi cerita 'Merah dan Putih'

(gambar hiasan dari cerita versi Indonesia)
'Kisah Merah dan Putih' ataupun Cinderella versi Melayu????.....Apa kaitan teori Satir dengan kisah Merah dan Putih ya? Mari kita sama-sama kupas dan lihat huraian seterusnya untuk faham kaitan tersebut.Selain itu juga kita akan fahami apa konsep penting yang ada dalam teori ini. 
Kata kunci teori ini ialah komunikasi. Cara komunikasi adalah penentu pembentukan sebuah keluarga. Cara komunikasi yang berkesan ialah yang terbuka. Komunikasi yang terbuka akan memberi kesan baik dalam kehidupan. Contohnya Merah selalu menyatakan apa yang dia hendak dengan ibunya. Dengan cara itu apa yang dia rasa dapat di sampaikan dengan berkesan kepada orang lain. 
Lain pula pada Putih yang tidak tahu untuk menyatakan perasaan dan kehendak diri kepada oarang lain. Tahap self esteem diri Putih adalah rendah berbanding merah. Mungkin ada yang marah lepas baca kenyataan ini kerana selama ini Putih adalah ikon kebaikan. Tetapi inilah kenyataannya.
Jika mengikut asas teori Satir cara komunikasi adalah teras sesebuah keluarga. Selain itu, wujud juga peraturan dalam keluarga sama ada yang bertulis atau tidak. Contohnya yang tidak bertulis ialah Putih tidak melawan kata ibu tiri dan merah kerana seorang anak mestilah hormat kepada orang tua. Putih tidak belajar dari pengalaman kekacauan (the experience of chaos) semasa didera untuk melanggar peraturan keluarga yang tidak bertulis itu. Sebelum kematian ibu Putih, ibunya telah menyatakan supaya Putih perlu hormat dan patuh kepada ibu tirinya. Peraturan inilah yang menjadi pegangan Putih sehingga dia lebih sanggup didera dan mendiamkan diri. Hanya air mata peneman dirinya. Ini merupakan hubungan kekeluargaan yang tidak sihat. Keluarga meraka patut datang untuk kaunseling bagi memulihkan keadaan itu.
Jika keluarga mereka datang untuk kaunseling dengan seorang pengikut teori satir pasti banyak langkah uang diambil untuk memahami sistem keluarga itu sendiri. Ada konsep asas perubahan yang perlu diikut untuk mencapai kesan terbaik selepas sesi tamat nanti. Langkah pertama ialah kenal ahli dalam keluarga. Keluarga mereka cuma ada ibu Merah, Merah dan Putih selepas kematian ayah dan ibu Putih. Pada awalnya status quo keluarga terletak di tangan ayah meraka tetapi selepas kematian ayahnya kuasa itu berpindah kepada ibu kepada Merah kerana sifat agresif yang ada dalam dirinya. Status quo ialah kuasa terbesar untuk menentukan segala keputusan dalam keluarga.
Oleh itu, family mapping dapat membantu kenal pasti jenis perhubungan yang wujud antara meraka. Setelah itu, mereka perlu diberi kesadaran tentang keadaan masa kini dan cara perhubungan mereka terutama kepada Putih. Menurut garis panduan perubahan dalam teori Satir, meraka perlu menghubungkan senula perhubungan yang dingin iaitu antara Merah dan ibunya dengan Putih. kemudian mereka perlu menyusun semula peranan dan tugasan dalam keluarga. Tidak boleh hanya Putih sahaja yang buat semua kerja-kerja rumah. 
Putih pula perlu tahu tentang cara untuk meluahkan perasaan dan kehendak diri. Tidak hanya mengikut arahan dan telunjuk orang lain saja. Dia mesti congruent dengan perasaan dirinya sendiri. Dia juga mesti berani untuk menyatakan pemikiran dan perasaan supaya tidak ditindas selalu dalam keluarga.
Bagi Merah dan ibunya, mereka perlu disedarkan tentang had dan batasan mereka dalam keluarga. Selama ini mereka bersikap kejam kerana kuasa mereka melebihi had sepatutnya. Untuk itu, Putih juga mesti jelas tentang had nak hak setiap ahli dalam keluarga mereka. Putih perlu berani untuk meluahkan dan bertindak balas ketika hak dia dicabuli. Dia tidak boleh hidup dalam ketakutan lagi. Dia mesti berani untuk bertindak untuk kebaikan.
