Isnin, 22 Februari 2010

fakta menarik : stress punca kencing manis

Isnin, 22 Februari 2010:
Satu fakta menarik telah dikupas dengan cukup jelas dalam kelas yang dikendalikan oleh Dr. Fatanah bersama pelajar tahun tiga Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya. Stress punca penyakit kencing manis. Apabila membaca kenyataan ini pasti tidak ramai yang bersetuju tentang kebenaran kenyataan ini. Malah pasti ramai yang tidak percaya tentang fakta ini.
Oleh itu, sebagai seorang yang pada awalnya juga meragui fakta tersebut merasa terpanggil untuk berkongsi ilmu bersama untuk kebaikan kita semua. Mempercayai tentang fakta stress adalah punca kencing manis seperti percaya hantu yang kita tidak dapat lihat andainya tiada bukti yang menyokong. 
Jika kita kaji mengikut saintifiknya fakta stress dan kencing manis ini memang benar. Untuk melihat dengan lebih jelas kita akan dedahkan fakta ini berdasarkan ilmu biologi di bawah tajuk stress dan hormon dalam badan manusia. Tindakbalas tubuh secara semulajadi adalah antara Faktor yang mrmbawa kepada situasi yang memberi kebenaran fakta tersebut.
secara umumnya, stress berlaku apabila kita merasa terancam secara fizikal atau mental terhadap sesuatu yang mengancam kita. Badan kita akan bertindakbalas terhadap setiap rangsangan yang membawa kepada stress. Rangsangan ini dipanggil sumber atau punca stress. Apabila sumber stress dikesan oleh tubuh badan secara semulajadi hormon adrenaline akan di hasilkan untuk membantu kita melawan atau lari dari punca stress atau ancaman tersebut. Keadaan ini membantu kita menyelamatkan diri atau melawan punca stress fizikal contohnya ketika kita berjumpa dengan harimau atau binatang buas lain. Penghasilan hormon ini akan membantu anggota badan untuk bertindak bagi menyelamatkan diri kita dari punca stress dan ancaman.
Pada masa kini, kebanyakan punca stress adalah bukan dari sumber fizikal tetapi dari sumber mental atau pemikiran. penghasilan hormon adrenaline adalah satu tindakbalas yang tetap dan tidak boleh diubah. Maka tubuh kita akan tetap wujud penghasilan hormon tersebut setiap kali kita menghadapi dengan stress walaupun punca stress kita adalah punca bukan fizikal. Hormon Adrenaline yang di hasilkan akan terus berada dalam anggota badan kita untuk kita gunakan sebagai tindakbalas terhadap stress. Jika hormon tersebut tidak di gunakan untuk merangsang pergerakan menyelamatkan diri, maka hormon yang berada di anggota badan tersebut akan bertukar menjadi glukosa.
semakin banyak stress yang kita hadapi semakin bertambah paras hormon dalam darah kita. Sekiranya punca stress bukan dari fizikal maka hormon tersebut kekal di anggota badan dan akan bertukar menjadi glukosa dalam darah pula. Ini menyumbang kepada kenaikan paras glukosa dalam darah. kenaikan paras glukosa dalan darah adalah punca utama kencing manis jika tidak ada langkah kawalan yang berkesan.
Setelah tahu kebenaran fakta tersebut, kita masih ada cara untuk menghadapi permasalahan yang dibincangan dalam fakta tersebut. Bagi mengawal paras glukosa dalam darah yang wujud hasil dari pengaruh stress, kita perlulah mengamalkan cara hidup yang sihat. Gaya hidup sihat yang merangkumi cara pemakanan dan aktiviti harian kita perlu dijaga untuk menjamin kesihatan kita. Senaman secara berkala dan tetap akan membantu mengeluaran glukosa dan tenaga yang berlebihan dari badan di samping membantu sistem emosi kita supaya lebih sihat. Senaman baik untuk badan / fisiologi dan mental / psikologi.

Khamis, 4 Februari 2010

kisah strawberi dan keju....

 
semua orang tahu yang strawberi rasa manis-manis masam dan keju rasa lemak berkrim. tahu tak yang bila kita makan bersama dua bahan ini akan jadi sedap? tak percaya cubalah.... mesti semua orang pelik apa cerita yang best sangat tentang strawberi dan keju nie. hehehehe...bila ada maksud yang tersembunyi maka kita akan mula berfikir, menilai dan mentafsir. 
kisah ini adalah tentang nilai persahabatan. strawberi manis-manis2 masam dan keju lemak berkrim adalah terbukti mempunyai rasa dan warna yang berbeza. setiap orang akan setuju tentang kenyataan itu... bila fikir semula kita pun ada pelbagai rasa terhadap kawan-kawan kita kan? ada yang kita benci, kita sayang, kita rindu, kita menyampah dan ada juga yang kita jauhkan dari hidup kita.... macam-macam rasa ada.... jadi sama juga dengan beza rasa strawberi dan keju kan... sangat berbeza rasa... tapi kita tetap makan dan terima beza rasa keduanya... malah bila kita makan ia bersama rasa nikmat pula... cuba renungkan... bila kita berkawan dengan pelbagai orang yang ada pelbagai ragam dan pelbagai rasa hati maka kita pasti akan lebih tahu nikmat sebenar persahabatan tersebut... betul tak?
itulah namanya kehidupan, wujud dengan pelbagai perkara yang berbeza dan mencabar. rasanya kalau beritahu kisah sebenarnya mungkin semua orang akan lebih mudah faham. strawberi dan keju itu adalah hasil dari pemberian dua orang sahabat yang sangat berbeza personaliti dan perwatakan mereka. walaupun berbeza mereka masih ada juga persamaan iaitu menghargai nilai sebuah persahabatan. persamaan itulah yang membuatkan diriku berpeluang merasa nikmat strawberi bersama keju selain dapat juga merasai indahnya persahabatan bersama mereka... bukan hanya kerana pemberian mereka itu tetapi kerana kasih dan sayang yang di hulur bersama jalinan persahabatan itu. semoga kekal abadi.
 
kalau suatu hari nanti kita terpaksa merasa sesuatu yang pahit dalam hidup kita perlu bersabar kerana dalam rasa nikmatnya mungkin akan kita dapat setelah habis memelan rasa pahit tersebut... sebab itulah kita kena kuat dan tabah untuk merasa setiap rasa yang wujud... mungkin perbezaan rasa tersebut bila kita gabungkan akan menjadi nikmat yang lebih pada kita... oleh itu kita perlu terima apa sahaja rasa untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup... lagi satu, rasa yang wujud kita tidak dapat ubahnya... apa yang kita boleh ubah ialah untuk membuat percampuran rasa supaya rasa sebati akan muncul dan semoga campuran tersebut akan beri nikmat yang lebih pada kita....