Jumaat, 31 Julai 2009


Dunia kaunseling ini macam pelangi, cantik. Perbagai warna. Diri ku telah melalui tahap pengenalan dunia kaunseling, kini aku masih meneroka keindahan dunia kaunseling. Semakin aku terokai semakin aku mengenali diri sendiri. Makna diriku telah kian jelas tetapi corak diri ini masih samar untuk difahami. Aku masih terus mencari. Janjiku pada diri untuk terus mengenali diri dan menyiapkan diri untuk membantu orang lain mencapai potensi diri yang maksima. aku ingin menjadi seorang kaunselor yang dinamik dan berkesan. Insya' Allah.....

Sabtu, 18 Julai 2009

Aku dan Dunia kaunseling....

Kaunseling....
Satu bidang seindah mimpi,
tak tergambar oleh pengalaman insani.
Jejak hidupku akan bermula kini,
mencipta rentak tari,
mereka irama hati,
menyusun tangga peribadi,
mengapai impian diri.
Akan aku abadikan hati,
dalam dunia kaunseling sejati.
Aku pasti ini takdir Ilahi
dan aku perjuangkan semampu diri
kerna aku menerima seikhlas hati....