Jika perubahan yang disarankan oleh Satir itu diikuti maka keluarga mereka akan lebih bahagia dan mugkin putera raja akan menkahwini Putih manakala Merah akan dikahwinkan dengan adik atau sepupu putera tersebut. Kisah gembira akan berganda dan kebahagian akan lebih banyak. Itulah yang membuktikan lebih baik menaruh harapan dan matlamat dalam perhubungan keluarga dari tidak berbuat apa-apa. Ia juga salah satu prinsip asas perubahan yang dikemukakan oleh Satir.

Teori Bowen (kaunseling keluarga)


Konsep asas yang ada dalam teori ini ada banyak, tapi saya cuba kupas ikut kefahaman saya lepas seharian cuba fahamkan apa yang ada dalam teori ini. Genogram adalah macam 'family tree' je. Setiap perhubungan dilukis dalam satu gambar rajah yang kelihatan seperti salahsilah keturunan. Bowen lebih melihat keluarga sebagai satu unit yang perhubungan emosi dalam multigenerasi yang terbentuk mengikut sejarah keluarga itu sendiri.Multigenerasi ialah terdapat percampuran generasi iaitu dari yang pertama, kedua dan yang ketiga. Contohnya :  Opah generasi pertama, mak ayah generasi kedua dan Upin, Ipin serta Kak Ros generasi ketiga.
Oleh sebab itu juga, teori Bowen ini lebih di kenali sebagai Terapi Keluarga Multigenerasi'. Dalam perhubungan sebuah keluarga itu lebih mudah kita lihat ianya sebagai satu simbiosis di antara ahli keluarga dengan yang lain. Simbiosis membawa makna bahawa sesuatu itu dilihat saling melengkapi. Contohnya anak mesti ada mak dan ayah. Tetapi ada juga kes khas seperti Upin dan Ipin. Mereka tiada mak dan ayah kerana telah meninggal dunia.
'Differentiation of self' atau pembezaan kendiri adalah penting dalam perhubungan dalam keluarga. Sejauh mana individu tersebut tahu membuat pembezaan kendiri semakin sihat perhubungan tersebut. Pembezaan kendiri ialah sejauh mana individu tahu membuat keputusan untuk dirinya tanpa dipengaruhi oleh orang lain. terdapat alat untuk mengukur pembezaan kendiri ini.Konsep ini susah cikit nak diterangkan mengikut Upin dan Ipin sebab mereka masih kecil dan masih dalam proses kenal dunia. Tapi kita boleh ambil contoh pada Kak Ros, dia sedar akan peranan dan tanggungjawab diri terhadap keluarga. Sebab itu dia tidak terlalu bergantung kepada Opahnya dalam kebanyakkan hal termasuk dalam menentukan cara untuk mengajar adiknya iaitu memainkan peranan sebagai seorang 'Ibu'. Ini adalah contoh yang agak jelas tentang pembezaan kendiri.
Konsep lain yang penting ialah tentang tiga segi, Triangles dalam perhubungan. ada kesan positif dan negatif dalam wujudnya tiga segi ini. Tiga segi dalam perhubungan adalah wujud orang ketiga mencampuri dalam perhubungan atau isu yang timbul. Contohnya ialah antara Upin dan Ipin bila bergaduh dan wujud campur tangan Opah akan membuat mereka berbaik semula. Ini contoh tiga segi yang positif. tetapi jika Upin dan Ipin nak buat keputusan sesuatu dan Kak Ros masuk campur biasanya akan membuatkan keadaan jadi semakin teruk dan susah. Yang ini pula contoh segi tiga negatif.
Tetapi jika kita tengok kepada sistem keluarga mereka, maka kita jumpa agak lain kerana mereka sudah tiada mak dan ayah kerana telah meninggal dunia. Peranan dan sistem keluarga mereka juga berubah sedikit dari keluarga lain. Kak Ros lebih garang kepada mereka manakala Opah pula lebih manjakan mereka. Oleh sebab itu sistem emosi mereka dalam keluarga juga lain dari keluarga yang normal. Ini satu kes yang boleh kita fikirkan dengan lebih lanjut nanti. Setakat ini konsep terpenting Bowen yang mampu saya kupas secara santai. Semoga dapat memberi kebaikan bersama. 'Betul... betul... betul...' : )

Rabu, 14 April 2010

Teater Sri Mersing


Laporan Teater Sri Mersing

Pada 18 Mac lalu, kami pelajar kursus RDEA 1170 Lakon 1 telah di wajibkan untuk pergi menonton Teater Sri Mersing yang di pentaskan di Istana Budaya. Teater tersebut di pentaskan dengan arahan pengarah dan juga merangkap pensyarah kursus kami iaitu Encik Rosdeen Suboh. Teater tersebut telah di jayakan oleh pelakon-pelakon terkenal seperti Adi Putra, Elly Mazlein, A. Galak dan ramai lagi.
Jika dilihat dari jalan ceritanya, segalanya tidak jauh berbeza dari cerita klasik ‘Sri Mersing’ itu sendiri yang telah di filemkan oleh penerbit ketika filem hitam putih lagi. Tetapi kelainan yang cuba di tampilkan ialah bagaimana sebuah cerita filem klasik diadaptasi ke pentas teater. Itu merupakan cabaran yang telah menjadi daya penarik untuk peminat teater menonton teater tersebut. Sebagai anak jati Mersing, saya juga ingin melihat bagaimana cerita klasik ini di pentaskan.
Watak dan perwatakan yang wujud di dalam cerita masih kekal seperti cerita asal cuba di pegang oleh orang yang berbeza dengan cara lakonan di atas pentas. Berbeza dengan filem, lakonan pentas lebih dekat dengan penonton secara jiwa dan fizikalnya. Kemampuan pelakon di atas pentas untuk menarik minat penonton dan seterusnya menghayati watak yang mereka bawa akan menentukan kejayaan persembahan teater tersebut.
Plot penceritaan yang banyak mengunakan teknik imbas kembali sangat menarik, terutama dengan gabungan teknologi dan kecanggihan yang dimiliki oleh pentas Istana Budaya itu sendiri telah menghasilkan persembahan yang sangat mengagumkan penonton. Tambahan pula, pelakon yang memegang watak mereka berjaya membawa penonton untuk menyelami cerita tersebut melalui perwatakan dan lakonan yang di persembahkan di atas pentas tersebut.
Apabila menyentuh tentang watak dan perwatakan, setiap watak mempunyai kekuatan sendiri dan berjaya membawa watak yang diberi dengan jayanya dari sekecil-kecil watak sehinggalah ke watak utama. Semuanya memberi kesan yang besar di atas pentas tersebut. Jiwa watak telah wujud dalam diri pelakon dan menyebabkan penonton dibuai kearah penceritaan yang dikisahkan oleh setiap pelakon tersebut.
Watak utama iaitu Damak yang dipegang oleh Adi Putra mencerminkan seorang anak muda yang baik hati dan gagah, malahan diminati oleh Sri Mersing dan Siantan. Damak sentiasa sedar akan dirinya yang hanya perantau di Mersing. Walaupun begitu, Damak masih juga kurang mampu mengawal darah mudanya yang pantang dicabar terutama oleh Awang Sulong. Namun, Damak sangat menyayangi ibu dan adiknya, Deli.
Damak seorang anak yang baik dan patuh kepada ibunya. Adi Putra telah membawa batak ini dengan baik sehingga watak ini benar-benar hidup dan bercerita tentang peristiwa-peristiwa malang yang ditempuhi oleh Damak dan keluarganya sehingga mereka pulang semula ke Pahang. Damak seorang yang keras hati kerana walaupun telah dirayu oleh Pak Malau, dia tetap mahu pulang ke Pahang. Sifat Damak yang baik, gagah dan suka menolong itu telah memberi gambaran baik kepada penonton. Tetapi malangnya nasib Damak kerana telah difitnah oleh Awang Sulong sehingga ditangkap dan diikat.
Watak penting wanita ialah Sri Mersing. Bagi watak ini wujud dua pelakon yang memegang watak pada dua situasi cerita yang berbeza iaitu ketika masih muda dan ketika tua. Watak ketika muda telah dibawa oleh Elly Mazlein yang memaparkan nasib seorang anak dara yang telah di tentukan sepenuhnya oleh seorang bapa. Sebagai anak, Sri terpaksa patuh walaupun cinta sebenarnya pada Damak. Malahan penonton juga melihat bertapa berdukanya seorang gadis yang dipaksa kawin oleh bapanya. Sri telah cuba melarikan diri tetapi gagal. Penghayatan watak oleh Elly Mazlein sangat tinggi ketika melalui konflik keluarga sehingga dia di buang oleh keluarga sendiri.
Mimik wajah Elly ketika membawah watak Sri yang bersedih amat memberi kesan kepada penonton. Gabungan antara nada suara sedih dan muka yang bermuram itu memberi kesan yang mendalam dijiwa penonton. Penonton dibawa merasai bersama kekecewaan dan kesedihan yang dialami oleh Sri. Kesedihan Sri itu juga di sambung kepada watak Sri ketika tua. Kesedihan masih lagi tergambar ketika cerita kisah mereka dibuka semula. Ini sangat menghidupkan cerita tersebut diatas pentas.
Bagi watak Sri ketika tua pula telah dijayakan oleh Datin Hajah Rosnani Jamil. Watak seorang perempuan tua yang telah lama memendam rasa kerana cinta tidak kesampaian. Lebih kepada perempuan yang berahsia dan tidak banyak cerita tentang masa lalu yang merupakan kenangan pahit yang masih menghantui dirinya. Watak seorang pencinta yang setia kepada kekasihnya sehingga meminta Merah supaya tidak membuatkan Sri Melati merasai perkara yang sama seperti dirinya.
Penyesalan dan rasa terkilan yang jelas cuba disampaikan pada reaksi wajahnya kepada penonton sememangnya berjaya di luahkan dari kata, kelakuan dan reaksi wajah. Penceritaan tentang penderitaan Sri selepas ditinggalkan oleh Damak dapat dilihat dengan penampilan watak Sri ketika tua. Ini sangat memberi rasa kagum kerana watak seorang tua yang setia pada cinta yang tak kesampaian amat jelas dimainkan di atas pentas.
Watak A. Galak dalam teater ini ialah sebagai Pak Malau iaitu bapa kepada Sri. Pak Malau seorang tua yang tidak mahu mendengar kata anaknya. Lebih mementingkan kedudukan dan harta sehingga tidak mahu mendengar kebenaran dari Sri. Pak Malau juga seorang yang sangat tegas dengan keputusannya tetapi setelah mengetahui kesalahannya, Pak Malau pergi meminta maaf sendiri kepada Damak.
Penghayatan watak ini cukup baik terutama ketika berlakunya konflik keluarga yang menyebabkan Sri dibuang dari keluarga. Terserlah ketegasan dan kegarangan Pak Malau ketika itu. Semasa menolak Sri jatuh tersungkur ke tanah, ketika itulah watak itu sangat hidup berbanding dengan ketika lain.
Watak Mak Banang adalah ibu kepada Sri Mersing. Dia seorang isteri yang sangat patut kepada suaminya, Pak Malau. Dia tidak mampu membantah apa sahaja keputusan dan arahan yang dibuat oleh Pak Malau. Sebagai seorang ibu dia amat kasihkan anaknya, Sri tetapi dia lebih mentaati suaminya. Dia telah cuba memujuk Pak Malau tetapi tidak berjaya. Dia akur dengan keputusan Pak Malau ketika membuang Sri Mersing dari keluarga mereka. Sebagai seorang isteri yang taat dan wanita Melayu yang penuh dengan kepatuhan kepada suami Mak Banang tiada pilihan lain selain menurut keputusan suaminya.
Watak Penghulu Lanchang Kuning yang merupakan seorang ketua kampung yang tidak bertindak seperti seorang pemimpin yang sepatutnya. Dia lebih utamakan percakapan anak dan orang lain tanpa soal selidik yang mendalam. Tambahan pula, keputusan yang di buat banyak di pengaruhi oleh anaknya selain membuat keputusan dengan tergesa-gesa.
Penghulu banyak dipengaruhi oleh Mak Dara yang sememangnya seorang yang suka bawa mulut dan menambah-nambah cerita serta menghasut orang. Mak Dara jelas watak sebagai seorang penghasut dan tidak suka di atas kelebihan orang lain. Sifat Mak Dara turut di warisi kepada anaknya, Siantan. Perasaan hasad dengki dan iri hati wujud dalam kedua-dua watak tersebut. Mak Dara merasa amat gembira ketika Sri Mersing hendak dikahwinkan dengan Awang Sulong. Mak Dara selalu juga memarahi anaknya kerana anaknya selalu sahaja keluar rumah dan merayau ke sekeliling kampung.
Watak Mak Dara sebagai orang yang kecoh memang hidup di pentas. Dengan gaya dan pergerakan badan Mak Dara sahaja mampu menghidupkan watak tersebut apabila bergabung dengan nada suara dan lagak percakapannya. Gerak langkah yang Gopoh dan berbangga diri dilihat jelas dari watak ini. Wujud perasaan yang membuatkan orang berfikir bahawa watak ini merasakan hanya dirinya sahaja bagus dan tahu serta serbi tentang hal semua orang.
Siantan, anak kepada Mak Dara sanggup membuat pakatan dengan Awang Sulong untuk niat jahat mereka.kedua-dua watak jahat ini benar-benar beri kesan kepada penonton. Kejahatan Siantan amat jelas ketika dia bersama-sama pergi mengangkap Damak. Malahan Siantan telah memarahi Damak dan Siti Payung ketika mereka berdua diikat selepas ditangkap kerana berpakat menyembunyikan Sri Mersing.
Reaksi wajah dan pembawakan diri Siantan sangat menunjukkan bahawa dia seorang gadis yang tidak tahu malu dan pentingkan diri sendiri kerana dia merupakan anak saudara kepada Penghulu dan sepupu kepada Awang Sulong. Dia merasakan dirinya cantik dan sangat cemburu terhadap Sri Mersing selepas mendapat tahu Sri dan Damak berkasih- kasihan. Dia mengikut kata hati yang dihasut rasa cemburu membalas rasa sakit hati tersebut dengan pakatan bersama Awang Sulong mengenakan Damak.
Siti Payung merupakan kawan baik Sri. Watak ini dipegang oleh Mardiana. Kesungguhan Siti Payung membantu Sri amat dapat dilihat ketika Sri hendak dikahwinkan dengan Awang Sulong. Dalam teater ini, Siti di ihat lebih kepada pembantu Sri ketika melalui saat-saat sukar. Siti juga menjadi perantara kepada Sri dan Damak. Sifat sahabat sejati wujud dalam watak Siti. Siti sahabat yang baik dan setia dalam susah dan senang.
Keikhlasan dan kemurnian jiwa Siti Payung dapat dinilai dari cara dia menolong Sri. Dia sanggup membahayakan dirinya untuk membantu Sri melepaskan diri. Malahan juga dia selalu bersama dengan Sri hamper setiap masa. Dialah teman dan tempat Sri berkongsi rasa serta meluahkan perasaannya. Siti seorang sahabat yang memahami. Dia sanggup berkorban untuk Sri, kawan baiknya kerana tidak mahu melihat Sri bersedih dan menangis.
Watak Deli adalah seorang adik yang baik dan membantu abangnya, Damak. Deli adalah sebagai pembantu Damak, sama seperti peranan Siti dalam teater ini tetapi cara membantu Siti dan Deli adalah berbeza. Perwatakan Deli seperti abangnya, sentiasa menjaga maruah keluarga dan diri di tempat orang. Deli seperti anak muda lain yang gagah dan sedia berlawan jika terancam. Oleh sebab itu, dia telah meminta bantuan dari Tok Batin untuk menyelamatkan abangnya dari tawanan.
Penguasaan watak Deli di pentas tidak begitu kuat kerana watak utama iaitu Damak lebih mewarnai pentas. Namun watak ini menjadi penting ketika proses menyelamatkan Damak dari diikat oleh mereka yang jahat. Deli sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan abang kandungnya. Di sini menunjukkan sifat seorang adik yang sedia berkorban semata-mata menyelamatkan abangnya. Kasih sayang seorang adik begitu murni. Deli tercedera ketika cuba menyelamatkan abangnya.hidupnya watak seorang adik yang sayangkan abangnya memang jelas pada situasi berkenaan. Ini mengundang rasa pilu di hati penonton.
Watak Tok Batin pula dilihat sebagai ketua orang asli yang baik dan bertimbang rasa. Dia sanggup menolong Deli untuk menyelamatkan abangnya dari ditangkap akibat difitnah. Kemunculannya bersama orang-orang asli yang ramai dari belakang penonton memberi kejutan yang tidak disangka-sangka. Iringan bunyi guruh dan panahan kilat memberi kesan yang besar seolah-olah Tok Batin mempunyai kuasa yang hebat untuk melawan kejahatan dan menegakkan kebenaran.
Sifat diri Tok Batin yang bersahaja dan agak menghiburkan penonton yang tidak menyangka kemunculannya itu. penonton terpaku melihat bagaimana watak tersebut masuk dengan gagahnya dan tenang mengharungi musuh-musuh di atas pentas. Kemeriahan terasa dengan suara-suara pengikut Tok Batin yang memeriahkan serangan mereka. Ketegasan dapat dilihat ketika Tok Batin memberi arahan kepada pengikutnya. Pengikut Tok Batin pula sangat patuh kepada ketua mereka.
Watak Jalak Lenteng lebih kepada berunsur pelawak dan memberi hiburan kepada penonton. Dia seorang yang bercakap besar tetapi hakikatnya takut kepada Damak. Dia akan tunjuk berani hanya ketika tidak berhadapan dengan Damak sahaja. Dia selalu memberi alasan yang remeh temeh semata-mata mahu lari dari tugas yang di berikan kepadanya. Apabila dirasakan keadaan sudah tidak membahayakan maka dia akan muncul semula. Sifat lawak dan penakutnya itu telah menghiburkan penonton di samping mengimbangi cerita supaya tidak terlalu serius.
Tambak dan orang-orangnya pula sebagai peramai dan periuh dalam kumpulan mereka. Tetapi orang-orang Tambak patuh dengan setiap arahan yang diberi Tambak mengikut perintah Awang Sulong. Mereka hanya menurut arahan tanpa memikirkan kesannya. Mereka menganggap ramai orang akan mampu mengalahkan Damak. Meraka berani berjuang kerana sifat jahat mereka terserlah. Kononya mereka merasakan bahawa merekalah samseng di kampung tersebut dan yang paling kuat.
Watak Mak Tanjung iaitu emak kepada Damak hanya dilihat sekadar watak yang sentiasa mengingatkan Damak tentang status diri sebagai perantau di Mersing sahaja. Selebihnya watak ini seperti seorang ibu kepada anak sahaja. Walaupun begitu, Damak amat menghormati emaknya dan sentiasa melindungi emaknya. Apa kata Mak tanjung akan dipatuhi oleh Damak selaku anak yang taat.
Masa yang berlalu telah membuatkan kisah antara Sri dan Damak kian dilupakan penduduk kampung. Tetapi kisah ini mula dijadikan bualan semula diantara orang kampung terutamanya Bentayan dan orang-orangnya selepas kedatangan Merah ke Mersing. Kedatangan Merah tidak disenangi oleh mereka.
Watak Hairi sebagai Merah adalah pembuka kepada teater ini. Kehadiran Merah membawa kembali cerita cinta antara Sri dan Damak kerana Merah datang untuk mengetahui mengapa bapanya, Damak tidak mahu dia ke Mersing. Merah juga ingin tahu tentang Sri Mersing.
Merah seorang yang tinggi ilmunya kerana baru pulang dari menamatkan pengajian. Watak Merah amat tenang dan berhikmah dalam membuat sesuatu dan dalam pertuturannya. Merah seorang pemuda yang bercita-cita tinggi dan mempunyai perasaan ingin tahu yang menebal sehingga telah membawa dirinya mencari cerita sebenar tentang Sri Mersing. Merah juga handal dalam seni pertahankan diri. Dia juga seorang yang tegas dengan pendiriannya.
Sri Melati adalah seorang gadis kegilaan ramai seperti Sri Mersing dahulu. Sri Melati seorang gadis yang bersopan dan ayu. Dia telah jatuh cinta dengan Merah, tetapi cinta itu tidak kesampaian kerana Merah pulang ke Pahang. Sri Melati membawa sifat gadis melayu yang ayu dan lembut. Sri Melati selalu di temanani oleh Pak Sireh ketika keluar rumah.
Pak Sireh melindungi Sri Melati dan juga merupakan seorang yangmatang dalam membuat keputusan serta dihormati oleh orang lain. Dia juga tegas tetapi mampu berlembut apabila keadaan meminta demikian. Dia juga amat berhati-hati dalam menyusun kata kerana menjadi contoh kepada anak-anak muda untuk diikuti.
Watak Penghulu adalah satu watak yang masih dibelenggu dengan dendam akibat kisah lama yang menyebabkan kematian keluarga terdekatnya. Kedatangan Merah menjadi satu kemarahan kepadanya. Merah adalah anak Damak. Penghulu juga sangat memandang kekayaan dan pangkat. Tetapi dalam dia tidak sedar bahawa kekayaan dia semakin di kurangkan oleh anaknya sendiri, Bentayan.
Bentayan, anak Penghulu yang suka mengunakan pengaruh dan kekayaan untuk mengambil kesempatan kepada orang lain. Tetapi Bentayan suka menghabiskan masa di warung dan selalu membuatkan kerugian besar akibat kekalahan dalam pertaruhan di warung. Dia juga selalu sahaja meminta wang dari ayahnya. Dia seorang anak muda yang suka membuat kacau di kampung. Setelah kedatangan Merah, dia sangat benci kepada Merah. Dia suka kepada Sri Melati tetapi kasihnya tidak berbalas sebaliknya Sri Melati berkasih pula dengan Merah. Ini menambah lagi kebenciannya kepada Merah dan bertekad untuk menghalau Merah.
Orang-orang Bentayan adalah rakan-rakan Bentayan. Mereka mengikut arahan bentayan kerana untuk mendapatkan kebaikan dari Bentayan. Kedudukan bentayan sebagai anak Penghulu membuatkan dia berharta dan berpengaruh di kampung. Orang-orang bentayan mengambil kebaikan dari situasi demikian. Oleh itu, maklumat dan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan kepada mereka akan di sampaikan kepada Bentayan, terutama yang berkaitan Merah.
Watak Orang Kaya yang berbangga dengan kekayaan yang di miliki olehnya. Dia begitu mudah memberi wang kepada orang yang meminta daripadanya. Tetapi sifat manipulasi jelas kelihatan ketika membuat perbincangan dengan Penghulu tentang hasil tanah. Dalam gurauan dia sempat memberi sindiran yang mengusik Penghulu berkaitan dengan Duit. Dari segi perwatakan pula jelaslah dia begitu berbangga dengan dirinya sebagai orang kaya.
Watak Pak Rabu dan anaknya adalah watak tambahan yang digunakan untuk menunjukkan kejahatan Bentayan dan orang-orangnya. Pak Rabu berhutang dan terpaksa membayar dengan anak gadisnya. Nasib mereka baik kerana mereka terselamat dari kejahatan Bentayan. Pak Rabu seorang orang akmpung yang miskin dan hanya mengerjakan tanah untuk bercucuk tanam bagi menyara hidup. Dia baru sahaja kematian isteri akibat sakit. Dia meminjam wang dari Bentayan untuk menyembuhkan sakit isterinya. Setelah isterinya meninggal maka hutang tersebut tidak mampu untuk dibayar semula.
Watak ini mengisahkan tentang taraf hidup orang kampung yang susah dan kadang kala terpaksa meminjam duit untuk membuat perkara di luar kemampuannya seperti mengubati penyakit. Walaupun kisah mereka hanya sebentar tetapi amat memberi kesan kepada penghidupan watak jahat Bentayan dan orang-orangnya yang mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain.
Dalam sepanjang teater itu berlangsung, terdapat 3 watak tanpa dialog yang menarik untuk di lihat dan di fikirkan ketika munculnya watak Orang Kaya. 3 watak tersebut ialah dua orang cacat yang datang untuk meminta sedekah kepada Orang Kaya. Cara mereka berjalan dan bergerak amat mengagumkan. Mereka seperti orang yang benar-benar cacat.
Pada penghujung cerita yang melengkapkan kisah cinta dua generasi amat menarik di mana nyanyian lagu telah didendangkan. Kestabilan kuasa pentas dapat dilihat apabila penjuru kanan dan kiri pentas dihiasi dengan sepasang kekasih yang menyanyi-nyanyi lagu. Ketika itu, nampak bahawa kuasa cinta menguasai pentas.
Walaupun begitu kisah cinta mereka tidak berakhir dengan gembira. Perpisahan terjadi pada kedua-dua pasangan. Seolah-olah sejarah lama berulang semula. Kepulangan kekasih hati ditangisi oleh gadis yang mecintainya. Berlayarnya perahu Damak dan Merah di pentaskan bersama melihatkan bahawa kepulangan mereka semula ke Pahang adalah penghujung cerita tersebut.Teknik ini sangat menarik dan cantik dari sudut penonton. Kesan sedih amat dirasai di atas pemergian kedua-dua lelaki tersebut.
Secara keseluruhan, teater ini berjaya menghidupkan semula cerita klasik dengan kelainan iaitu dipentaskan sebagai teater. Semangat Sri Mersing di lihat hidup sepanjang teater berlangsung. Secara peribadi saya sangat suka persembahan teater tersebut. Setiap pelakon dapat membawa watak dengan berkesan.

Ahad, 11 April 2010

Bila Orang Tanya .....

Bila orang tanya belajar bidang apa kat universiti? aku jadi serba salah.... nak jawab apa ya? pelik bukan... Susah juga nak jawab, bukan sebab takde jawapan tapi bimbang reaksi yang akan muncul bila tahu jawapan soalan mereka itu. Ini dari pengalaman yang pernah aku lalui dulu.... bukan sekali tapi banyak kali...
Bila orang tanya macam soalan itu apa yang harus aku jawab ya? pening juga nak fikir.... hakikatnya aku pelajar Sarjana Muda Kaunseling. Tapi susah juga nak terangkan pada mereka apa itu kaunseling. Macam-macam andaian yang mereka akan cakap bila tahu je aku nie belajar kaunseling. Yang paling kerap dan selalu ialah 'ooo... senang je tu, nanti jadi cikgu ya?'... secara jujur aku memang terasa bila orang seolah-olah memandang rendah pada bidang kami. Mereka kata kerja cakap-cakap je.... itu pada mereka yang tak tahu apa yang ada di sebalik setiap kata yang disusun ketika berbicara. Bukan salah mereka pun. Mereka tidak tahu mungkin. Inilah cabaran aku untuk menghadapai semua dugaan ini...
Lagi 1 ialah, kami tidak terus menjadi cikgu. Kami akan bekerja di tempat yang menempatkan jawatan pegawai psikologi dan kaunselor, kalau dalam kerajaan di dalam S41. Mungkin mereka masih tak melihat bidang kami lagi sebagai satu bidang profesional. Kami dah ada Akta Kaunselor 1998, yang membuktikan bidang kami setaraf dengan profesional lain. Bukan nak berbangga cuma nak menyatakan satu maklumat tentang kebenaran. Jika kami keluaran UM nak jadi cikgu kami perlu ambil diploma pendidikan dahulu.
Bila orang tanya soalan itu, aku bimbang juga andai mereka meletakkan kami, kaunselor sebagai penyelesai masalah. Kami seolah-olah sebagai orang yang dapat menyelesaikan semua masalah. Jumpa kali pertama saja dah selesai masalah. Andaian ini lagi berat untuk aku hadapi. Tapi mereka kurang jelas tentang semua itu, dan aku percaya mereka akan faham jika perkembangan bidang kaunseling terus maju dan di ketahui ramai.
Pada masa kini, fenomena 'tingkahlaku luar biasa' sering terjadi. Sehubungan dengan itu, kerajaan semakin memandang serius fungsi dan peranan kaunselor dalam membantu mengurangkan fenomena tersebut. Fenomena ini berlaku di sebabkan oleh kadar kemajuan yang dialami oleh negara dan dunia. Semakin memberi kesan yang negatif terhadap jiwa dan emosi manusia. Di sini, jelaslah peranan kami cukup besar. tapi masih kurang lagi kesedaran tentang itu.
Bila orang tanya tentang itu, aku terfikir sendiri di hati. Sukar sungguh untuk aku mempelajari tentang manusia ini.Semakin aku cuba fahami semakin kuat dan berat juga aku di uji atas apa yang aku fahami. Aku mungkin ada jawapan mengapa manusia boleh bertindak seperti yang aku lihat mengikut teori dan pandangan tokoh, tapi saat itu juga aku akan di uji dengan pelbagai dugaan yang kadang kala aku juga tumbang, tewas dengan emosi dan jiwa sendiri. Aneh, pelik dan menghairankan. Benar kata sahabatku, kita akan di uji atas apa yang kita perkatakan. Aku cuba membantu klien memotivasikan diri tapi aku juga di uji dengan dugaan berat agar aku juga mampu memotivasikan diriku terlebih dahulu.
Jadi bila orang bertanya aku sebenarnya sering berperang dengan perasaan sendiri. Aku akan cuba beri jawapan terbaik agar mereka tahu apa sebenarnya Kaunseling. Aku juga mahu mereka tahu yang diriku telah larut dalam bidang kaunseling dan sanggup buat apa sahaja yang termampu untuk aku tampil mengangkat martabat bidang kaunseling itu sendiri. Biarkan setiap jatuh bangunku, tangis tawaku dan luka hati serta kejayaanku dalam hidup menjadi bekalan diri untuk aku membantu orang lain. Dan bermula saat ini, dengan yakin aku akan menjawab 'bila orang tanya tentang itu...'